Rabu, 5 Januari 2011

SOROTAN 2010

Tetap jugak nak tulis. Sebagai kenangan, walopun dah seminggu masuk tahun baru. Hek hek.;P

Tahun 2010 banyak yg istimewa. Ada jugak yg duka, tp yg duka tu sikit2 makanya yg istimewa mengatasi yg duka. Gitew. Alhamdulillah syukur sgt pada Allah swt.

Mek buat pint2 jer lah, senang. Bukannya higligt pun, tp tulis mana2 yg teringat. Malas nak bukak entry lps2.

1. Dari segi kerjaya biasa jer. Takde perubahan. Ok lah, naik gaji sbb mek lulus ptk kan, pastu boss pun bagi markah skt tinggi sket. Alhamdulillah.

2. Danish dah masuk darjah 1. Mmg risau giler. Tapi alhamdulillah dia dpt handle. Walopun bukan pelajar cemerlang, tp ok la. Harap lps ni dia gigih lagi berusaha.

3. Hubby dah beli kete idaman dia. Kete family lah, tapi taste dia. Layan jer lah.

4. Tahun 2010 banyak bawak anak2 jenjalan. Maklum lah, dah ada kete yg sesuai kan. Pegi bukit merah, cameron, terengganu, kl, kuantan/gambang dan langkawi. Alhamdulillah.

5. Dapat beli beg idaman kalo tak silap 2 bijik kut utk thn ni. Dan wristlet sebijik hadiah anniversary. Hehe. tenkiu Bi!

6. Danish dah berjaya operate angin pasang dia pada 10/10/10. Memang takkan lupa lah tarikh ni. Alhamdulillah, pasni ikut pemeriksaan berkala jer. Harap semuanya ok.

7. Oh tahun ni jugak kami telah kehilangan nenek tersayang. Lama gak dia takleh bangun. Terpaksa dukung dia utk ke bilik air. Tapi dia ok jer cuma takleh berjalan. Pastu dalam seminggu jer kut dia tenat. Allah lebih sayang kan dia. Takpe lah, walopun sedih tp rasa puas hati dpt jaga dia dengan kudrat yg ada ini. Al fatihah utk arwah.

8. Family gathering belah mek telah dibuat kat langkawi. Alhamdulillah berlangsung dengan jaya nya. Insyaallah lain kali boleh wat lagi.

9. Alhamdulillah bisnes kedai kami makin maju. Stok kedai kena topup sokmo dan kami tak menghadapi masalah hutang ngan pembeli sangat. Semoga perniagaan ini diberkati dan sentiasa maju. Insyaallah.

10. Dari segi kawan2 pulak, raya tahun ni sempat buat makan2 dan ajak kenkawan dtg. Jadilah reunion kecit2. Kat fb pun ramai rrakan2 skolah yg dah join. So, mmg betul2 tahun ni dapat mengeratkan lgi silaturahim antara kami. Insyaallah boleh wat reunion nanti. 2011 mebi. Mana tau kan.

Apa lagi ek? Itu jer kut yg terkesan kat hati. Yang lain2 tu biasa jer lah.

Harapan 2011.
Banyak jugak perancangan yg kami atur. Harapnya berjalan lancar lah. Tapi takmo tulis dulu kat sini, kaloberjaya nanti mek kongsi pengalaman kat blog. Buat kenangan. Kalo failed, simpan dlm hati saje lah. Usaha lagi tanpa jemu. Jangan berputus asa. Chaiyukkkk!!

4 ulasan:

Joy berkata...

hmmm for me, 2010 menutup tirai dgn duka..tp pembukaan 2011 seindah sang suria. Insya Allah 2011 adalah lebih utk kita ;)

KV berkata...

joy, mengapa berduka? Kv tertinggal kete api kah? Insyaallah 2011 memberi sinar yg bahagia buat kita. Amin

Zety Zin berkata...

Tahun 2010 banyakkkk sangat ups & downs bagi saya. Hopefully 2011 ni semuanya baik-baik belaka. Amin.

KV berkata...

ZZ,
insyaallah. Moga yg terbaik aje buat kita. Amin