Isnin, 22 November 2010

JIRAN FROM HELL

Adeiii..tajuk. Maaf kan mek. Ari tu tengok estero, tertengok tajuk macam ni, terus terasa nak buat entry. Wakakaka.

1. Bagaimana perasaan anda, bila anda sedap2 nyenyak tido di subuh hening (sebab period), tiba2 terdengar bunyi mesin kelapa. Terus musykil sbb takde seorang pun dlm isi rumah anda mahu memasak menggunakan kepala. Bila pergi tengok, kantoi jiran anda sedang mesin kelapa. Tanpa mintak izin. Pastu tengahari tu curi pakai lagi. Tanpa jugak mintak izin walopun dah kantoi yang belah pagi.

2. Bagaimana perasaan anda bila terdengar anak anda dihalau balik setelah anak anda berniat mengajak anak jiran anda sambung bermain sedangkan 5 minit sebelum tu anak jiran anda buat sepah lego penuh porch anda. Makan roti bersama anak2 anda abih sebungkus, minum ayaq kotak bersama anak2 anda sampai abih stok dlm petiais.

3. Bagaimana perasaan anda bila selalunya anak jiran anda melenjan basikal anak2 anda, dan tetiba jiran anda membeli basikal utk anaknya. Bila anak anda ajak bermain bersama, jiran anda menyorok basikal dlm rumah takut anak anda teringin basikal baru anak nya.

4. Bagaimana perasaan anda, bila tetamu jiran anda menegur anda sedang berkebun dan anda terdengar jiran anda berkata berkebun benda yang tak berfaedah. Sedang kan, blom lagi masak buah mata kucing, jiran anda lah orang pertama yg mencuri buah mata kucing anda. Dan kalau anda ada baru lah mintak izin dengan alasan anaknya terliur.

5. Bagaimana perasaan anda, bila mahu mengadakan kenduri, stok kerusi anda dlm stor tiada sbb jiran anda menggunakannya. Dan bila di minta jiran anda tak mengaku mengambil nya.

6. Bagaimana perasaan anda bila jiran anda mahu berkenduri, tapi mahu menggunakan segala kemudahan di rumah anda. Mesin kelapa, lampu belakang, bangsal belakang, air, dan sebagainya. Segalanya mintak dengan tiba2 dan bila selesai guna satu sen pun tak bayar padahal dah berjanji sebelum tu. Dan merasa lah anda membayar bil letrik yang mencanak pada bulan itew.

7. Bagaimana perasaan anda, bila anda sengaja buat garaj khas utk memparking kete moto, tapi anak jiran anda sesedap rasa memarking moto nya di porch yg anda sengaja kosongkan utk memberi ruang anak anda bermain. Tanpa mintak izin dan minyak itam nya menjejeh abih ke lantai porch. Satu hal pulak anda nak membasuh.


8. Bagaimana perasaan anda bila anda membina garaj abih beribu riban tapi bila adik beradik jiran anda datang, sesedap rasa dorang park kete dalam garaj anda.

9. Bagaimana perasaan anda bila mana adik beradik jiran anda tak park kete dlm garaj (sbb kete anda dah ada bawah garaj tu) tapi park kat laman menyebab kan kete anda tak dapat keluar atau anda susah nak masukkan stok kedai sbb dorang park kete dekat pintu kedai.

10. Bagaimana perasaan anda bila mana anda terpaksa bersengkang mata menunggu tetamu jiran anda pulang (yang berkereta) sebab anda mau tutup pintu pagar dan mengunci nya.

Cukup la 10 dulu aku beratkan otak korang mememikirkan perasaan aku. Wahahaha.


Semuanya berpunca dari anda telah baik hati memberi emak jiran anda menumpang buat rumah di tanah anda dan tak sampai hati nak menghalang anak2 nya dari menumpang duduk bersama. Maka jadikan anak2 nya tu jiran anda.

Susah juga bila orang mementingkan diri sendiri ni. Bukan sekadar tak mengenang budi, tapi menyusahkan la pulak.

Dan anda tidak boleh berbuat apa2 sealin bersabar dengan cogankata 'takut glemer seantero kampung, mentang2 tuan tanah, berlaku kejam pada orang yang menumpang'.

Tudiah. Korang ado?

11 ulasan:

noniey berkata...

ada jugak jiran macam ni kan.. tapi rasanya akak je kot yang terlampau baik hati sgt bagi orang buat rumah atas tanah akak.. nasib plak dapat orang camtu.. memang melampau sangat2.. sangat kurang ajar

WanShila berkata...

wah..memang from the hell betul lah..like kaduk naik junjung.

Anyway, harap bersabar banyak2. besar pahala menolong org susah.

marinahunny berkata...

adus..nk buat cmne ye..kang sound kan glamer 1 kampung. doa bnyk2 kv

FaRah Baharom berkata...

salam..
saye tumpang sakit hati boleh?
huish banyak nye sebab..
saye yang satu sebab nie pun dh nak naik angin satu badan..
susahkan jiran penting diri nie!
Sabar banyak2 yek...

efa fairuz berkata...

aduiii emo la mek bace entry nih! hambat perabih la..

Tie-Ibu wawanisolehah berkata...

wah..melampaunya...baca je pun dah rasa geram..rumah org yg menumpang tu dok dlm pagar ko gak ke kv? ish kalu aku memang rase x aman idup

rina berkata...

adoiii... tu jer mampu aku ucapkan

IntanSham berkata...

huhuhuuu... ngerinya dapat jiran yg mcm tu. tapi tulah kdg2 kite nih beralah, jaga ati org.. tp kita jugak yg seksa kannn? sabo byk2 yerr

KV berkata...

noniey,
akak bukannya org baik, tp memujuk diri supaya bersabar. Tapi kdg2 terbabas jgk, cuma dlm keadaan terkawal lg. Huhu

wanshila,
insyaallah dan semoga Allah memberi kesabaran buat ku.

marina,
yup, mmg akan glemer 1 kampung. Huhu

farah,
hmm..entah lah, manusia ni kdg2 tak berfikir. Moga dia diberi petunjuk oleh Allah swt.

efa,
tak baca cogan kata mek? Haha

tie,
satu pagar beb. Dia duk tengah2 tanah. Kalo ujung2 tu lain hal. Ni dekat sgt.

rina,
aku hanya mampu mengeluh di blog. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa

intan,
hmm..harap mek masih mampu bersabar. Chaiyukkk

chik star berkata...

cmne jiran tuh bole duduk sepagar dengan akk ?

cerita siti berkata...

Salam mek,

kawe (hihihi, baru balik dr ganu, masih mood pantai timur) ni silent reader blog mek, selalu nye suka baca, tapi entry kali ni buat kawe terpanggil nak bagi komen sbb terlalu geram kat jiran mek.

Ya Allah, ade jugak orang berhati kering macam ni dan baik nye mek, sbb dapat bertahan lama ngan jiran macam ni.

amboiii sesedapnye die guna konsep "brgmu, brgku jua".

kena buat full stop jugak perkara2 mcm ni, kalau setakat pinjam sikit2 okay lagi, tp dr 10 lists tu dah kira melampau sunnguh tu.

mek takleh buat pagar ke antara ruma mek ngan die, so, kalau sedara die dtg, parking la tmpt lain, sesuka hati masuk kat laman orang. naik darah betul saya baca hehehe.

eh, lupa, salam perkenalan

Siti