Khamis, 21 Oktober 2010

TAUHU TELUR GORENG SAYUR

Malam tadi, mek masak ini jer untuk dinner. Hubby nak makan burger, so dia wat sendirik. Masing2 layan nafsu makan masing2 la kaedahnya. haha.



Antara bahan2 nya. Cendawan telinga kera. Yang rangup krup krap tu. Tatau korang panggil apa. Lupa nak tengok nama saintifik dia kat plastik. Dan cendawan shitake kering. Dedua tu rendam air panas. Dah kembang kasi hiris kecik2.

Ni pulak tauhu telur, daging dan bawang putih.Uish...berkerak giler chopping board mek. Nak pakai hat ikea sayang la pulek. Keh keh keh.;P




Goreng tauhu telur sampai garing. sejatkan minyak dan susun dlm pingan.



Pastu tumis bawang putih dan daging. Masukkan sikit air. Masukkan perasa, sos tiram dan garam, masukkan sayur. Kaup balik sampai layu sikit. Oh ya, kalo nak kuah tadi pekat masukkan tepung jagung sikit. Tp rumah mek abis stok tepung jagung la mlm tadi.


Pastu kasi taruk semua tu atas tauhu telur yang di susun dlm pinggan.
Hoyeh....lazat dan mengenyangkan.

4 ulasan:

efa fairuz berkata...

pehh! maveles lauk ni.. makan ni je pun cukup...


aaa lapa la wehh hihi

pB berkata...

Nga'toh sajo pun sedap nie

mrs.spicy berkata...

menu sihat ni kv~

rina berkata...

giler sedap. terus buat aku terliur...