Sabtu, 9 Oktober 2010

Kelam kabut sikit

Aku now kat wad 2 selatan husm. Wad surgeri kanak2. Baru lepas daftar masuk. Dapat katil, temuduga lebih kurang ngan misi. Dapat flask air panas. Jugak air suam. Jugak dah dapat kad menunggu Dan misi dah pakaikan gelang kat tangan Danish.

Ari tu kan doc call Hubby bagitau appoinment nak operate uluran Danish kena tangguh sbb doctor pakar Ada course 3 bulan kat oversea mana ntah. Aku lupa. Hihi. Pastu kena set date baru utk app. seterusnya Dan ntah bila tatau dapat tarikh operate. Mebi hujung Jan atau feb. Tengok doc free masa bila.

Tapi semalam, sekali lg doc call Hubby bagitau kalo Kami nak teruskan operate 10/10/10 kena masuk wad pagi ni. Hubby dah takmo dah ekceli sbb dia dah set kan mental Dan fizikal dia tahun depan. Lagi pulak dia byk keje. Dengan tukang nak pasang paving kat laman rumah la. Dengan audit keje pejabat la. Dan mcm2 lg hal.

Tapi aku fikir, alang2 dah doc nak buat ahad ni, baik teruskan jer lah. Karang kalo tangguh2 Danish demam ke batuk ke kena buat lagi. Atau pun Kami Ada komitmen keje ke nanti. Mana nak tau la kan. So end up Hubby setuju jer sbb aku rasa aku dah ready mental Dan fizikal.

Tadi doc yg call semalam dh dtg interview lbh kurang. Mebi Danish dia buat awal sbb nak kena buat testis kiri Dan kanan plus sunat sekali. Mebi ambik masa dlm 1 jam setengah mcm tu la. Doc kata dia kena wat slow takut pendarahan byk Dan jugak hati2 takut merosakkan saluran air mani. Ngeri Dan takut pulak aku dengar. Tapi tawakkal jer lah. Moga2 dipermudahkan Allah segala urusan dan selamat semuanya. Insyaallah.

Korang doa2 kan sama yer. Terima kasih.

4 ulasan:

Joy berkata...

Insya Allah ok semua nya.

SueGinola berkata...

Salam..semoga semuanya dipermudahkan, Aminnnn..

MushroomCute@Mariea berkata...

Semoga semuanya selamat...

Sahrul Hasmad berkata...

Lama tak ikuti perkembangan KV, anak KV surgeri apa ya? Didoakan selamat semuanya ya.