Ahad, 10 Oktober 2010

10/10/10

Tarikh yang amat bersejarah bagi keluarga Kami terutama abg Danish. Tadi jam 3 selesai sudah minor operation ke atasnya. 1 tutup lubang angin pasang. 2 turun kan testis ke dalam katung nya. Dan 3 bersunat.

Dan hari ini benar2 menyesakkan dada. Benar2 menguji kekuatan semangat ku sebagai seorang ibu. Aku betul2 letih. Sakit kepala Dan loya. Konfem la sbb stress. Ada masa aku rasa nak pitam. Mmg over. Aku tau. Tp kenot help myself la. Huhu

bermula malam td bila pakar bius sajeskan operation pospon. Aku dah cuak. Pastu datang pakar urologi. Nak jgk buat. Sbb bagi dia Danish tak demam batuk dsb. Pastu terjadi la gaduh2 manja antara 2 pakar ni. Pakar bius takmo buat sbb kata Nya tonsil membengkak. Dia risau tak muat tiub (ekceli aku tatau tiub apa).

Last2 doc urology datang bagitau dorang nak teruskan jugak. Lega aku dengar. Yer lah, kalo nak tunggu tonsil surut takdenya sbb tonsil dia mmg dah bersaiz gitu. Lagi plk doktor konfiden sbb dia langsung tak batuk Dan demam. Doc ckp operation mebi plk 9.

Akan tetapi menunggu giliran bisa buat aku migrain. Danish asyik tanya jam dah pukul berapa. Dari jam 9 ke 11.30 baru lah tukar pakaian. Stress aku memujuk danish yg dah kebosan Dan laparr. Adoii betul2 m enguji kesabaran. Dengan kami2 turut berpuasa sbb bimbang dia terliur ke hapa. Karang di buat perangai mengamuk ke hapa takut tekanan darah tinggi la plk.

Membontoti misi ke dewan bedah seribu perasaan bersarang. Hubby temankan Danish masuk ke dalam. Staff kat situ sungguh baik hati benarkan aku temankan Danish sekali. Aku masuk separuh jalan pastu aku terfikir karang danish tgk aku dia menangis ke hapa, haru biru lak jadinya. So aku kluar tunggu kat luar.

Tapi perasaan aku takut giler. Betul2 lemah semangat org ckp. Aku rasa tubuh aku menggeletar. Air mata bergenang. Kepala pening Dan sakit jugak mau muntah. Menunggu Hubby yg tak kluar2 buatkan aku makin stress. Last2 aku pi toilet muntah. Pun tak lega. Bila kluar toilet Hubby masih takde. Mcm2 aku rasa. Anak aku sihat walafiat tp aku sengaja bawak dia ke spital utk sakitkan dia. Pastu kalo Ada komplikasi ke bleeding ke, cemana? Aku rasa bersalah giler. Keji tak aku fikir gitu? Sungguh tak waras. Tapi itu lah, berperang perasaan antara waras Dan tidak buat aku letih.

Tgh menunggu Hubby kluar, nurse panggil waris sorang budak yg kes lbh kurang ngan Danish. Tp dia masuk OT jam 9.30 lg. Pastu aku dengar suara tangisan org dewasa yg kuat sekali. Cuak gilerr ok. Aku rasa jantung aku berhenti berdegup. Rupa2nya bukan mak bapak budak tu. Orang lain yg aku tatau kes apa. Adeiii letih rasanya weh!

Pastu aku turun pi beli buku utk Danish. Bila naik tu, Hubby tgh mencari aku. Lega skt bila boleh duduk Dan bercakap dgn suami. Takde la aku berkonfrantasi sorang2.

Dlm 2 jam menunggu nurse panggil masuk dan tunjukkan katil Danish kat mana. Hancur luluh hati aku melihat dia meraung Dan menggelupur. Rasa bersalah sgt2 pada dia. Doc ckp kes biasa bagi kanak2 lps operation. Dorang masih di bawah pengaruh ubat bius. Jadi menangis adalah elok sbb dia respon Dan bernafas dengan baik. Tapi nak menunggu dia stabil tu jantung aku kencang giler. Bila disorong ke wad baru dia cool skt.

Dah terbayang malamnya mmg Kami tak boleh tido. Mesti dia meragam tak hengat. Tp alhamdulillah dalam 2 jam pertama jer dia meragam. Trauma Dan phobia. Bila malam dah hilang Kesan Lali dia ok. Cuma mintak diriba Dan panas. Takpe lah, layan kan aje. Dia mcm tu pun aku bersyukur sgt2 dah.

Alhamdulillah mlm td ok dia tido. Aku pun tido sesedap rasa. Now dia dh tak sabar tunggu doc mai sbb doc janji boleh discaj pagi ni. Fuhh.. Berakhir lah episod yg menyesakkan dada. 10/10/10 org lain sbk tgk SMS kawen. Kami lak Ada sejarah sendiri. Huhu

3 ulasan:

MushroomCute@Mariea berkata...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. Semoga cepat sembuh yer Danish...

edyan7 berkata...

alahai kv... aku baca dgn hati yg dup dap dup dap... seperti aku berada di tempat kejadian pulak.

Alhamdulillah selesai... mmg bersejarah... insyaAllah segala2 nya akan selamat dan Danish cepat sembuh...amiin...

KV berkata...

mush,
alhamdulillah..lega sgt2.

yan,
mmg stress giler masa tu. Alhamdulillah takde komplikasi.