Rabu, 13 Oktober 2010

MERAKAM PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Syukur alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke 3 lepas danish operate. Dia dah ok. Emosi dah stabil. Cuma pergerakannya sikit terbatas. Bukan tak boleh bangun berjalan ke hapa. Boleh jer sebenarnya. Cuma dilarang bergerak atau melasakkan tubuh. Nak kasi dia rehat sepenuhnya dan nak kasi luka bersunat dia cepat kering. Karang kalo di biarkan dia melasak bentanke hapa pulak kan. Hehe.

Dan bermula la episod melayan dia yang kebosanan. Sekali angkat pi tangga, sekali angkat pi dapur, sekali angkat pi tv hall. Hehe. Petang semalam dah bawak dia turun lepak kat laman. Nak hilangkan boring dia. tapi biasa lah bebudak lasak kan, tetap tak puas hati tak dapat berlari melompat dsb. Sabar ye abang danish.


di kesempatan ini, kami sekeluarga nak mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih yg tak terhingga buat warga staff wad 2 selatan HUSM, staff bilik bedah HUSM, dan teristimewa buat doktor Azam (pakar urology) yang berbakti dan melayan kami dengan baik sekali. Segala komitmen dan bantuan yang dihulurkan amat2 kami hargai. Rasanya tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Layanan dan senyuman yang mesra macam keluarga sendiri. Sungguh2 terharu mendapat khidmat dan bantuan di wad pediatrik surgery HUSM. Kami ucapkan ribuan terima kasih. Moga Allah SWT membalas jasa kalian.


Kat bawah ni, gambar2 yang aku sempat snap, buat kenangan.



Ni masa dapat katil lepas daftar masuk wad 9/10/10



tengah bosan takde kawan dan layan game dlm iphone.



Pastu bosan lagi, terus kacau abah buat keje.


Ni belah malam, bosan lagi. Melukis pulak.



Ni pulak gambar hari ahad, j0/10/10 jam 11.45pagi. Before di sorong ke dewan bedah.


Sangat bangga dpt pakai uniform bedah. hehe


Masa kritikal lepas bedah. Masih trauma dan letih. Asyik tido jer. Jam 6.30 petang.


Hari discaj. 11/10/10. Tengah menunggu abah gi unit taksiran. Dah tak sabar2 nak balik.


Berakhirlah episod sejarah 10/10/10 yang meyesakkan dada. Alhamdulillah bersyukur sgt2 takde sebarang komplikasi. Cuma lepas ni kena hadir temujanji je. Harap takde pape lah.

10 ulasan:

bat berkata...

alhamdulillah semua selamat..

Ain berkata...

syukur la selamat semuanya...

gerunn jer baca pengalaman ko kat n3 bawah tu. tapi tu la takkan nak biar camtu jer kan...

aku pun tengah planning nak bawak danish jumpa pakar jugak ni, nak check telinga dia...

risau bila duk biar camtu, jadik lagu lain pulak....

KV berkata...

bat,
fuhh...lega sgt2.

ain,
mmg masa tu aku stress gilak. Tp mikirkan masa depan dia, kena lah kuatkan semangat.
Ko pun cepat2 bawak danish pi check tau!

MushroomCute@Mariea berkata...

Alhamdulillah..semua selamat...semoga cepat sembuh betul2 dan boleh berlari2 lagi...

KV, tak nak amik award kat blog Mush ker? huhuhu..

SueGinola berkata...

Alhamdullilah...^_^

zailamohamad berkata...

Alhamdulillah semuanya selamat..

harap kak KV tabah menghadapi segala dugaan ya!!

Madam Sooyaree berkata...

alhamdulillah selamat semua nye... ngeri gak bila baca entry sebelum ni :(

KV berkata...

mush, owh ada award ker? Tak sempat nak ronda. Nanti kv pi ambik.

sue,
alhamdulillah

zaila,
insyaallah

sooyaree,
mmg masa tu stress gilak. Hehe

atty's berkata...

alhamdulillah danish dah sehat..

kakLuna berkata...

bersunat terus ke?