Jumaat, 22 Oktober 2010

Bebelan pagi jumaat

Pagi td, lps subuh baru jer pasang niat nk landing baekk punya. Akan tetapi, enchik suami telah mengajak utk jogging. Ikut kan hati mmg malas giler, tp mikirkan perut makin hari makin membusung, ku gagahkan jua. Jogging dalam mata terpejam uols. Tp syok sbb udara freshhh sgt.

Dapat berlari dlm 1km kut. Selebihnya byk berjalan. Ok la pegi Dan balik dpt la dlm 3km. Dah lama tk jogging. Semput giler. Nak muntah pun Ada. Maklum ler bernafas ngan mulut. Idum tersumbat weh.

Syok betul jogging pagi ni sbb akhirnya Kami jumpa jgk pokok orkid air. Kebetulan excavator ka.da baru jer lepas clearkan terusan. Pokok2 tu dia taruk tepi tebing. Kami pi cabut jer la. Dah lama duk aim orkid air ni. Slalu kalo jumpa mesti dlm parit depan rumah org. Segan la nak pi mintak. Hehe

On da way berjalan balik tu terjumpa plk pokok bunga raya yg bunga dia kaler pink Dan besar. Mintak ngan makcik tu, Kami ambik seranting jer. Harap2 hidup subur la.

Lps balik tu terus siap2 mandi nak pi pasar jelawat lak. Kononnya nk pi sarap dlm pasar. Hihi. Mek mkn nasik lemak tetek kecik rege singgit. Dina mkn telur rebus. Abah roti canai sardin Dan Danish roti canai kosong.

Lepas tu pusing pasar minggu. Cari petai nk masak sambal udang. Beli santan sbb ingat nak gulai lemak ikan haruan Dan telur ikan duri. Jumpa org jual pokok orkid. Beli dua pokok. Dark purple Dan plain white. tp syg, yg dark purple tu patah bunga nya gara2 si Dina meragam nk beli selipar. No no no okeh. Dh bertimbun selipar kt rumah. Bunga yg patah tu mek buh dlm botol, taruk air Dan buh baja sebijik. Hehe

Sampai rumah terus masak2 utk lunch. Hubby lak ngan xtvt caca merba dia kt laman. Tak jd masak lemak sbb mil Dan siap siang itik. Goreng kunyit jer la. Masak sambal udang petai, goreng ayam Dan ikan haruan, goreng SOS tiram sayur pak Choy ngan daging, celur buah tene ( apa eh dlm bahasa standard?) Dan kuahnya Hubby dah beli sup daging.

Itu jer lah bebelannya. Hehe

Sent from my iPhone

4 ulasan:

mrs.spicy berkata...

banyak nye lauk untuk lunch..huhu..meriah~

marinahunny berkata...

tene tu petola air ke petola ular ek?

rina berkata...

petola yang...

KV berkata...

farah,
hari weekend mmg kena meriah sikit. Haha

marina,
petola jer kut?

rina,
a'a, baru teringat. Masa taip tu takdak mai langsung idea. haha