Selasa, 17 Ogos 2010

MENU SEMALAM

Balik keje petang semalam, gigih benar aku memasak. Sila kagum wei. haha. Aku berbangga ni sbb aku dh la kureng berbakat bab memasak ni. Ntah aku berbakat apa kebenda pun aku tatau la. Tp memasak sedap2 mmg aku fail. Takat nak isi mulut sendiri dan suami, oke lah. Kalo nak jamu org, mintak mahap lah yer. Baik aku beli jer. Haha


Pagi on d way dtg keje tu aku dah beli awal2 paru. Sbb tekak mmg teringin sgt2 nak makan paru goreng cicah sos cili thai. Wah, spesifik tu. Hihi.

Tapi bila masa on d way balik keje tu aku terus tinggggg!!!! dapat idea lah kunun. Nak masak kerutup paru jugak lah. teringat nya masakan emak dan kakak2 ku. terasa rasa kat tekak wei kesedapannya tuh. So, aku duk mikir cemana aku nak masak menda alah tu, aku mmg fail bab gulai menggulai kari mengari neh. Tapi tetap jugak singgah beli santan singgit.



Pung pang pung pang kat dapo, siap lah paru kerutup versi belasah ikut suka. Bau nya mmg harum semerbak. Hihi. Aku tak pakai awas kerutup pun, pakai awas kari adabi jer. Itu jer pun yg ada kat rumah. Tp seingat aku pun, arwah mak masak pakai awas kari cap orang terbang jer. Sedap hingga menjilat jari jugak.




Pastu tengok dlm esbox ada ikana siakap yg besar gedabak. Ntah bila hubby beli tatau la. Terus tinggg!!! dapat idea lagi. Nak panggang bersambal lah. Tapi cemana nak buat sambal dia. Cuba recall balik cemana anak buah aku buat dulu. Mek pun belasah jer lah, potong itu, potong ini dan humban dlm blender. Tumis sampai garing. Masukkan semua perasa yg wajib.


Hik hik.. ini lah rupa bentuk ikan siakap panggang bersambal (pjg nya wei nama dia) versi mek. AKu kelebet sikit jer utk ambik gambar. Pastu tutup balik. Takut hilang wap panas dia. Haha

Oke lah, dedua tu boleh makan. Sedap kat tekak aku ngan hubby. Nak lawan org terer mmg tak boleh lah. Dah la aku first time try. Bulan puasa lak tu. Main agak2 jer masukkan bahan.

Asal tak mabuk aku laki bini sudah lah. Sedap tak sedap belakang kira. Haha

7 ulasan:

aNIe berkata...

Berselera tgk kerutup tu KV...akak suka paru...tapi jarang beli...

KV berkata...

kak anie,
paru adalah kegemaranku. Hihi

~~ciklinn~~ berkata...

kita pun suke paruuu.. linn lglah tak pernh masak sendiri lauk paru... salam ramadhann kv

KV berkata...

lin, salam ramadhan jgk utk mu. Wahaha

atty's berkata...

nampak sedap je tu kv..syabas..kiranya percubaan pertama berjaya.lepas ni leh masak byk kali ..jemput kty ye

fabulous.farah berkata...

kerutup...beh~

Angah berkata...

yang penting kepuasan memsak dan tengok hubby berselera makan..