Ahad, 22 Ogos 2010

LETIHNYA MENCARI BAJU RAYA

Hehe.. puasa baru 11 hari dah sibuk pasal menyopping baju raya kan?

Ekceli aku start beli baju raya dah lama. Sebulan ker 2 bulan before puasa. Beli sikit2. Memula beli baju anak2.

Pastu gi kl beli gak baju anak2 n hubby.

Bila dh start puasa pi cari lak baju melayu utk danish. Dah aim tema tahun ni adalah oren, makanya cariklah baju oren utk danish. Rupanya susah jgk nak jumpa baju kaler oren yg dh ready made nih. Aku ingat senang. Tapi alhamdulillah ada walopun aku kurang berkenan. Janji ado.

Dina punya awal2 aku dh beli kain viscose. Ala2 oren. Tp byk kuning. Lantak lak. Awal2 blom puasa dah siap baju dia. Aku dah risau. Karang baju aku tak siap, ada tahun ni tema pelangi. Warna wani di aidilfitri lah kaedahnya.

Oke, pastu sambung lagi. Cari sluar raya utk anak2. Kluar masuk kb mall buatkan aku letih. Pastu dina lak nak kasut raya. Siap pilih sendiri tu. Dah beli kat dina, rasa bersalah lak tak belikan utk danish. Tapi mamat tu nak sandal. Aku ingat nak beli selipar sauk jer senang. Yer lah, hari raya kan banyak berjalan, tp mamat tu merajuk plk. So aku letih nak layan. Lainkali lah pi beli.

Pastu minggu lepas mencari baju melayu utk hubby. Masuk paksen. Takde kaler oren. Awat susah sgt kaler oren ni? Besok nya pi kb mall. Jugak tak jumpa kaler oren yg menepati citarasa. Byk2 brand tu, takdak satu pun depa buat kaler oren. Hangen betul. Huwaaaaa!!!!

Pastu sambung gi billion. Jugak kemain susah nak jumpa kaler oren. Hubby dah nak merajuk letih. Semua yg dia berkenan takdak kaler oren. Huhu. Rasa bersalah plk sbb aku yg pilih kaler tu tahun ni. Hik hik.

Last2 jumpa la selai kaler oren yg tak menepati citarasanya. Namun masih boleh di terima lah. Bukan nya jenis berkilat kilat atau pun keras kejung. Dalam terpaksa, beli jugak la. Walopun dalam hati takmo. Dah penat dah nak mencari. Huhu

So, hubby mek pesan kat mek, tahun depan nak kaler light pepel. Ada dorang display kat patung di kb mall. Aku gelak tak hengat. Hahaha. Tak pernah pernah suami ku sibuk pasal baju raya, tapi dh tetapkan tahun depan nak kaler tu. Gamak nya tension betul mancari baju melayu yg menepati citarasanya.

Rasa bersalah pulak aku. Huhu.

Dan lepas ni, nak pi cari kasut raya utk me n hubby. Jugak tudung2 raya pun blom beli. Bila ntah nak pi aria.ni. Apa lg ek? Oh, utk hubby pun blom lesai lg membeli. Seluar dan tishet.

Harapnya dpt selesai seminggu before raya. Dah letih dah aku rasa. Hehe

3 ulasan:

mNa berkata...

tahun depan pepel?takut2 tahun depan susah nk crk kaler pepel lak..huhuhu

tema mas tahun ni light pepel..hehehe

Zareda Norman berkata...

tahun ni kak zar light pepel.. hehhee

Ain berkata...

aku pun suka beli awal2 sbb kalau dekat nak raya baru nak beli penattt giler.....

banyak size dan warna yang kita nak sold out....

lapar dan dahaga satu hal jugak kan...

hehehe...