Khamis, 19 Ogos 2010

MENU HARI KE 7

Sementara aku rajin giler masak dan snap2 gambo, korang redha je lah entry aku asyik pasal makan2 jea. Konfem raya ni pun aku tak turun barang sekilo neh. Huhu


Oke, semalam punya menu. Ketam steam periuk jer. Hehe. AKu ingat nak gulai kunyit kering. Ala2 kerutup tu. Tapi anak2 dan suami mek suka lagu ni jer. Hehe. Sookaa. Sbb penjimatan tenaga berganda. Keh keh keh.

Ops..tak nampak lak telur ketam yg mabeles. Ketam ni aku pi beli kat pendaratan perahu nelayan balik hari tu. mmg segar giler. Dan padat betul isinya. Tp segan la nak ambek gambo. Ramai betul org kat situ. Dulu2 (entry bulan puasa yg lepas2) ada gak wat entry pasal pusat pendaratan tu. Tp malas nak link. Hehe.;P



Pastu my ibu mer tua ku telah menggulai siput baruh ini. Masak lemak masuk daun kadok. Nom nom nom!

Dan last sekali otak lembu goreng kunyit. Hehe. Banyak kolestrol. Penggeli jgn baca yer. Harap dimaafkan.;P


Itu jer yg dimasakkan. Hat lain mil beli kari ayam kampung.

Kami lak makan popia dan kopok lekor sebagai pembuka bicara. Lps solat maghrib, perut penuh giler sampai takleh makan nasik dah. Jadik ratah lauk jer lah.

8 ulasan:

FAM berkata...

otak? oh oh...itu scary.

:: HUSNA :: berkata...

oh kak KV pun mkn otak lembu jgk ye... igt family kami je

Zareda Norman berkata...

tengok gaya menunya memang confirmlah tak turun sekilo hehhehe

bat berkata...

rajinnya KV masak..

rina berkata...

tok laki aku mesti suko g make umoh mu ni kv... byk lauk2 eksotik dimasak. hahaha

Ms Minnie berkata...

hari ni saya teringat kat kak kv, sebab masa saya drive tadi, kereta depan saya plat number dia KV ****, rasa nak snap je gambo.. tapi tgh drive la plak.. hehehehe

Selamat berbuka kak kv

KV berkata...

FAM,
mmg scary

husna,
hahaha..kami makan semua. orang kampung ler katakan.

kak zar,
tak sempat makan pun kak, makan popia terus kenyang. Langsung tak makan nasik. Lauk pun tersadai bawah saji.

bat,
aku masak lbh kurang jer. Huhu

rina,
hahaha..sekapal dgn ku eh.

minnie,
kat kelate ada 1, KV 11. Lawa betul. ;p

Mommy Prince berkata...

nak tanya , camne otak tu di goreng. just letak garam dan kunyit je ke? takmeletop ke? sebab biasa saya gulai lemak cili api.nak try goreng jugak la