Selasa, 20 Julai 2010

KEBULUR

Benci ah.
Baru 2 minggu start tak makan nasik dah kebulur.
Konon nak start diet tanpa nasik la.
Tapi hampeh.

Dulu, kalo gastrik, sakit ulu hati.
Tapi lani, jadi loya, pening sebijik mabuk mengandung.
Dan2 tu aku ingat aku terrrpeknen.
Gila ah.

Dan benci bila kena muntah2. \
Kalo tak muntah mmg tak ilang pening.
Masalahnya, lepas lega pening balik
Satu hari satu malam baru ilang.

Semalam, hampir2 nak memalukan diri.
Nasib baik aku tak pitam
Peluh merenik. Pandangan dah gelap.
Mujur sempat duduk.

Kalo orang tanya 'awat hang pitam'
Takkan aku nak jawab 'mek diet, nak kurus'
Huhu..jatuh martabat guwe.

Benci ah!

12 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hehehe.. lady nak diet tapi masalahnya tak leh tinggal nasik..~:D

Tanpa Nama berkata...

kv..cuba cara Has. CARB CURFEW
* siang makan nasik cam biasa ;)

Carb Curfew means no bread, pasta, rice or potatoes after 5pm. Instead, your evening meal becomes rich in lean meat, fish, pulses, vegetables, fruit, dairy products and essential fats. I don’t endorse cutting out all starchy carbs from the diet as these provide a valuable source of muscle fuel for our bodies which is important to burn up fat.

MR berkata...

pitam? ko biar betoi mek! aku kalau terasa2 cam pandangan kabur, dan-dan aku bantai nasik lauk kari mamak 2 pinggan. dan-dan sihat sejahtera :))

fatenton berkata...

hye kv..
saya pun tgh diet sekarang ni..
but still makan nasi..
nasi tu cuma satu senduk kecik.. betul2 kecik..
yg penting bykkan lauk..lagi2 sayur.. :)

FAM berkata...

hahaha! tak tahan dgn alasan kenapa pitam. tak macho kak!

rina berkata...

mu crash diet ni... tu jd camtu. try slow2 dulu. jange terus stop nasi.

Zareda Norman berkata...

diet jangan tak makan langsung.. makanlah buah susu kurma.. kena makan supplement..

Mak Su berkata...

eh! maksu rasa, masalah kesihatan maksu ada kena mengena dengn diet gaks... huhuhu

Mag berkata...

huhuhu..angin ko? jangan diet drastik sangat. take care

Naomiehasmi berkata...

laaaa, I pun selalu camtu..hihih...u shld take sikit carb...jgn banyak sangat...2 sudu pun jadik la...

KV berkata...

lady,
akak boleh skip nasik tp kdg2 tu tatau nak makan apa sbb org sekeliling duk makan nasik jea.

has,
wah...nak try lah keadah ni. Tq babeh.

rehan,
melampau ko tiban sampai 2 pinggan. mek kalo nak pitam, separuh pinggan pun tak habis.

faten,
sblm ni dh try gitu tak turun sekilo pun. Tu yg try skip terus nasik tu. Adeii

FAM,
mmg tak macho. benci ah!

rina,
sejak nak pitam aku ambik kdg2 nasik. Kuantiti yg sikit.

kak zar,
sy tak mkn nasik jer, benda lain sy makan utk ganti nasik

maksu,
adakah anda mengalami kejadian yg serupa dengan saya? Hahhaa

sumie,
yer, now me dh ambik nasik skt2. Hehe

Angah berkata...

KV sayang..

aku diet dulu aku tetap makan nasi tapi dalam kuantiti sikit dan kurangkan makanan berlemak/minyak.

Jangan tak makan langsung nanti badan ko terkejut, pastu bila makan balik mau dapat saguhati dua tiga kilo.

Cuma sarapan ngan makan malam aku ganti dengan Herbalife. Lps berenti herbalife aku makan cereal/roti masa pagi. Tghri mkn buah2 dulu baru nasi. Mlm minum milo ngan nestum atau biskut.

Memang seksa dalam 3 minggu sebab sistem badan nak adjust. Lepas tu ok dah. Aku hilang 20kg dalam setahun.