Isnin, 26 Julai 2010

DREBAR SEGERA

Agak kepenatan sedikit plus mengantuk. Tapi nak taip jugak buat entry. Hehe. Panjang dan penuh emosi.;P

Ujian yg hanya sedikit Allah beri, tapi agak huru hara lah bagi aku. Huwaaa

Bermula pagi khamis.
Tengah nak sarapan, tetiba hubby ckp peha dan betis dia lenguh giler. Muka berubah pucat dan peluh merenik. Memang takleh nak konsentret makan dah.
Segera masuk opis. Sapu minyak panas, tp tak tertahan lenguh nya. Bukan sakit tp lenguh.
Tanya2 opismate kat mana boleh berurut segera.
Try gi yg paling dekat ngan ofis, tapi non ado.
Terus sorang opismate bawak gi jumpa sorang pakcik ni.
Lega skt.
Tapi blom pun sampai tgh hari dah lenguh menggigil semula.
Nak lunch pun tak sempat.
Mintak ngan bos cuti separuh hari sbb nak bawak hubby gi kinik.
Dah la aku lama tak drive. Selalu bawak kancil manual 660 bergegar tu jer pun.
Tapi kali ni kena bawak persona lak. Seb baik auto.
Gemuruh ke, takut ke, tetap kena drive balik rumah.
Dah solat mandi semua, terus gi klinik. Bawak kancil la. Konfiden sikit. Hehe
Doktor takde, ada doc lokum jer.
Gi klinik satu lagi.
Jugak takde doc. Hampeh.
Pusing balik gi cari klinik satu lg kat klinik pertama tu. Naseb baik ada.
Agak hazab jugak la menunggu giliran.

Petang tu masih tak tahan, pi jumpa tulang urut wat appoinment utk mlm.
Lepas isya' pi ambik tukang urut.
3 jam 1/2 berurut. Tertido aku menunggu.

Bangun besoknya, tak tahan jugak.
Pegi klinik H***** dekat ketereh. Katup. Ari jumaat kan.
Terus shoot pegi Husm. Masuk ER.
Dan menunggu jugak adalah hazab. Ramai giler orang.
Jam 1 baru siap. Balik tu minyak pulak habis. Pestaim belajar buh minyak sendiri. Kesian aku ni, punya lah tak berdikari. Huhu
Doc xray tulang belakang kut2 tersepit urat. Takde.
So, doc injek ubat tahan sakit dan bagi mc.
Doc pesan suh berurut.
Dan doc akan call utk appoinment MIR (ke apa benda eh? tak ingat aku)
Tapi ada sorang doc dr sabah bagitau mebi sbb wallet.
Ye lah, masa drive pun wallet kat vontot.
Masa duduk opis pun wallet kat vontot.
Dah berpuluh tahun wallet menekan otot vontot tanpa di sedari.
Pembuluh darah besar kat situ tersepit.
Lama2 akan memberi kesan kepada urat peha dan kaki.
Logik jgak kan?

sampai rumah masih jgk tak tahan lenguh nya.
So, aku urut sendiri jer.
Cari part2 yg sakit, urut kawasan tu jer.
Ok lah sikit. Boleh bertahan sampai malam dan besok pagi.
Malam tu kluar pi beli barang kedai. Sampai tertido dina dlm kete menunggu begitu lama.
Lama tak drive malam, sampai cari punat lampu pun aku tak jumpa. Haha. Kalut.

Pagi sabtu dah ok. Lega aku rasa.
aku pun automatik hilang stress. Huhu
Tapi pagi tu punya lah byk keje
Simen habis
Nak dirikan tiang pegola
Nak punggah bata
Nak isi konkrit dalam tiang pegola
Kalo tak bantu tukang, mmg lambat pulak siap.
Tak lama lagi dah nak puasa kan
So, bergembleng tenaga (wahhh) la buatnya
Dan durian tak punggah lagi. Pembeli dah menunggu. Adeii

Pastu setel semua benda tu
mula punggah bata2 yg bersisa
susun bagi elok cantik
semak mata memandang

Petang tu baru perasan susu dina habis.
Nak kena pi tesco pulak.
Duk terfikir, mampu ker aku drive pi tesco ni?
Bawak caldina la pulak. Letih dah aku hongeh kancil. Naik lenguh dah kaki tangan.
On d way tu hubby dah start lenguh2 balik. Ah, sudah.
Kalo tak mikirkan susu anak abih aku pusing balik jer.
Tension mek tau. Huhu
Kejap jer kat tesco terus nak balik.
Tapi hubby cakap dia ok skt, nak pi mydin beli barang kedai jap.
So, dia continue drive sampai balik.
Pinggang aku mula dah rasa sakit. Aku rasa efek angkat tiang dan susun bata tu.
Mmg sakit giler. Nak berkalih, nak bergerak pun mmg seksa.
Mmg tak terdaya dah nak urut hubby yg mengeluh lenguh tu.

Ahad, hubby masih mc tapi aku ada course
On da way balik tu dia dah sibuk sms tanya kat mana.
Kaki dia buat hal lagi
Padahal pagi tu dah pegi berurut lagi
Atuk yg teman kan.
Adeh...stress guwe.
Aku suh dia bakar tungku jer samentara tunggu aku balik
pastu dia sms cakap dia dah jumpa urat mana yg sakit giler tu. Dia urut sendiri.
Bila tanya pendapat opismate, ramai yg duk perli ckp dia anak manja.
Hello, ni bukan masalah anak manja ke hapa.
Yer aku tau dia anak tunggal dan agak manja.
Tapi orang yg tak tengok keadaan dia masa sakit tu orang tak tau.
AKu yg tengok sendiri, aku tau la tahap mana.
Ada benda yg boleh di tahan sakitnya, ada benda yg dah tak tertanggung sakit nya.
Masing2 cakap besar, 'alah, takat sakit urat, wat tatau jer, lama2 hilang sendiri la, tak pun suruh anak bini jer urut'
Hangen tak? Aku mmg hangen giler. Kita mintak pendapat nasihat, lagu tu dema pakat skolahkan aku. Bengang oh.
Pastu, ada sorang lagi cakap ' tu la, duduk jer, bersukan nya tidak'
Dan2 tu jarum penunjuk meter amarah aku naik ke ke puncak.
terus aku sond ' eh, kalo banding dgn kak **(si bedebah yg becakap tu) rasanya dia lagi kuat bersenam kut? Pagi petang dia jogging 3km. Kalo saya malas ikut pun dia pegi jogging sorang2. Pastu balik rumah, lps solat asar dah tak duduk dalam rumah, byk keje2 kat laman menanti! Walopun dia gemuk kembung tapi takdenya dia duduk terbeda' (loghat kelantan ni) kat situ. Memang tak pernah duduk diam.
Mentang2 la laki aku tak main bola dan futsal, kira tak bersenam lah tu. Ke senaman ni hanya untuk main bola jer? Sedap2 hati jer dia cakap.
Padahal dorang semua tu lagi gemuk dari laki aku.
Huh..tak pasal2 emosi gua tercalar beb!
Bayangkan, dah berapa kali berurut, dan berapa kali injet plus makan ubat lagi tapi tak berkesan, aku rasa itu bukan main2, bukan nak bermanja manja tu. Itu sakit betul. Tatau lah pandangan korang, tapi aku mmg bengang giler ah!

Sampai rumah terus carik suami dulu.
Korang tau dia buat apa?
Tengah mengurut peha dia dgn katil MIL.
Haha...mmg aku gelak abih. Dan2 tu ilang rasa amarah kat org yg tak bertimbang rasa tadi.
Cemana nak cerita eh.
Hujung katil MIL tu ada kayu besar penumbuk berbentuk bulat mcm tungku tu. Macam kat kepal katil gak. Tapi posisi dia lebih rendah la. Sedang elok kalo duduk.
So, dia sapu minyak kat situ dan gasur peha dia kat situ jer.
Maknanya dia boleh kawal sendiri kat mana sakit dan bisa.
Dia cakap sengal nya mcm kena karan. Tapi lega.
Dengan aku2 rasa lega. Fuhh

Aku cerita la aku bengang ngan opismate yg tuduh dia berlakon tu.
Di sengih jer.
Dia cakap, takpe la, deme tu tak rasa, boleh cakap mcm2.
Nanti suatu hari mana tau dorang rasa, dorang akan ingat apa yg dorang cakap kat aku tu.

So, hari ni aku yg drive datang keje. Dan ada opismate yg faham bila bertanya. Tapi ada jugak sekor dua yg gelak. Lantak korang lah. Letih dah aku rasa.

9 ulasan:

rina berkata...

huhuhu siyenyor ko nizam... eh betul ke tok laki mu nama nizam. takut tukar nama tok laki jah. hehehe.

tp bab mulut xde insurans tu meme agak kureng asamlah. org betul2 sakit dia ingat buat main2.

KV berkata...

rina,
betul doh tu.
Yang aku bengang bukan jer tak membantu, makin menyakitkan hati. Huhu

MR berkata...

panjang kisah. takpa, dugaan tu. sakit sikit2, ujian dari tuhan. takpa, terus ikhtiar. org yg bagi komen tak rasa apa yg kita rasa. tuan punya badan tu yg tnaggung sakit. mana ada org tak sakit, buat-buat sakit kan. sabar ya mek ya...

p/s: kellas mek pakai caldina tawww :)

go beyond the horizon berkata...

salam,
lama tak chek bz gile. Ni bulan puasa nak mari.. jgn lupa makan buka puasa dan selepas sahur makan uat antacid ke gastric.
NI pasal laki tuh, kena buat MRI. sUPAAY DILIHAT kalau ada trap nerve atau lip disc atau wear and tear. Ini perlu dikaji sebab punca penyakit samada sbb diatas atau lagi punca yang serius.
SILA PRINT DAN SURUH LAKKI BACA. sUPAYA DIA PAHAM DAN BOLEH SOAL SOALAN PADA DR. PASTIKAN SUMA APPMNT PERGI DAN MRI DAN HYSIO APA SAJA RAWATAN DI KERAH LAKUKAN.


http://www.arthritis-treatment-and-relief.com/intractable-hip-and-leg-pain.html


BTW saya kena macam laki mek. Saya dulu aktif sport. Ramai ahli sukan kena kecederaan sebegini. Tak semestinya bersukan itu elok. KALAU LASAK SGT WEAR AND TEAR LAH badan. sukan yang elok adalah berenang dan kayuh basikal.
Saya rasa laki awak sibuk nak menguruskan rumah dan keluarga dan ibu dan toknya. nampaknya dioa rajin.. tak duduk diam. dengan menjala etc.. tapi pastikan awak lakibini bila mengangkat barang mengikut aturan yang betul.

http://backandneck.about.com/od/conditions/ss/spinalstenosis_2.htm

http://backandneck.about.com/od/p/g/pinchednerve.htm


http://symptomchecker.about.com/od/Diagnoses/sciatica.htm

print dan baca laki bini. nanti bila mri bila jumpa dr pakar boleh terang dengan lebih elok dan dan jelas apa yg sakit etc, dan soal soalan yg sepatutnuya.

elok rajin rajin berenang..
lagi satu sapa yg gelak sbb tak main sukan tuh, jgn ingat main sukan kita tak boleh dapat kecederaan berupa wear and tear dan sebagainyanya..

tak pe tak kena maka tak tahu kena maka tahu.. kena sabar banyak banyak.. nanti saya beri contoh exercise..

lagi satu kat mana yang dia rasa sakit suruh dia ambil bola golf letak di tempat yang sakit dan duduk /himpit supaya ada pressure. dapat melegakan. lagi satu ikutlah pesanan didalam article tadi macamnana nak elak lagi sakit.

walet didalam poket bukanpenyebab.. selalunya faktor tulang dlm badan kita kena wear and tear haus ke etc.. tu penyebab utama urat kita inflamme..

Dr tu senang aja rule out cam tu degree india ke?
anyway kita tolak keta rosak pun kita boleh dapat slip disc atau tergeliat urat dan joint ti ponggong dan kaki... bacalah article tu suma...tengok gambar diagram tulang supaya awak paham..

ok kena pergi.. time nak revise.. esok keja.. exam next month..

go beyond the horizon berkata...

Tips & Warnings
Your back should remain straight at all times when lifting heavy objects. Use only your leg muscles to lift the object..When lowering the object, bend at the knees, keeping your back straight. Use only the leg muscles as you lower the object to the floor or table. Lower the item gently one side at a time to prevent smashing your fingers..

Biarlah rahsia berkata...

betul kata2 go beyond horizon tu KV...
bersukan pun blh bw kecedaraan...jgn terlebih bersenam...blh bw kecederaan juga...
mungkin sibuk duk siapkan laman tu ada urat yg tersepit kat mana2 kot...tukang urut pun kdg tktau urat mana yg tersalah...

bykkan bersabar yea...org tak rasa tu sedap je diorg duk mengata.

k.bi doa suami kv semoga cepat2 sembuh yea.

KV berkata...

rehan,
mmg kisah yg pjg, dan aku letih. Haha

GBTH,
tenkiu sgt2. Nanti kv suh hubby baca dan kv pun nak baca sekali.
good luck utk exam.

kak bie,
tenkiu kak.

Angah berkata...

teruskan usaha menjai drebar berjaya ye..aku ni plak sampai tahap tukar tayar sendiri dah boleh.. penangan duduk asing ngan laki la nih haha

KV berkata...

angah,
tu ler, aku rasa, kalo terrrpaksa mmg boleh. haha