Huhuhu...amat sedih dan rasa sungguh terhina bagi aku.
Tapi...
aku jamin wajib kelakar bagi korang. Hua hua hua.
Semalam, kerusi makcik patah uols. Kaki kerusi Patah dua. Hiks
Makcik syok mengadap lappy. Tgh ym dgn bff yang isu nya mmg kena fokus kan perhatian sepenuhnya.
Tiba2 (jeng jeng jeng)
Kedudukan makcik tersenget ke sebelah kiri, lengan makcik tersepit antara kerusi dengan rak. Sakit. Makcik jadik blurr. Duk terfikir apa kena dengan makcik ni?
Pastu bila makcik sengetkan badan sebelah kanan terus kerusi makcik jadi tak stabil. Terumbang ambing makcik jadiknya. Tergapai gapai tangan nak selamat kan badan dari jatuh terlejepuk. Kalu dak, jadik macam nangka busuk aku!
Opismate makcik(pompuan) tengok makcik terkial kial tu, terus datang pegang. Dengan dia2 sekali terumbang ambing sebab kerusi makcik tu bergerak ke kiri dan ke kanan. Makcik kan gemuk, wajib la berat. Hua hua hua. Sila gelak.
Tengah kalut2, menyelamatkan diri dari jatuh tu, sorang lagi opismate (lelaki) kutuk makcik, 'tu la, gemuk sangat!!!'.
Korang tau, makcik dengar tu, makcik terus naik angin. Aku ni tengah terumbang ambing nak selamatkan diri dari jatuh, dia kutuk makcik kaw2. Uols. Oke lah, korang gelak lah. Kelakar kan?
Aku ni dah la segan dia tambah pulak. Besar sungguh 'kemaluan' makcik.
Bila makcik dah selamat tu, semua orang datang bantu, buang kerusi yg patah, ganti kerusi lain. Pastu ada yang bertanya khabar. So makcik cakap, 'memang kerusi tu patah sebab makcik gemuk!' Makcik geram uols. Makcik melahar balik kat malaun yg sound makcik tu!
Aku dah la sakit, dia kutuk pulak ek?
Pastu bila dia tersedar yg makcik bengang giler ngan dia (aku cakap sesedap hati aku kasi hati aku puas, sapa suruh sakitkan hati aku?). Ha, mula la dia nak betulkan keadaan. Dia cakap, kalo lelaki dia dah bantu, ni perempuan dia tak tergamak.
Shi*! Kepala hotak hang (sori uols, makcik geram ni!). Makcik cakap dengan dia, tak yah pura2, dah kutuk tu kutuk ler. Hina sangat orang gemuk ni!
Pagi ni pun bersambung lagik isu ni. Ada yang cuba bergurau, tapi aku melahar sampai puas hati. Pastu masing2 cuba nak selamat kan diri. Dah, sudeyh, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah nya!
Dia ingat aku nak sangat gemuk ni? Dia tau ker aku gigih giler jaga makan, gigih giler jogging, gigih giler sit up nak bagi kurus. Tapi tak kurus2! Hangen!
Fuhh...emosi betul makcik gemuk. ;P
13 ulasan:
alahai..cian dgn makcik tu... sabar makcik yea...
sabor mokcik sabor......
meh minum jus mate 5.....
sabor makcik!
depa tu lom kena lagik...
Ala..la..la...siannya makcik. Memang celupar btul mulut ofissmate makcik tu. Sabar jerlah.
rilekslah..... makcik pon gemuk jugak. tapi makcik tak jogging atau sit up... kalau makcik dah tak muat nk masuk pintu umah, nnt pintu umah tu yg makcik besorkan. eh, lari topik eh. sori-sori. patah kusi takpa..jgn patah hati. hehe
has,
makcik takleh sabar, makcik gerammm. Huwaaa!!!
ain,
jus mate mahal. Hihi
TTM,
takpe, ada lori ada bas. hehe.;P
fiza,
alah, makcik jer emosi tak stabil. Huhu
makcik rehan,
ups..patah hati jgn, mau makcik meroyan. Hua hua hua
Cian makcik...sabar...kalau eynda pun hangin gak dengar mulut org cakap gitu...senang je diaorg cakap kan..
sorry KV...zarin dah gelak dulu ye! hahaha lawaklah KV tulis citer ni :D
anyway sabar ye makcik..tapikan kalau kerusi tu nak patah, tk semestinya org gemuk duduk pun buleh patah tau...so sabar ye makcik :)
sabar2... lady faham perasaan makcik... tarik nafas hembussss...
heheheh sian la ko demo jatuh kusi pulok :( takpo, sapo gatal mulut meme keno la lepah ni...
kawe ore kapung demo,
sabar ye akak.. tapi nak tergelak jugak.. hehehehe
bneci jugak orang lelaki ni..kadang2 mulut main cakap jer. kadang2 geram gak..sound jer kv..padan muka
eynda,
ye lah, mcm kita ni duk mintak2 suh gemuk kan? Ahahaha
zarin,
ha, kan dah cakap cerita ni kelakar. Hehe
lady,
tenkiu yang, makcik dah sejuk dah sikit ni. Hik hik
ummi nor,
yer org kampung ku, dah la tak tolong, buat org sakit hati lak. Thehehe
noniey,
gelak jer. Akak ok. Hihi
farah,
aku sound jer sepuas hati. Seri. sama2 saket hati. Hak hak
Catat Ulasan