Ahad, 18 April 2010

CARA MENEGUR

Walopun aku dah tua dan ber anak 2, tapi aku still kadang2 tatau pasal kanak2. haha. Kalo ngan anak2 aku, aku main redah je. Memang la, aku ada impian dan perancangan untuk anak2 aku. Aku nak berikan yang terbaik untuk anak2 aku. Tentu lah org lain pun mcm tu kan.

Akan tetapi, aku macam tak reti nak mendidik anak2 aku secara berhemah. Aku kadang2 naik darah, kadang2 bertempik macam halilintar. Kadang2 aku terpaksa pukul atau cubit anak aku.

So aku kagum giler bila orang2 yg boleh didik dan tegur anak dorang dengan lemah lembut. Cara aku memula, aku tegur or larang baik2. Kalo 10 kali (di ulang yer, 10 kali, tapi kadang2 tak sampai pun, ikut mood) tak jalan jugak, pitching aku naikkan sikit, makin lama makin tinggi. Kalo tak jugak menjadi, mula lah sepit ketam berjalan. Perlahan dulu aku lepuk. Kalo tak jalan jugak, kuat sikit. DENGAN NIAT NAK MENGAJAR. Bukan mendera hokeh.

Pastu dah anak aku meraung menangis (akibat sakit kena cubit or lepuk) aku mula lah berceramah. Kalo mood aku boleh tahan, aku cakap elok2. Kenapa tak boleh macam tu, kenapa tak boleh macam ni. Kalo mood aku dah ke laut, mmg aku marah giler giler ah.

Korang macamana ek?

Aku kadang2 rasa risau gak ngan cara aku. Sebab kalo aku larang cara elok2, takdenya anak2 aku nak berenti bergaduh or berebut barang. Mesti nak kena suara tinggi atau kadang seiring dgn lepuk. hihi. Orang cakap tak elok tangan kan anak2. Kena pujuk kena cakap lembut2. Nanti rosak jiwa anak. Tapi tu lah, puas aku berlembut pun anak aku bo layan jek. Ke aku yang tak cukup sifat sabar nih.

Aku tenguk satu rancangan kat tv7. Nanny rescue ke apa benda eh. Memang family yg masuk rancangan tu huru hara bebenor. Aku tengok pun urut dada. Pastu aku tengok cara nanny tu solve kan masalah dorang hingga anak2 jadi patuh, tau undang2 dan happy jer. Aku pun mula lah terfikir adakah aku selama ini kejam pada anak2. Tak betul sangat lah cara aku. Huhu. Lain kali nak suruh hubby tengok jugak la. Sama2 memberi motivasi pada kami.

Bila aku tengok anak orang buas/lasal/nakal. Takde pun aku nak kutuk (sebab anak aku pun lasak bebenor). Kecuali kalo parent budak tu buat selamba jer tak heran mmg kena kutuk ngan aku dalam hati lah. Tapi kalo parent dia berusaha melarang atau yang sewaktu dengan nya, mmg aku faham lah kan. At least ada tindakan dari ibu bapa dia untuk suruh anak tu behave. Kalo anak tu tak dengar jugak nak wat macamana kan. Sebab anak2 aku pun lasak jugak. Cuma masih boleh dikontrol lah kalo kat tempat awam.

Tapi aku tumpang rasa kecik hati kalo ada orang dewasa yang marah2 kat bebudak nakal ni sedang kan ibu bapa dia sudah berusaha menyuruh anak dia bersopan. Tak terfikir kah dia kalo ada anak atau cucu nya yang nakal semacam itu suatu hari nanti. Ibu bapa pun tak minta anak dia nakal macam tu. Mesti lah dia nak anak dia baik dan bersopan jer. Kalo aku, berdepan dengan budak nakal, walo dalam hati membara nak marah baik aku lari jer dari situasi tu. Sebab aku pun terfikir kalo aku marah budak2 tu, mak bapak dia kecik hati walopun dia tahu anak dia nakal, kalo aku pun aku kecik hati jugak weh!

Ye lah, cara orang mendidik anak2 tak serupa. Ada orang rasa cara dia betul, cara orang lain salah. Sebab tu aku tak tulis kat blog cara aku didik anak2 sebab mmg aku tak pandai. Aku hentam kromok jer ikut keadaan. Sebab tu blog aku boring. hehe

Oh, sapa2 yang terer pasal pendidikan anak2 sila berikan cara dan pendapat. Boleh aku wat pedoman mendidik anak2 aku. Segala ilmu yang bakal dicurahkan aku dahulakan dengan ucapan ribuan terima kasih. Eceh!

7 ulasan:

Zareda Norman berkata...

KV

sila baca blog ni...

http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

KV berkata...

kak zar,
tenkiu babeh. Nak gi baca.

Unknown berkata...

:(
2 x 5 je ngan kita Kv weh..
baca buku motibasi mcm2, tapi hampeh.. sbb sabo kurang dalam diri. skrg sampai si abg kalo nk marah adik pun terjerit2 mmg ngikut 110% stail mama dia yg bengong ni..

tapi ni da 2 hati tgk Tanyalah Ustaz berkenaan tajuk, Sayang IbuBapa.. ada menyebut ttg 'IbuBapa Yang Derhaka' isk..isk..
Malu.. sedih..
Byk lagi kurang dlm diri ini, mcmana nk didik anak betul2 ye tak.. Sama2lah kita muhasabah diri sbg ibubapa utk anak2 kita.. ;)

Mag berkata...

huhuhu...takde pengalaman la kak kv..tapi kalao farah dah 10 kali dah berlembut harus la naik suara jugak..

knv berkata...

saya pun sama la jugak. sekarang ni dah agak improve sikit, sebab malu pulak ngan diri sendiri bila dah terpekik2 lagu tu. dan bila tgk anak2 terpekik2 sesama sendiri sebab ikut perangai kita.

kalau tengok supernanny punya rancangan kat tv tu, memang berguna kalau wujudkan satu 'naughty spot' kat rumah. kalau notty je tak dengar cakap, kami suruh pi duduk kat notty spot. berapa lama nak duduk depends on berapa tahun umur anak. kalau 8 tahun, 8 minit etc.

ni kira our first step, kalau tak jalan, baru bagi debik sorang sebijik hahaha...

tapi usually memang effective la notty spot tu. kiranya macam salah besar kalau kena hukum pi notty spot. lepas tu masing2 behave.

memang kalau boleh tak nak pukul rotan semua, tapi harus jugak semua tu untuk didik anak2 on certain cases. so that depa tau apa yang boleh buat apa yang tak.

mat salleh langsung tak nak pukul anak. depa more on psaikologi. tapi saya rasa perlu jugak pukul sekali sekali. bukan untuk sakitkan pun, untuk bagi gerun je.

:D sekian. panjang lak haa..

oren berkata...

kena beli-baca-amal apa yg tulis dlm buku2 motivasi pasai anak..plus doa yg tak putus2 supaya anak2 kita jadi soleh/solehah..

*aku pon masih cuba baiki diri dari hari ke hari*

KV berkata...

ealyie,
ye la, sama2 kita musahabah diri kan. Huhu

farah,
ahkak bukan penyabar dik. Hihi

knv,
weh, bagus gak idea tu. Nanti nak try lah

oren,
a'a, kena sentiasa belajar dan mendalami ilmu aku ni. Huhu