Isnin, 8 Februari 2010

MUSAHABAH DIRI

Ingat dak entry2 lampau aku dulu? Malas lah nak cari. Kalo korang ingat, ingat lah. Kalo dak pun, takpe. Hehe

Dulu aku menyampah ngan segelintir perempuan2 bini orang keliling aku ni. Tak pernah cukup dgn kasih sayang suami. Mencari cinta lain. Aku cukup menyampah, cukup geram, dan semua rasa lah ada. Tp bukan jeles yer.

Now, sehari dua ni, mcm2 berita sampai kat telinga aku.

Kes 1
Perempuan (bini orang) mempergunakan lelaki dungu yg kemaruk nak bercinta (suami orang) untuk kesenangan hidup nya. Bukan sekadar tenaga, habis harta benda wang ringgit di kaut nya. Kad kredit over limit dah. Teruk kan.

Now, suami dia berbini sorang lagi.

Aku tatau nak kata apa. Masa suami dia duk bercinta dengan mmg nanar. Mintak nasihat orang. Tapi dia sendiri mcm tak mahu megubah sikap dia. Masih mempergunakan suami untuk kepentingan diri. Kereta suami dijual untuk membeli kereta yg lbh mewah kepadanya. Tp tak sempat beli sbb org lain sibuk buat rumah, makanya dia pun nak buat rumah jugak. Habis separuh gaji suami nya di potong untuk loan rumah. Suami nya terpaksa berlapar dan tak balik jumpa anak2 sbb tiada duit sbb selain kena potong loan rumah, suami nya terpaksa memperuntukan sejumlah wang untuk keperluan anak2.

Padahal bagi aku, umur dia baru setahun jagung. Dua2 baru bekerja dan duduk berasingan. Lagi pulak duduk dengan ibu, rasanya tak perlu tergesa gesa nak membina rumah. Bina lah hidup biar stabil dulu. Tak perlu terkejar kejar. Akan sampai masanya untuk memiliki aset suatu hari nanti. Kecuali kita mmg dah kaya raya tak perlu nak pikir benda lain dah.

Dari sumber terdekat, suami nya kecewa akan sikap isteri dan berasa sunyi bila berada di perantauan sorang diri. Nak balik jumpa anak isteri, duit takde, terpaksa di catu. Nak2 pulak ada anak gadis yg menggoda. Makin la terbuai buai dgn cinta anak remaja. Orang yg sunyi, di sua kan kasih sayang, harus la kan.

Entah la, aku pun tatau nak komen apa. Dari geram, aku jadi kesian dengan dia. Aku pun perempuan. Ada suami dan ada anak2 macam dia. Sedih tau. Dia jauh ngan suami. Struggle ngan anak2 kecik. Suami lak sesenang jer bercinta. Pastu dah kahwin pun.

Tapi aku tatau la dia dh tahu ke belum pasal status suami dia. Hanya org keliling yg duk bercakap.


Kes 2
Jugak bini orang. Asyik masyuk bercinta dengan suami orang. Suami sendiri di layan ala tak ala jer. Si suami lak, bila di beritahu buat bodoh jer. Termakan pujukan si isteri. Macam dayus sgt2 la aku tgk suami dia.

Si bini ni asyik masyuk bercinta mcm2 plan di buat nak kluar dating ngan kekasih hati.

Tup2 aku dengar, dorang gaduh2 nak bercerai sbb suami dia ada awek. Budak u. Masih belajar.

Halaweh. 1-1 lah kan?

Dah dia pandai bercinta, apa pulak nak kecoh kalo suami dia jugak pandai bercinta.


Entah la. Tak paham aku. Bila terjadi benda2 gini kat dorang, aku turut rasa sedih. Jugak pengajaran pada aku sebagai perempuan. Belajar lah bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali memperlekehkan suami kita. Jangan anggap jejaka lain nampak hebat, kita terkejar kejar jejaka itu sehingga kita lupa sebenarnya suami kita lebih bernilai.

Lepas terjadi nya benda sebegini, apa yang perlu dibuat?

10 ulasan:

sisdee berkata...

yup..yup..mmg mcm2 duniakan..
orang kita lak tu..:(
kat taman umah i ni pun blaku benda yg sama...nk blumba le..nk blaga le..last2 meletup !!

kita hanya patut berdoa mereka diberi rahmat/ptunjuk..kitapun harus bdoa jauhkan pkara2 buruk jadi kat family kitakan :(

skarang laki orang/bini org dah sama naik dah..akhir zaman!!

KV berkata...

sisdee,
sedih betul tau. Kita pun perempuan kan. Moga2 kita dijauhkan dgn benda2 sebegini. Amin

Lady of Leisure berkata...

ya ampun, semuga kita semua boleh jadi isteri yg baik...
mudah mudahan..

Mag berkata...

hurm..banyak kes gini ore dgr..loni mcm byk kes perempuan hok curang key?huhuhu

dunia.dunia

~Eila Nur Kaseh~ berkata...

kak kv,
itula manusia kan..tak pernah cukup dan rase bersyukur...
bila dah jadi gini..sikit sebanyak buat peringatan diri sendiri jugak...agar lebih menghargai dan memahami pasangan hidup...
bila hubungan takde kepercayaan dan sikap jujur..mudah je tergoda dan dibuai perasaan....

Zaila Mohamad berkata...

memang kak, dunia zaman sekarang..yang penting sama2 kita jaga rumahtangga kita dr orang ketiga..

Zareda Norman berkata...

sebab tu hubungan lelaki perempuan kat pejabat harus ada batasan dan landasannya..

mrs shaifull berkata...

biasalah KV, yg depan mata mana nampak sgt, yg org lain punya mmg nampak best, biasalah manusia kan (peringatan utk diri sendiri gak)

KV berkata...

lady,
amin.

farah,
sbg perempuan, jaga lah maruah kita kan.

eila,
sikap tak pernah puas hati mmg memberi kesan.

zaila,
sama2 lah kita saling ingat mengingati.

kak zar,
a'a, pejabat jugak boleh menjadi medan percintaan yg salah

CT,
mudah mudahan kita dijauhkan. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

terima seadanye suami kita..