Rabu, 3 Februari 2010

HAL WANITA

Perhatian: Orang lelaki tak payah baca yer. Tapi kalo nak baca pun takpe. Hak hak

Oh semalam, di samping mood weng2 sakit tonsil aku gagah diri jugak pgi klinik dan pusat bersalin altenatif an nuur.

Aku buat keputusan pakai iucd. Malas dh nak ambik pil. Dulu hubby tak benar sbb dia bimbang benda tu duk dlm badan kan. Pas tu aku dh tak tahan nak makan pil tetiap malam. Lagi pulak aku stress sbb badan jd gemuk terbabas. Bersenam ka, diet ka, semua tak jalan. Sebut aje jenama apa yg org ckp badan tak naik. Aku try semua. Tp hasil nya yillek. Makin hari makin gemuk. Tak ke tensen.

So, aku tanya kawan2 (kawan blog pun, you know who u're) dan aku suh hubby goole sendiri pasal benda alah ni. Alhamdulillah dia boleh terima.

Oh, nasib baik aku gi semalam sbb sejak aku ambik pil period pun ala2. So semalam pun doc was2 boleh buat ke tdk takut rahim dh tinggi. Tapi alhamdulillah ok boleh buat.

Pastu doc suh aku buat pap smear terus. Tp kan aku dh buat 2 weeks lps. Cuma result nya blom tau. Tunggu yg tu dulu la.

Masa borak ngan doc, aku cerita pasal arwah kakak aku yg kena kanser serviks tu kan. So, doc ckp if someone ada history kanser dlm family, better ambik vaksin mencegah.

Doc ct ckp ada 2 jenis vaksin. Satu, apa tah ke nama tapi sgt mahal. Dua, apatah ke nama jugak, a bit costly jugak la. Kena 3 kali injek dan sekali injek cost about 400 something. So aku ckp ngan doc, bila2 masa kalo aku nak suntik aku call dia. Ye lah, aku pun nk bincang ngan hubby dulu kan. Anytime boleh dtg je.

Bila aku bincang ngan hubby, hubby suggest ambik jer vaksin tu. Dulu ada dgr gomen nak bagi subsidi kan. Cost about 600 sorang. Tp senyap jer. Aku rasa mcm pernah terdengar dlm berita yg kementerian kesi.hatan nak injek bebudak form 3. Tp tatau la jadi ke tdk.

Aku dah tgk dlm oprah duk cerita pasal ni. Kat negara dorang vaksin ni rasanya free jer. Cuma ada parent yg tak berapa berkenan sbb dorang takut, bila remaja disuntik vaksin ni, dorang bebas melakukan seks bebas. Dah tak risau kena penyakit. Tp bagi aku benda tu berlandaskan iman la.

So, hubby nak try call doc feveret kami sbb nak tau kat klinik dia ada tak vaksin tu. Dan berapa kos nya. Kalo takde, mmg nak pergi an nuur la. Mebi masa check up sebulan lagi. Apa pendapat korang eh? Bagi hubby, lebih baik mencegah dr merubati. Duit boleh cari dia cakap. Aku pun rasa cam setuju. Kalo dh sakit duit takde guna kan?

Masa duk ckp2 ngan doc ct tu, dia perasan aku mcm semput. Dia ingat aku lelah. Haha. Aku kan sakit tekak, Tonsil bengkak penuh tekak aku. So, nak berbafas pun mcm tak berapa nak lepas. Kebetulan doc mmg dh nak bagi antibiotik sbb v***na ada mcm discaj skt. Bleh pakai antibiotik yg sama.

Aku serabut la pasal tonsil ni. Bulan ni dah 2 kali kena. Adui. Makan mmg kena pantang bebetul la. Asyik sakit dan bengkak aje. Peritnya aduhai.

Hubby suggest tunggu 3-4 bulan lg. Kalo asyik duk main on n off nampak gaya nya kena gi husm la. Kasi potong buang sama dia. Ngeri lak aku nak mebayang kan. Tp ofismate duk cerita (ramai antara dorang yg dh operate). Sakitnya dlm 2-3 hari jer. Pastu dh takde masalah dah. Tengok la nanti. Oh, sapa apa pengalaman pasal ni, sila lah bercerita dan memberi pendapat,okeh.;)

15 ulasan:

Angah berkata...

Aku pun pakai IUCD lepas bersalinkan Adneen. setahun lebih gak la pakai. Memang senang.

Pakai kat klinik kerajaan je, semuanya terjadual dari cek, pap smear and all.

Kesuburan pun immediately sbb kita tak amik hormon kan..

Cuma masa period tu mcm banyak sikit la. and make sure ko check panjang benang tu konsisten ya.

pB berkata...

pernah guna tapi tak lama ...

KV berkata...

angah,
tq for the info

kak pB,
ada problem tak?

mrs shaifull berkata...

KV, rasanya elok ambiklah vaksin tu, rasanya betul gak cakap hubby awak tu, baik cegah dr rawat..

aNIe berkata...

KV...pasal tonsil tu ada anak jiran sebelah rumah ni pun dah buang..sebab asyik kena jangkitan...akak ni pulak...tak boleh makan panas2 sangat nanti tonsil bengkak...especially halia & black pepper...

Pasal injection pencegaah canser serviks tu akak dah amik...yang kena injek 3 kali tu...tapi buat 2 kali je sebab utk kali ke 3 tu akak terlupa...

KV berkata...

CT,
a'a, kv rasa pun mcm nak ambik

kak anie,
kita pi buang nak kak? Hehe

Mak Su berkata...

maksu ni jenis penakut, maksu dulu2 makan pil, tapi badan cepat sangat naik... genetik plaks jenis yang berisi, huhuhu.

kendian pakai topi :)

iucd langsung x berani, seriau

ANAKIRANA berkata...

vaksin tu ler ..sini datu dos rm500..3 dos kena amik dlm masa 6 bulan
nak amik ak..tapi tak tau bila nk amik..huhu kena mintak subsidi asben jugak ni

KV berkata...

maksu,
topi? Cemana tu? haha. Langsung takdak idea apekebenda tu.

Ana,
akak hubby nak sponsor. Mahal pun mahal lah yer.

noniey berkata...

saya ada dengar pasal vaksin tu.. rasanya pernah baca dalam harmoni.. tapi memang betul pun.. better amik vaksin tu.. prevent is better than cure kan..

sisdee berkata...

kat luar ngara nk suntik vaksin free ek..kat cni jek kena bayar ek..huhu

i pun takut iucd..hahahahah
pil pun takut...semua takut..last2 pndai2 le sndiri :p

KV berkata...

noniey,
a'a, baik pi suntik kan. Takpe lah mahal sikit pun

sisdee,
ahkak tak berani tanpa apa2 protection. Haha

cikgu jue berkata...

kv, topi tu kalu ju panggil 'stocking'... kui kui... ju pun tak berani nak guna iucd tu, org kt mcm ada benang la, mcm2... so skang ni mkn pil brand yasmin.. ok je la tak naik pun bdn, means maintain je la berat tu, maybe sb mmg dah sedia berat... ha ha...

rina berkata...

so ni dh pakai iucd ke blom...

Mag berkata...

takuk nye kak kv..take care~