Khamis, 21 Januari 2010

HAPPY BIRTHDAY DANISH


Hari ni, 21 Januari 2010, anak jantanmek genap berusia 7 thn. Dah besar dah.

Sekejap jer rasanya. Dah masuk std 1. Dah pandai demand macam2. Semalam duk mintak beg duit (wallet) sbb ada antara kawan2 kelas dia yang ada. Tapi aku belum berkesempatan lg nak belikan untuk dia.

Membesarkan dia pada peringat awal nya sungguh menguji kesabaran. Lahir dengan berat 1.2kg. 35 hari dalam NICU. 7 hari dalam wad kanak2. Usia 42 hari baru boleh di bawa pulang. Sampai umur 5 bulan asyik duk menangis dari maghrib sampai ke subuh. Takda dah erti tido lena, takdak dah masa nak baca mag, nak tengok tv. Memang langsung tatau perkembangan semasa.

Dia lambat berjalan. umur setahun lebih baru mula bertatih. Namun now dah sama2 membesar seperti rakan sebaya. Walo pun banyak main, kurang tumpuan sikit, tapi takpe lah, biar dia membesar macam budak lelaki lain. Tak nak push dia sangat. Cuma kena bagi panduan dan galakan. Harap nya dapat lah seiring dgn rakan2 sebaya. Insyaallah.

Di usia 7 tahun ini, mama dan abah mengharapkan agar abang menjadi anak yang soleh, rajin buat homework, rajin mengaji, mendengar kata, lebih memahami, sayang adik. Mama dan abah sayang sgt2 dengan abang. Tiada apa yg kami usahakan dlm hidup ini, melainkan untuk anak2. Moga abang berjaya bila besar nanti. Insyaallah.

p/s: cake cutting ingat nak wat hari jumaat la. Ajak kawan2 dia. Tp tak diskas molek lg ngan hubby. tengok la cemana. Tadi pagi dh wish, sengih2 je dia termalu - malu.

10 ulasan:

Akak Ratu berkata...

Hepi Beday to Danish! semoga pjg usia, jd anak yg soleh, dgr kata ibu bapa dan bahagia dunia akhirat... aminnn

sisdee berkata...

hepi birthday danish...!!
semoga menjadi anak yg soleh..

my son dulu pun suke nangis masa kecik2...org tua2 kata..kalau masa kecik camtu..insyaallah dah besar tak menyusahkan org tua..mudah2an kan!! :)

Sya berkata...

Happy Birthday Danish.. semoga membesar menjadi anak yg soleh.. sama ropanya ngan Arif..

aNIe berkata...

HAPPY BIRTHDAY TO DANISH...semoga menjadi kebanggaan ibunya...dan membesar menjadi anak yang soleh...

Sekejap je rasa anak2 dah besar ye KV....

zarin berkata...

happy b'day danish

Tanpa Nama berkata...

hpy besday danish!

risanur berkata...

hepi besday danish...semoga menjadi anak yg soleh dan menjadi spt mama dan papa inginkan...

ANAKIRANA berkata...

selamat hari lahir danish!
jgn nakal2!
pau hadiah best2

KV berkata...

alhamdulillah dah 7 tahun usia dia. Terima kasih buat kawan2 yg mendoakan yang terbaik untuk Danish. Terharu dan sgt2 menghargai nya. Terima kasih sekali lagi. Mmmuuuaahh

rina berkata...

buat kt laman umah mu yg luas itu... mesti lg syok.