Khamis, 14 Januari 2010

DINA TAK SIHAT

Tapi alhamdulillah dah ok. Cuma nya biasa ah bila baru sembuh harus lah manja lebih. Mama dia ni dekat2 nak cari tukang urut dah rasanya. Sakit abih satu badan.

Ceritanya hari selasa tu dia muntah belah mlm tu. 2 kali. Aku ingat dia kembung perut sbb langsung dia takleh tido. Gelisah aje. Tapi tubuh tak panas. Dah saspek mebi dia nak demam kut sbb si abang nya kan baru baik demam.

Baru jer sampai ofil MIL call tanya ubat demam kat mana. Jam 10 pengasuh sms dia muntah2. Tp tido. Bangun tido jam 12 tu dia muntah balik. So kami decided ambik half day je lah. Nak bawak dia gi klinik.

Sampai kt rumah pengasuh tu mmg luluh betul hati menengok dia yg lembik tak bermaya. Nak buka mata pun tak dapat. Doktor ckp mebi keracunan makanan ke apa. So, doc masuk kan ubat kut bontot kasi lega rasa nak muntah. Ubat tu buat dia letih dan asyik nak tido je. Tapi kalo sampai ke malam dia masih muntah lg mmg kena drip la.

Malam tu dia muntah jgk tapi tak teruk. So kami rasa nak tengok sampai besok pagi la. Alhamdulillah sekali jer muntah masa minum susu. Lepas tu boleh menyusu dgn elok.

Besoknya, abih satu badan dia naik mcm ruam. Merah merah dan gatal2. Bawak dia gi klinik. Doktor cakap mebi alahan. So bagi ubat sapu dan ubat demam sbb deman tak baik2.

Pagi tu mmg meraung je keje dia. Tak selesa sebab gatal. Nasib baik dia layan jugak upin ipin, at least hilang gak la tumpuan pd gatal2 tu. Dia terlelap kjp dan bila bangun tu dia meraung ckp mulut dia sakit. Pedih. Bila suluh tgk mmg bintat2 merah penuh mulut. Langsung dia takmo makan minum.

Last2 bawak gi klinik satu lg. Doktor cakap simpton campak. Doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit (sapu). Ubat tu boleh letak kat puting susu atau sapu gitu je. nanti dia rasa kebas2.

Balik tu dia tido lg. Alhamdulillah, lps makan antibiotik tu demam baik, bengkak dan bintat dlm mulut hilang. Cuma masih gatal. Dah beralik ke kaki lak. Sampai mlm tadi aku duk garu. Tanpa henti okeh. Nak kenc*ng ber*k pun susah. Apatah lg nak solat nak masak atau sebagainya. Sabar je lah. Dengan org lain langsung dia takmo.

Tak pasal2 Danish kena marah teruk ngan aku sbb buat perangai. Huhu. Aku tau aku ibu tak baik. Takleh nak bersabar sikit dgn dia. Tapi, terrrr. Lepas tu rasa lah sesal. Maaf kan mama ek Danish.

Pagi ni dia mood ok dah. Cuma bila hantar ke rumah pengasuh dia meragam lak. Takmo duk kat situ. Tp pengasuh dia sms dia ok2 jer tadi. Ingat nya hari ni pun nak ambik half day lah. Kesian kat dia.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cepat2 la baik dina..anak x sihat kita susah hati kan

Zaila Mohamad berkata...

biasalah tu kak, zaila pong rajin tertampar juga anak2 tapi kita takdok niat kan, kalu hati dah geram sangat, tertampar juga..huhuhuhu

Ain berkata...

kesiannya dina...

sarah pun dah start nak demam jugak nie, berjangkit dr aku...

moga dina cepat sembuh... susah hati bila anak sakit kan...

jane_doe3328 berkata...

kalau anak demam, ngan kita pong letih. tapi adelah saya lagik sanggup melayan anak demam dari tok laki hok demam. huhu

Mag berkata...

olo cian dian..semoga cepat sembuh yer dina