Isnin, 4 Januari 2010

BILA BALIK SEKOLAH

Semalam, walopun dah lega tinggal kan danish tanpa masalah kat sekolah, hati tetap dup dap dup dap. Asyik tengok jam jer. Bila lepas 12.45 baru rasa lega.

Lps hantar danish tu, hubby call MIL suh sampai kat skolah dia before 12.45. Mintak pergi ke kelas sebab beg dia berat sgt. Mmg tak larat la mamat kurus nak hangkut.

Balik keje tu aku tgk danish duk main dlm kedai runcit. Takde masalah lah kut. Hehe

Dia pun tgk kami balik, excited nak bercerita pasal sekolah dia.

Kemain hapy bercerita cikgu bawak gi kantin. Beli burger, beli air sirap. Siap gi koperasi beli sharpener dan eraser. Lega aku dengar. Dan terharu serta bangga sebab dia boleh join xtvt yg cikgu buat.

Pastu tolong di buat kerja rumah. Simple jer. Dia dh selalu buat dekat pra. Tapi tetap kena pantau sebab adik asyik ganggu.


Malam nya kecoh suh aku jahitkan lencana sekolah. Layan jer lah. Bagi dia tambah bersemangat nak gi skolah.




Dan adik tetap menyibuk sama nak pakai uniform.






Pagi ni pulak, ada ibu yg bagitau dah ada jadual So aku salin kan. Senang nak susun buku teks dia nanti. Takde lah semua buku buh dalam beg kan.

Pastu terlupa bagi duit belanja. Pusing balik. Kesian anak aku karang tak dpt membeli kat kantin. Ye lah bebudak kan, mesti lah nak membeli. Walopun tahu dah di bekalkan nasi dan air (dia takmo makan kat rumah, nak bawak bekal mkn ngan kenkawan), tapi hati tetap risau takut dia menangis tak dpt beli pape. haha.

Aku masuk balik sekolah, dorang tgh berdoa pagi. Danish terkejut tgk aku datang, siap segan2 lak tanya kenapa aku dtg semula. Haish, dah besar ke anak bujang mek? Siap segan2 lagik. Huhu

9 ulasan:

sisdee berkata...

i mula2 tak nak bawakan duit ke sekolah sbb my son tak pndai lagi psl duit..tp bawa kan gak le takut dia tgk kwn2 ada duit dia sedih lak..

rasa tak caya kan anak dh skolah hehehehe..

Ain berkata...

dina pun dah tak sabar nak sekolah ya...

kalau sarah, bila aku ajak dia gi skull, terus taknak.... dah tau dah dia kena tinggal kat situ...hehehe...

Zareda Norman berkata...

slow slow.. lama lama sure Danish ok.. kena percaya kat anak..

FAM berkata...

hehe..kak, xlama segan2 mintak kawen.

KV berkata...

sisdee,
haha..rasa mcm dorang ni kecik lg kan

ain,
dina hari2 mintak gi skolah. Hari2 ckp dia dah besar. Adeh

kak zar,
dia ok2 jer, kami yg kecoh. Hiks

fatin,
uwaaaa....dah tua la ni!!

Lady of Leisure berkata...

hehe teringat dulu pi sekolah bawa brapa poh sen..masa tu bawak duit sikit boleh makan nasik lagi..

Mag berkata...

adik tak sabar-sabar nak g sekolah

Tanpa Nama berkata...

huwaa... lencana ac has jahit tgn..x de mesin..hehehe... terasa tua..sbb nk cucuk benang mak aihh.. bkn main ke lama...hehehhee

KV berkata...

lady,
akak masa skolah rendah bawak duit 40 sen jer. Nasik 30 sen, air sirap 10 sen. Danish la ni kena bagi 2 ringgit.

farah,
adik dia mmg advance sokmo

has,
kv ada gak la mesin jahit, utk jahit yg mcm2 gitu ler. Nak jahit baju kurung tak pandai. Heehehe