Isnin, 17 Ogos 2009

HIDUP BERJIRAN

Dah lama aku nak bebel pasal jiran belakang rumah aku ni. Asyik tak sempat jer. Bukan niat nak mengumpat okeh (tp mcmmengumpat jek ni) tp meluah perasaan. Kalo aku tak luah kt blog, kat mana lg kan. Dan bukan jugak untuk meminta pandangan, pendapat atau nasihat. Sekadar untuk menghilangkan apa yg terbuku. Kalu dak, mek meroyan nanti. Hihi

Sbb apa aku kata bukan nk mintak pandangan, sbb nya benda yg aku akan ceritakan ni takde penyelesaian lah. Begitu lah sokmo.

Oke, jiran blkg rumah aku (yg sejengkal katak tu) adalah kakak kpd nenek hubby. Dulu tanah yg kami duduk tu dia punya. Tp dia dh beli tanah kt gua musang, so dia jual tanah tu kt atuk hubby. Now, tanah tu dh tukar ke nama hubby dh pun kan.

Lps suami dia mati, dia asyik dok berulang alik sorang diri dr Gua Musang ke kampung hubby. Menumpang kasih dan kdg2 duit. Hehe. Lama kelamaan, MIL cadang dia wat rumah blkg rumah kami (rumah lama dulu). Oke lah, dia wat lah rumah kat situ. Lesai.

Satu masa tu (aku blom bernikah lg ngan hubby), anak dia aku nama kan Gayah (bukan nama sebenar) kena halau oleh landlord tempat dia menyewa. Takde tempat nak duduk. Dtg merayu pd MIL nak tumpang mak dia. MIL bagi dgn syarat duduk jgn gaduh2. Hehe. So dia pun tambah lah, besarkan skt rumah mak dia tu.

Lps aku kawen ngan hubby dan kami buat rumah, rumah dia terpaksa kami potong (roboh) sedikit. Kalo dak mmg tak muat. Tp kami sambung lah bahagian lain sbg ganti. Tp jarak rumah baru kami dgn rumah di mmg rapat benor. Rumah kami dh la tinggi. Tingkap bilik aku setentang ngan entrance (pangkin) rumah dia.

Nak jadi cerita;


1. Flip flop old navy aku hilang sebelah. Puas aku cari tak jumpa. Lbh kurang sebulan lps tu, aku tertengok selipar aku di buat lapik tiang rumah. Siap potong bagai dah. Mek nages uols. Geramnya alahai..aku ngadu ngan hubby suh MIL sound, hubby kata sabar, sabar.

2. Flip flpo cap ayam aku hilang lg. Kali ni 2-2 belah. Aku gi intai bawah rumah dia. Dah potong siap2 nak buat lapik tiang. Walawei, walopun cap ayam, tapi tu my slipper occay! Geramnya!! Ngadu ngan hubby, hubby kata rilex, nanti dia pikir cemana nak setel.

3. Mainan danish kata buh dlm satu bakul besar. Masa pindah ke rumah baru, kami letak kt belakang (ala2 stor) sbb takmo dina wat sepah. Tgk2, abih tak tinggal menan tu semua. Cucu dia wat main. Punya lah sakit hati wei! Danish dh meraung tgk boboy (cucu dia bukan nama sebenar) main back hoe dia. Kami dah confuse sbb tak yakin back hoe tu danish punya. Ye lah, kut2 babak boboy belikan ye tak. Agaknya dia dgr danish dok meraung tu, mak boboy suh atuk boboy (kakak nenek hubby) gi hantar. Baru sah danish punya. Benda lain byk lg la. Kami wat tatau jer. Kdg2 danish n dina gi kutip sendiri kt rumah dorang.

4. Stroller buruk danish masa kecik (yg skrg aku buh dina dlm tu senang nak tolak taim jogging ptg2). Tiap2 kali balik keje mmg stroller tu dokkt rumah dorang. Apa ke jadah pun tatau la. Lori basikal, kerete (semua yg boleh naik) semua dok kat situ. Danish akan gi ambik sendiri. Takde nya dia nak hantar. Kdg2 danish n dina buat pernagai takmo gi ambik tp mengaruk kat rumah, aku la kena gi ambik. Bosan anak dok mintak. Haish..satu keje lak aku ni.

5. Pick up remote yg hubby belikan utk danish masa kt sogo tuari, hilang. Tgk2 ada kt rumah dia. Tp dia main sorok2 takut danish nampak. Satu hari tu mmg danish nampak. Apa lagi, meraung sakan la mamat tu. Aku dh stress dah, ye lah. Mebi bukan danish punya kan. Kut2 la abah dia yg beli. Tak ke malu kalo gi tanya. Tp danish mati2 ckp pick up tu dia yg punya. Aku pun saiko danish. Mula2 tu dia takut nak gi mintak. Lama2 tu dia pergi panggil budak tu, knon2 nak pinjam hilux. Eh, pandai gak dia saikologi si boboy tu. Aku punya lah nak tergelak dok intai di jendela. Mula2 bdk tu tak nak kasi, lama2 dia bagi danish main. Hubby bila tgk hilux tu dh kat tgn danish, terus panggil danish balik. Dan2 tu danish bawak pick up tu balik rumah. Hahaha. Mmg saspen betul. mmg sah pick up danish yg punya.

6. Terbaru. Aku beli kan dina menda alah kat bawah ni. Dina panggil lori. Besoknya dina ke rumah pengasuh kan. Balik keje ptg tu, dh takde lori dina. Merata rata cari tp mmg takde. Aku terpikir jgk si boboi tu ambik, tp mcm tak munasabah lah plk. Tnya atuk (moyang danish). Atuk ckp, masa mengaji (atuk ajar bdk kampung mengaji) ada danish dok main ngan kenkawan dia. Tp atuk kata tak perasan plk. Kami cari habis satu rumah tak jumpa. Aku dh geram dh. Aku turun kut pintu belakang, hubby lak turun kut pintu depan. Kami bertembung di bucu rumah betul2 depan rumah dia. Mak boboy mcm pelik. Aku siap tanya dgn kuat lg (sengaja nk suruh dia dengar) " Jumpa tak?". Hubby ckp "takde la, puas cari". Dia tanya cari apa? Kami bagitau lori dina hilang. Aku tgk wajah dia berubah. Dgn slow dia bagitau hubby " Mat (bkn nama sebenar), kereta dina ada kat atas rumah, nak gi hantar tapi boboy nangis tak bagi, suh mek (my MIL) la dtg ambik". Aku dgr jer dia ckp mcm tu mmg sakit hati tahap gaban dewataraya gorgon kesatria baja hitam dia. Aku rasa nak sembur jer si gayah tu. Punya la tolol. Kut yer pun, pi lah bitau MIL awal2. Dah sehari benda tu kt rumah dia. Dia boleh rilex je anak ambik barang org. Tak ke mencuri namanya tu. Dia nampak kami dh bengang giler, terus dtg rumah bagitau MIL. Ntah apa dia bebel tatau la. Aku dh tak dengar dah. AKu ckp ngan danish "lain kali, jgn bawak keluar apa2 mainan!". Mmg dia dgr aku sound gitu. Biar lah. Lantak dia.

Hubby dok gelak sepanjang hari. Aku? Mmg aku tak boleh gelak, aku nak marah sungguh. Hubby kata, masa kt dlm toilet dia dgr boboy dok naik kete tu, tp dia was2, kut2 abah boboy belikan jugk kan. Ye lah, kita ni takmo lah bersangka buruk walopun benda cenggini dah 100 kali terjadi. Dia siap panjat tandas aku untuk intai tau. Nasib tak roboh. Tp tk nampak, pastu ntai kut tingkap plk, tak nampak jgk. Masa tu dia tak bitau aku pun sbb tak sahih kan.

Yg aku geram, si anaknya dah lah perangai mcm hantu. Hari2 dok bagitau danish dia ada benda tu, ada benda ni. Aku larang danish suh jgn layan. Biar lah. Dia budak kecik lg. Tak cerdik. Pastu kalo dia ada makanan, dia dtg rumah tunjuk2 kt dansih n dina, tp tak mau kongsi. Kalo kt rumah aku siap pergi dapur lg tau. Mak bapak dorang rilex jer tadek pape. Aku mula2 tu tk kisah. Kalo ala lbh aku bagi, kalo takde aku suh danish kongsi. Tp aku kecik hati sbb satu haru tu, dorang dok makan moktan (rambutan) tp tak bagi kt danish. Apa lah sgt nilai ngan rambutan tu kan, budak dok nganga terliur, takde pun dorang kasi. Asyik dok kupas bagi kt boboy jer. Sedih aku dok perati balik tingkap. Mek bukan niat nk mengintai tau, tp terrr. Hihi. Aku dh nak panggil danish suh balik, tp abang ipar boboi kupas sebijik bagi kt danish. Ada gak timbang rasa mamat tu. Bini dia (akak boboy) wat bodoh jer.

Kalo mikir kan hati jahat, mmg aku rasa nak sound jer dorang. Tp takut glemer satu kampung, aku tahan sabar je lah. Aku ngan hubby slalu dok borak, kalo takde MIL sekali ngan kami agaknya dh hari2 kami halau dorang tu kluar dr tanah kami tu. Dah la duduk free jek. Kami siap pagar wat pintu asing utk dorang lg. Tu pun siap demand nak pintu pagar besar. Byk cantik. hubby suh bayar sendiri. Terkedu dorang. Last2 pintu pagar kecik je la. Dah la pagar aku dorang wat port jemur kain. hampeh sungguh la.

Ops, ini sekadar entry luahan perasaan ok. Itu je lah nak bebel. Kalo nak taip semua cerita, masak korang nak baca. Hehe


Salam sumbangsih
KV & Co

16 ulasan:

Irfa berkata...

x kato ko mu kalu meroyan dgn jiran lagu tu.kalu aku pun sama ;-)

wos berkata...

aku tataw la nak gelak ker.. nak nangeh baca entri ko ni kak..
wakakakaka!! oke, aku gelak!!
tp tak di nafikan jugak.. mmng menyakitkan ati..yg poblemnyer nak gadoh pon.. sedara mara.. nak di bakar umah nyer.. nnti efek umah ko skalik..
bih nak buat cemano?
ko luahkan je la dlm blog..
menarek utk di kongsi bersama :)

onnie berkata...

sedara mara ni kalau duk dekat bau taik (busuk), duk jauh bau wangiiiii.

Zareda Norman berkata...

KV

duduk kg gitulah jiran sebelah menyebelah ni semua waris waris.. macam mak kak zar kat kg ler.. kena bertolak ansur bebanyak sgt.. beza ngan duduk bandar.. kita tak kaco org, org tak kaco kita

adanz berkata...

huhuhuhuhu burpppp... kenye weh make ttupat ari ni!

risanur berkata...

wat bersabar ye kak KV..kalu ikutkan hati mmg dah bergado dah...beristifar byk2..

Tanpa Nama berkata...

Aduhaiiii....
seksa sunggoh laaa klu sedara mara mcm tu pangai...

buat tembok berlin aje, gantikan pagar korang tu....hehehe!

mrs shaifull berkata...

ya allah, kalau saya dah lama terjun dr tingkap bilik kak :) wargahakahkahka x bestnya camtu, sabar ye kak

Tanpa Nama berkata...

Adush....Mush plak yg rasa nak meroyan.....

Nanak berkata...

sabar sajalah..tapi aklau aku siyes tak boleh sabar, masa tu juga aku sound dia..hehee

pB berkata...

nok maroh , worih

nok sipae , lamo lamo sakit jiwo ...


pesae ko budok budok tu , maing atah ghumoh sudoh larr

tok soh bowok tubek me'nae me'nae tu ....

Akak Ratu berkata...

waduhhh pening kepala ek ada jiran yg cam gini... tak tau apa nak komen cuma harap kv sabar byk2 ya ;-)

edyan7 berkata...

hahahaha....siap buat alas tiang lagi...hehehr...lawaks...tp sakit hati pulak aku baca ni... susah nak cakap... sedara sbb nya....

attyfir berkata...

leceh ar kv..makna..nya seumur hidup kena berdepan ngn org cenggitu

KV berkata...

to all my frens,
tq for komen. Hehe. Lawak pun ada. Tp mmg gitu la. Insyaallah daku akan bersabar walopun tercabar. Nama lagi sedara mara kan. Tp at least bila taip kat blog, lepas rasa amarah ku. Tq all!

CuTeMiUt78 berkata...

eemmm gitu la kan.. klu dah berjiran sedara mara ni.. memang aku yg baca pun rasa membuak2 geram ni... rasa nak je g tunjal pala boboy tu.. aaiiisshhh..