Ahad, 23 Ogos 2009

CATATAN 1 RAMADHAN

Walopun daku tidak puasa semalam, tp letihnya mengalahkan org puasa. Huhu. Agaknya org berpuasa di beri kelebihan kut.

Pagi2 bangun goreng nasik utk danish n dina. Sesambil kemas dapur. Bagi dina makan nasik, minah tu boleh buang mangkuk dia ke dlm longkang. Punya lah mek bengang. Kena marah ngan abahnya. Pastu ha, siap, meraung mcm kena dera, berjam jam pulak tu. Tensen tau. Aku plk yg kena pujuk.

Pastu sambung mendobi, mandi dan sapu rumah. Hubby ajak keluar jam 11. Dia nak jumpa someone, tp takut bini tensen dok jaga anak yg suka bergaduh 2 org tu. Baik gi jalan2. Lg pun hubby nak beli skt brg dapur utk pengasuh dina. Gi kk mall kubang kerian, singgah kedai borong beli stok kedai runcit MIL, singgah pam minyak beli stok petrol untuk kedai runcit gak. Blk rumah dh 1 lbh. Dina pun dh tido. Lega.

Tatau nak buat apa, boring sungguh. Last2 aku terlelap lm 15 minit. Sedar2 sakit sungguh kepala. Nyesal lak tido. Tgk2 dina ngan hubby kt bilik air dah. Main air. Sepanjang hari tu, ada dlm 15 kali minah tu mintak nak mandi. Letih okek! Bukan nya nak mandi pun nak main air jer. Sejak sembuh dr sakit ni, makin teruk lak peel dia. Aku respek ah ibu2 bapa2 yg sabar layan karenah anak. Sbb aku mmg mulut bising dan tgn ketam asyik nak berjalan jek. Geram.

Lps tu masakkan sup cendawan utk dina. Danish ketidoran. Layan dina makan sambil dia kecah kan dapur ngan sup tu. Huhu. Pastu mengamuk ajak abahnya gi ambik buah serai kayu. Layan.

Balik dr ambik buah serai kayu tu, dorang ikut abahnya gi beli ikan selayang. MIL nk buat kerabu buah machang. Balik dr kedai, danish hilang basikal lak. Keliling rumah cari, last2 jumpa rumah jiran belakang rumah ku. Huhu. Sekejap jer bebudak tu ikut abah dorang gi kedai, dan2 tu hilang. Aku mmg tak pikir org lain yg ambik, harus si boboy tu. Geram lagi. Mak bapak dorang boleh wat rilex jer. Hadoi la!

Lps tu gi PARAM, nak beli murtabak dan lauk2 sampingan lain. Belikan dina air. Pastu takmo kongsi ngan abang. Siap meraung dlm pasar takmo abang minum sama. Adeh..tensen lg.

Sampai rumah, hidang2 kejap terdengar org azan. Dina plk tumpahkan kuah murtabak. Habis licin. Tensen lg. Kena buat kuah sendiri. Bantai jer. Hubby tolong bersihkan kuah yg tumpah.

Pastu mengamuk minah kecik tu nak mandi. Kemain lama aku tunggu dia main air. Last2 aku tutup lampu. Dia meraung, alahai...nak pecah rumah ok. Aku bukakan semula lampu, tinggalkan dia main sendiri. Pastu bila dia tgk aku takde, elok jer kluar bilik air siap lap badan sendiri lg.

Mlm nya, byk lg episod meraung. mmg aku rasa letih sungguh semalam. Mengalahkan org yg puasa.

Hihi..itu jer rungutanku di hari pertama ramadhan. Sengal!


Salam sumbangsih
KV & Co

8 ulasan:

l i e y n berkata...

kita pun sama tak puasa...memang penat sbb makan tak proper tapi keje mengalahkan ribut....waduhhhh

Zareda Norman berkata...

huishhh letis baca coretan KV. Kak zar pun mmg respek ibu ibu yg sabar melayan kerenah anak anak ni sebab Ika dulu memang tak de can nak perintah perintah kak zar. Letis mak...

KV berkata...

lieyn,
hihi...mmg letih tau!

kak zar,
kv mmg tk boleh sabar sgt kak. Asyik jd tarzan jek. Huhu

Anne berkata...

huh.. u mmg penyabar.. but if me, dah lama budak2 tu kena tempik.. penat wow walaupun tak puasa, kena buat keje2 rumah etc..

tabik lah!!

izman berkata...

selamat berpuasa buat ko sekeluarga.

Zaila Mohamad berkata...

Kalu KV Dina hok suka buat peel, Zaila plok anak sulung Haziq ni, letih sungguh nak caro ko dio, manja lebih pada gapo..pahtu kalu terlepah pandang semeta jah, mesti ada jah benda yang dia khenak..tension tol!!!

KV berkata...

anna,
sungguh ku tiada kesabaran. Rasa nak nangis jer semalam. Hihi

izmang,
selamat berpuasa utk mu n family jgk

zaila,
mce2 peel. Buli abg, kedekut, melaung. Haha. Sabar34x

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm aku pun letih baca n3 ko kali ni.. memang respect la kat ibu2 yg blh menahan sabar melayan kerenah anak2.. ko lebih kurang aku je.. jenis klu ngan anak, mulut laju je membebel2 ngan tangan ringan je nak jd ketam.. sib baik anak aku tu..badannya sedap klu kena ketam..hik..hik..hik..