Rabu, 8 Julai 2009

MALU NAK JOGGING

Ptg semalam, hasrat nak wat tapak urut kaki terbantut sbb hubby sibuk nak konkrit kaki tiang garaj. Ni lah susah nya kalo minat mendalam, dh upah tukang pun tuan tetap sibuk jgk. Padahal kerja2 blom siap pun lg. Akupun sambung masak2 kt dapur.

Lps tu, dina berebut basikal ngan danish. Aku ajak dina naik stroller. Aku tolak keliling rumah dulu. Siap makan rambutan bagai rumah atuk dia (MIL kpd MIL ku. Haha)

Pastu dpt idea, jalan2 ambik angin kt sawah. Sambil tolak dina, boleh gak berpeluh. Kalo semata mata nak jogging mmg malu oh. Aku ni duk kt kampung kan, harus bila dorang tgk aku jogging, PASTI dorang ingat aku buang tabiat ke hapa. Huhu. Kesian mek tau!


Trek berturap kt sawah ni pjg jugak. Lg pun jalan tu sunyi sikit. Jarang2 je ada motor. Ok lah kalo nak jalan2 kasi keluar peluh.

Lps jambatan kecik tu, ada lembu. Menonong je kejar aku. Gilo ah lembu. Aku lupa yg aku pakai baju seluar kaler merah. Huhu. Mmg tak nampak tanah aku lari.

Dina tgh gelakkan aku yg kesemputan. Hampeh tul! Abahnya plk, tgk aku lari mencicit tu, melaung laung cakap, "berenti mama, berenti, nanti jatuh adik!". Adoyaii, aku ni kemain takut kena sodok ngan lembu, dia bimbangkan anak dia jer. Huhu



Ni lah lembu durjana tu. Nasib baik tuan dia tambat, kalo dak, mmg tak tau lah. Huhu



Lps abih semput, aku posing2 dulu. Hik hik. Lawa kan tudung ekin aku? :P


Danish pun ngikut jgk, tp dia naik basikal.


Abah dorang. Turut join sama.


Singgah tgk pokok jambu tepi sawah kut2 ada buah masak. Yillek.


7.15 ptg kami pusing balik rumah. Hubby tangkap belalang besar ni. Kemain takut dina.



Itu jer xtvt riadah kami ptg semalam. Sekian.

Salam sumbangsih
KV & Co

16 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

huwaaa bestnya ada xtvt petang@

:: HUSNA :: berkata...

bestnye klu menetap kt kg...

Mrs LVoe berkata...

suka suasana kampung.. aman damai

kirana berkata...

hahaha mmg kena kejar lembu lah
lembu pantang nampak color merah

Jasfyra berkata...

kemain lawa tudung kikin ko kv..hahahaa.pandai hang deco eh

waaaa...siap jogging.best la weh

Tijah berkata...

hehehe. kalu hari2 kena kejar lembu mmg konfem ko kurus byk ni nok...

CuTeMiUt78 berkata...

wakakakaa... adeh.. penat aku duk tersengih2 baca n3 ko ni.. memang patut pun lembu tu kejo ko.. ate baju mu merah semua.. sib baik lembu di tambat ya KV

Biarlah rahsia berkata...

hahahahaha...
kesiannya kena kejar dgn lembu...

Mak Su berkata...

maksu riadah kat dalam umah, sambil tengok mendiang MJ menari nari ala rama-rama gitu

edyan7 berkata...

pemandagan kelas pertama gitew!!! jeles..

Mummy Rizq berkata...

lawak lah mu kena kejar lombu.. hee..hee...

eh! aku nak gi kelate ujung tahun nie. anak sedara kawin....

yaya berkata...

wah akak, gigih ber"jogging yek". ape parasaan kene kejar ngan lembu.... haruslah kurus...

KV berkata...

tiara,
sengaja create xtvt ngan anak2.

husna,
meh la dok kampung aku. Hihi

sha,
kdg2 teringin gk nk gi bandar.

ana,
akak tk perasan sungguh!

zura,
mek kan kreatip.

jah,
tak sanggup aku bergadai nyawa.

rina,
tu lah, semput napas aku larik.

kak bie,
letih tau! Huhu

maksu,
kv tgk dlm berita jer.

yan,
kt rumah aku sawah bendang keliling kelalang.

marlina,
lawak tak lawak, mmg kecut perut aku tau.
Eh nanti dtg kontek2 aku tau. Bandito_danish@yahoo.com

yaya,
takde lah jogging, jalan kaki jek. Hehe

Diana@Mama Adam Mukhriz berkata...

sejuk jer mata memandang kawasan kg nieh .. nyaman tu kak ;-)

MaMaMi berkata...

hahahahah...meks bior aku gelak dulu naaa.... harus ler lembu tu dok situ sokmo, aku ghaser kan, ko toksah diet ler, hang p lalu depan lembu tu tiap haghi pakai baju merah, mau tak kuruih hang meks... jogging tahap maksima...ngeh²...

Mama-Danish & Sarah berkata...

hahaha.....pakai lagik baju color merah sume, pastu lalu lak depan lembu.... saje ko carik nahassss...

bertuah betul dina tu ya... sempat lagi dia gelakkan ko. sib baek tak jatuh tergolek. qiqiqi....