Isnin, 15 Jun 2009

UJIAN ALLAH

Banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku sehari dua ni. Gembira dan duka.

Start ngan hari jumaat, balik dr airport hantar anak buah aku yg nak ke Limbang (transit di kl dan Labuan). Malam tu, tgh dok syok tido, aku bangun muntah2. Mmg lembik sungguh. Pening berpusing alam macam mabuk mengandung.

Last2 masa solat subuh tu, hubby cakap mebi aku mabuk tapai ngan air sprite kut. Ya Allah! Mcm mana aku boleh terlupa. Ptg sebelum ke airport tu aku minum air cendol pulut tapai kat pantai irama. Mlm nya ke airport aku cilok air sprite hubby sikit sbb dahaga sgt.

Mrasa satu hari aku mabuk. Hubby blend air kangkung. Tak tergamak aku nak telan. Hubby bagi munim air kelapa. Pun tak hilang pening dan muntah. Tp aku malas nk gi klinik. Makanya, baring jer kat rumah, sambil terbayang aku mabuk mengandung yg mmg akan mcm tu. Ngeri!! Pastu aku makan ubat mabuk (muntah cirit birit) Dina. Baru lah ok sikit.

Ptg nya aku dh ok sikit. So hubby ajak jalan2nak bagi hilang mood malas. Asyik dok tido je kan. Gi tesco beli brg dapur jer. Huhu. Balik tu hubby belikan aku big mac sbb satu hari aku tak makan apa pun.

Mlm nya, tgh mamai2 tu, abg ipar call bagi tau salah sorang anak buah aku, Yoe kena appendiks. Masa tu 11 mlm. Dorang kat unit kecemasan HPRZ II. Aku tgh mamai, so aku ckp pagi besok jer aku pergi sbb doc plan nak operate mebi before subuh.

So semalam aku cuti gi spital. Jam 11 baru wat masuk Bilik Bedah Intan. Dalam 1.30 dah keluar dan alhamdulillah selamat semuanya. So, aku tunggu sampai ptg sbb hubby ckp dia nak ke kota bharu.

Mlmnya, dlm jam 9 aku nak solat isya'. Abang aku call bagi tau yg anak nya mati dalam kandungan. Masyaallah. Mmg terkejut sungguh2 sbb tgh hari tu masa tunggu yoe kt bilik bedah dorang ada bersama. Sempat lg kami bergurau. Kalo cik da sakit perut, senang kami hantar terus ke labour room sbb dah kat spital kan. Semalam dia dah over due 3 hari. So, aku ckp takpe, ptg nanti mebi kami akan kalut sbb cik da nak bersalin. Huhu. Tu yg aku terkejut sgt2.

Bila blk dr spital dorang gi klinik desa. Baby kurang aktif katanya. Ptg tu baby langsung tak bergerak. So, dorang gegas semula ke klinik desa. Misi suh dorang terus ke spital Machang. Sampai sana, doc bagitau baby dh takde. Meninggal dalam perut.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Dari Allah dia dtg, kepada Allah dia kembali.

So aku call Kak I, dia baru balik dr spital tgk yoe. Dia bagitau akan ke machang sbb nak hantar ikah (anak buah aku jgk) balik rumah. Dah dekat dh ngan spital Machang. Pastu terus dia akan ke sana. Ye lah, at least ada jgk org bagi semangat dan kekuatan pd abang K kan.

Dan hari ni aku cuti lg. Tp now aku kt opis. Sementara menunggu abang ipar aku ambik. Aku nak tumpang dia ke spital kb sbb cik da akan di hantar ke sana untuk proses bersalin.

Harapannya, cik da dapat bersalin biasa tanpa ada apa2 masalah. Insyaallah. Cik pun dh solat hajat semalam mintak dipermudahkan segala urusan. Namun kita hanya berikhtiar, namun hanya Allah swt yg menentukan.



Salam sumbangsih
KV & Co

11 ulasan:

Ain berkata...

semoga cik da tabah ngan ujian Allah....

Su Hana berkata...

ya Allah..mcm2 dugaan dari_NYA.. harap KV n family tabah...

De' Sal berkata...

kv,lain kali jangan makan tapai dengan air bergas,memang mabuk dan boleh bawa mati tau.che abang akak dah kena dulu masa hari raya,seminggu muntah berak.ingat2lah ya.

Queens berkata...

Dugaan dari tuhan utk mengangkat darjat orang kata.
insyallah
kak takecare

mslvoe berkata...

alfatihah

smoga tabah hadapi dugaan dr ALLAH.. berat bahu mmikul, berat lagi mnanggung

kakLuna berkata...

tu lah kdg2 aku risau kalo idup terlalu lancar, bimbang dtg ujian besar skali derap..


tp kan KV, Allah beri ujian hanya kpd hambaNya yg mampu..dan tujuan nya utk meninggikan darjat seseorang hamba..

attyfir berkata...

loh mcm2 hal ..ngn kv..mabuk..tapai.len kali jgn makan tapai + minum air sprite tau.

take care tau kv

izawani berkata...

Terkedu...

Semoga mereka semua tabah. Tak dapat bayangkan perasaan mereka.

Sya berkata...

Aduhai sian KV.. dan sedihnya baca pasal baby yg meninggal dalam kandungan. Kita sedih apatah lagik ibunya. Semuga ibunya tabah menghadapi dugaan Allah ini

cikgu jue berkata...

innalillah... mesti terharu sb baby dah cukup bln, tetiba je takde... ju yg br 13 weeks pun sedih mcm apa, ni kan plak....

CuTeMiUt78 berkata...

dugaan ya KV semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah S.w.t