Isnin, 15 Jun 2009

BARU BALIK DARI HOSPITAL

Aku baru balik dr hospital. Letih. Mental dan fizikal. Hanya Allah yang tahu.

Cik Da masih belum 'dipaksa' bersalin. 'Jalan' baru terbuka 1cm. Jam 11.30 pg tdi baru dorang sampai kat Wad 24 HPRZ II. Dan doktor junior mengatakan mebi besok baru di usahan untuk bersalin. Mati kutu kami dibuatnya. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami. Amin.

Ye lah kan, kalo boleh mmg lah kami nak proses tu dilakukan cepat. Sbb dh 2 hari baby meninggal dlm perut ibunya. Risau jugak takut jangkitan kuman ke apa kan. Mebi doktor ada cara dorang yg kami bukan org medikal ni tatau.

So, kami akan tunggu lagi sehingga bayi dikeluarkan. Lepas tu baru lah arwah baby boleh disemadikan. Dengarnya, hospital akan meguruskan semua termasuk solat untuk jenazah. Tapi tatau lah. Tunggu sampai tiba waktunya.

Yoe yg operate appendix pun dh boleh minum air dan susu. Ptg ni nurse suh makan roti dulu. Kalau takdak efek, nanti boleh makan nasik lembik. Rasanya besok atau lusa dh boleh balik rumah.

Menziarah cik da td membuat kan hati aku meruntun hiba. Ye lah, mmg sedih giler. Air mata sentiasa bergenang. Aku dulu pun, masa mengandungkan danish, pernah jugak kandungan 6 bulan lbh turun air. Dan baby tak bergerak. Perjalanan ke klinik tu mmg aku rasa lama giler. Risau, serabut, semua ada. Aku bayangkan mcm2 kemungkinan. Alhamdulillah, walopun lahir prem, danish selamat dilahirkan.


Salam sumbangsih
KV & Co

9 ulasan:

De' Sal berkata...

Sabarlah kv ya,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya,apa2 pun moga allah permudahkan segala2nya.

buat cik da,sabarlah dengan ujian allah itu,tentu ada hikmat disebaliknya.

pB berkata...

TERKEDU ....

Mummy Dasy berkata...

Seriau dengar...
mudah2an selamat ye...
Insya'allah xde ape akan jadi

~Eila Nur Kaseh~ berkata...

tabahkan hati adelah perkara yg amat payah tapi harus juga dilakukan..buat cikda..semoga dpt menerima Ujian Allah ni dengan redha...

Zareda Norman berkata...

KV

semoga semuanya dipermudahkan buat mereka.

Sabar KV dan banyakkan doa.

Ain berkata...

Aku pernah lalui saat getir masa dekat nak lahirkan maisarah...masa mula2 masud wad tu, nurse try check jantung baby, tapi satu degupan pun tak dengar..... habis volume dia pusing ttp tak dengar apa-apa bunyi jugak. Bila tanya ngan nurse nape ngan baby saya, dia plak diam dan muka mcm serba salah....masa tu aku tawakkal jer. Alhamdullillah carik punya carik, at last dpt jugak dgr jantung baby....setiap ibu pasti sedih bila kehilangan bayi yang dikandung, tambah-tambah lagi saat-saat dia dilahirkan.... semoga cik da tabah dengan ujian Allah ini.

my little family / kaftanbatik berkata...

ANis dulu pun mcm tu jgk KV, ms awal2 mgandung ko dio doc xleh kesan degup jantung, jd MA standby ngn bj segala sbb nk kn masuk wad sbb nk bt d&c. tp Allah maha Bkuasa, hari yg sepatutnya MA check in ke dlm wad, ms doc scan tiba2 dia kata boleh balik sbb baby dah bertindakbalas.. hepi & syukur yg amat tau..

my little family / kaftanbatik berkata...

bt che Da, semoga tabah. KV bagi la smgt kat dia..MA paham sgt perasaan dia.. kirim salam utk dia yea..

CuTeMiUt78 berkata...

byk2 berdoa semoga semua urusan dipermudahkan kan KV.. sama2 la kita berdoa.. utk cik da,.. semoga tabah menghadapinya..