Selasa, 2 Jun 2009

STRAWBERI + RASBERI = MALBERI

Korang ada tgk tak majalah 3 kat tibitiga sabtu lps. Tgk tak buah melberi yg rege nya rm30 sekilo. Pastu takleh bawak balik. Petik dan makan kat situ. Ke aku silap info ek? Mana tempat tu, sabah ke sarawak? Sbb aku tgk pun dh separuh jalan.

Begini kisah nya. Wahaha

Hubby aku slalu buh minyak kete projek kt satu stesen minyak ni. Sbb dah terbiasa ngan budak2 pam tu, dorang slalu lah borak2. Tgh2 borak tu, bebudak tu ckp nk pegi ambik buah strawberi. Hubby aku dh pelik. Kat mana pulak ada buah strawberi kan.

Bila siasat bebudak tu ckp buah nya merah2, bila masak jd hitam. Dan rasanya masam2 manis. So, hubby wat kesimpulan, mebi buah rasberi kut. Haha. Hubby pesan kt bebudak tu suh cantas sikit pokok nya, nak balik tanam. Tp susah jgk sbb tatau bila hubby nak isi minyak kan.

So, aku ngan opismate, siap gi siasat lg pokok dan buah nya cemana. Punya lah gigih. Haha. Kami cari area restoren yg hubby ckp, tp tk jumpa.Kami ingat pokoknya menjalar. Pusing2 kedai tu rupanya pokoknya tinggi dan jadi pintu gerbang restoren tu. Tp kami nak mintak segan lah pulak. Kena minum2 kat kedai tu, wat ramah tamah sikit. Haha. Punya la byk pelan dlm otak ni. Tp tak jgk buat. Hehe

Masa lepak2 kt rumah tgk tivi, ada iklan majalah 3 kt tivi. Ada dia tunjuk buah ni. Kemain aku kecoh ngan opismate sama2 nak tgk sbb kami nak tau tu buah apa. Taktau nama beb. So, nak google pun tak leh ah. Hihi

Lps tgk majalah tiga tu, aku mai opis. OPismate aku (lelaki) tanya aku ada tgk tak majalah tiga. Ada tgk tak buah malberi. (Tgk majalah tiga baru tau nama. Aahaha) Aku pun dgn berlagak bagitau kat restroren tu ada pokoknya. Tp opismate aku ckp, kat rumah dia pun ada. Arrgghhh... tekanan aku mendengar. Punya lah dia gelak kan aku.

So, lepas gelakkan aku, dia bawakkan aku ranting2 pokok malberi. Benor nya dh lama dia nak suh aku tanam kat rumah. Tp asyik terlupa jer.


Masa dia bawak ranting pokok tu, hanya ada 2 bijik jer buah yg merah. So dia bawak jugak suh aku rasa.


Ini lah rupa pokok malberi. Dah selamat hubby aku semai dlm poly bag.


Ini gambar yg aku ambik ngn pakcik google. Buah baru merah. Kalo makan, masih masam.


Kalo dah hitam cenggini baru manis.


Tak sabar aku nak tunggu pokok malberi aku membesar dan berbuah. Nanti kalo korang dg rumah aku, boleh petik2 kan? Wah, fantasi tuh.

ok, lah. Panjang pulak riwayat kisah malberi kan. Chao!

20 ulasan:

izman berkata...

ko buat air liur aku keluar la... akupun tak pasti pernah makan ke tak buah tu. straberry tu pernah la..

ko jg pokok tu elok2 nanti aku gi rumah ko makan yer.

:: HUSNA :: berkata...

kak yg kt mjlh 3 tu kat melaka la...
aku x prnh mkn buah ni...
nnt pokok ko dh besr dh kuar hasil pos kt aku ye kak...
hihi.. nk jgk rase...

bat berkata...

rasanya buah rasberi kots tuh KV..
rasanya memang manis kalau dah itam tuh...

MommyDania berkata...

sedapnye!! kena lak letak whipped cream ngan icing sugar sket. walla!!

KV berkata...

izman,
tunggu pokok aku tanam besar dan berbuah.

husna,
okeh nanti akak kutip hasil akk pos kt ko sekalik. Haha
Eh, ladang tu kat melaka ek? Wahaha..silap la plk. Malas akak nak betulkan.

bat,
nama nya malberi. Mmg aku ingat rasberi memulanya tu.

mommyDania,
ahaha..tunggu berbuah dulu.

~Eila @ Along~ berkata...

wah..sis kv..leh tak kalo dah besar..nak cantas sikit pokok tu tanam kat umah plak..hehe

marinahunny berkata...

kv, nt pos kan mek ranting pokok t u ye..nk semai..huhu

KV berkata...

eila n marina,
ahaha..nanti akak pos ranting2 tu dh kering. Kita tgk cemana nanti.

Umi Ain berkata...

salam KV...

bestnyee... sok kalu dah bebuah jgn lupe khabar2kan ekk... kot2 kalu terlepas ke KB leh gak menjengah KV n co.. hehehe

arianna adrizal berkata...

kak.. teruja betul sy membaca. nk tau gak buah tu camane.
tp bila tgk gambar.. terus, laaa.. buah ni rupanya..
ms kecik2 dulu, sebelah rumah arwah atok sy ada banyak pokok ni. kami smbil lalu, smbil petik je. tp buahnya kecik sgt. xpuas mkn.

i.am.belle berkata...

oooo barulah aku tahu gerangan buah malberi ituuuuuu :D

buat jus pun sodap tu

chik star berkata...

o0o buah ni eyh.
best la kak nnti.
agak2 nk mkn petik je.
hihi.

Mas berkata...

kv...buah ni aku penah makan tapi tak tau nama apa....kalu merah menyala means dia masam lagi...kalu merah kehitaman kira dah masak dan manis. Dulu aku takut nak makan...tapi bila dah rasa sekali memang best.Kat area umah pengasuh Nurin ada pokok tu...dia salu makan buah tu.

Sastri berkata...

waaa... bila jadi itam tu, nampak begitu melelehkan laaa... nanti dah besar dan masak buah kat pokok kak kv, bole tak anta sikit kat sas? :p

edyan7 berkata...

fuyoo... ala-ala eropah pulak tanaman ko ni... aku suke...aku suke...

nanti aku datang bawak bakul... ko kata kalau makan kat umah ko free kan... kalau bawak balik baru bayar...kan..kan... hehhe

Ummibatrisya berkata...

buat apa itu?

inilah kali pertama mak cik tengok

kv, bila dah berbuah esok jangan lupa kat ummi ye :)

mummysya berkata...

kalo dah banyak, kami petik bayar tapi bleh bawak balik tak?

Hehehehehe!!!

KV berkata...

wahaha..ramai jugak yg tau pasal buah malberi ek.

my little family berkata...

tanam jgn x tanam, pokok strawbery aritu guano, idup lagi ko?

zailamohamad berkata...

nati buoh bagik kito sikit deh;-) xseko ado jugok buoh gini di Klate..banggo weh;)