Isnin, 13 April 2009

PADI MENGUNING

Kampung suami ku (wah) kan dikelilingi sawah padi. Melaut bendang nya eh.

Now, musim menuai sudah tiba. Dansih kan peminat setia jentera berat ni. Bila bunyi enjin jentera menuai harus dia kalut nak gi tgk.

Kebetulan ptg semalam, hubby tak larat nak kejar dina sbb blg rumah kami tu, atok sedara hubby menumpang wat rumah kt belakang kan. Ada atap zink berselerakan. Sungguh membahayakan. Jadi, hubby ajak bonceng motor tgk mesin penuai.

Padi atuk hubby yg baru nak menguning. Lagi seminggu boleh dituai kut.







Aku suka tgk sawah padi. Saujana mata memandang. Teringat arwah emak dan ayah, Teringat kenangan kecik2 dulu. Oh, rindunya. Hmm

p/s: yg penting kat sawah bukan main clear 3G. Kalah rumah aku. Asyik kaput jek. HUhu

13 ulasan:

joegrimjow berkata...

rindukan suasana camni
cari siput sedut bile da xde padi

atie berkata...

memang cantiklah kv, sukaaaaa kalau ada kg camni..

Zareda Norman berkata...

musim padi menguning ni, angin kuat kan...

Kalau makan ikan celup tepung, dengan kopi o sure bes dan power..

Mummy Dasy berkata...

bestnye...tenang jek fikiran...

izman berkata...

bestnya... rindu kat kampung tok nenek kat kelate, kat kubang gadong, pasir mas.

Mommy Lyna berkata...

olohhh

nok kelik eteeek.

umoh mok i tepi sawah u~

KV berkata...

joe,
sedap kan gulai campur daun kadok.

atie,
mmg kami org kampung, gini lah suasananya

kak zar,
wah, siap ikan celup tepung tu. My favvy. Hihi

dasy,
angin mcm tepi pantai. Haha

izman,
dah ingat nama kampung atuk mu? Ahahaha

lynna,
kelik lah sekali sekala. Mesti terubat rindu

:: HUSNA :: berkata...

teringat plak kt kg nenek... dh lama x blk sne sejak nenek dh xde...

pB berkata...

salam

dulu ghumoh kak pB tengoh tengoh sawoh padi....

memea sronok sebab brangin sokmo

taim hok tok best , taim hujae
banyok sungguh pendatae harae ...

Biarlah rahsia berkata...

k.bi pun suka rumah tepi sawah...

tu nk stay je kat rumah kami duk skrg...mls nk pindah2 dah rsnya sbb seronok tgk pemandgn depan rumah...

KLMari berkata...

Saujana mata memandang kan...:) cantik !!!

Mama-Danish & Sarah berkata...

tengok padi menguning ni buat aku teringat zaman aku jadik kanak-kanak ribena dulu. berlari atas batas sawah padi, pastu mandi parit hok air takat betis. bestnyaaaa......

Ma_sUyinFiqah berkata...

huhuhu tetiba aku tingat melaka....tapi 25 tahun dolu. Kat sini aku suka jenjalan kat satu kg sawah padi org cina...kg wai namanya. Saujana mata memandang. Tetiba aku teringin ikan sepat masak lemak nanas. Sedapnya.