Isnin, 27 April 2009

MASIH GAGAL

Malam tadi aku cuba lg untuk tak berikan dina puting. Mula2 mmg dia nangis giler2. Kesian tgk. Tp aku tahan. Kuatkan semangat. Dia gi merayu kat atuk dia (MIL). MIL buat2 tak paham apa yg dia nak.

Nangis kemain, merayu rayu suh gi ambik puting. Kebetulan satu puting dia dh koyak dan aku suh dia sendiri buang dlm tong sampah. Tinggal lg 2. (Puting ada 3 sbb senang nak basuh dan rebus. Kalo jatuh ke lantai pun boleh ganti g dah bercuci.) So aku cakap ngan dia puting dh takde. Dah rosak. Kan dh buang dlm tong sampah.

Lama kelamaan dia ok. Tp jarang2 masih lg mintak puting. Cuma nya, walopun dia dh tenang, tp dia tak leh tido. Gelisah semacam. Hubby dh tak sampai hati tgk. Tp aku masih bertahan. Dia layan tgk tv. Dia panjat sofa. Baring lagi. Bangun melompat. Mcm2 yg dia buat. Tp dh tak menangis dh.

Aku ckp ngan hubby, kalo pkl 12 dia tak tido jugak, terpaksa kasi lah. Kesian dia tak leh tido. Ketagih gitu.

Tp jam 11.30 tu kami dh tersengguk sengguk. Mikirkan baju keje pun aku blom iron, takut lewat bangun pulak. Tak tahan ngantuk dh aku. Tp dina makin mebuas lak.

Last2 dgn perasaan penuh bersalah, aku suakan puting jgk kt dia. Mmg happy giler minah tu. Terus nyonyot dan tak sempat 5 minit terus lena. Magik sungguh.

Mebi kalo aku tak mengantuk sgt2 semalam, aku bertahan kasi dia tido tanpa puting. Cuma yg aku risau masa dia tido. Bila dia perasan takde puting kt mulut dia akan meraung dlm tido. Dalam gelap tu sambil tendang katil dia. Dan aku pun harus tido. Takkan aku nak berzombie plk kan dan dengar dia meraung. Itu yg plg merisaukan aku. Kalo time tak tido mmg aku alih topik bila dia mintak puting. Gantikan ngan susu, ngan coklat, ngan jajan, mcm2 dh aku buat. Itu dh berjaya. Cuma nak tido dan dlm tido yg jd masalah skrg.

Makanya, misi masih gagal. Aku rasa frust gilerr.

Hari ni aku nak try tepek sirap ros kat puting tu kasi merah. Biar dia takut. Biar dia ingat darah. Hehe. Opismate cadangkan aku tenyeh daun hempedu bumi, kasi pahit. Nak suruh dia serik. Insyaallah akan aku usahakan satu2.

Mebi org ingat aku sengaja bagi dia puting utk senangkan keje aku. Dan mebi org ingat aku ambik remeh benda yg sangkut paut dgn puting ni. Hanya Allah yg tahu betapa kecewanya aku bila TERPAKSA bagi dina puting zaman dia baby dulu. Ada entry pasal ni dulu (aku tak reti nak link la)

Namun, hasrat hati aku mmg nak sgt dina berenti isap puting. Sapa nak anak gigi jongang. Sapa nak anak yg ckp nya berlapik lidah. Telor (bukan telur) nya sampai ke tua. Dah la perempuan.

Aku semacam ingin bernazar kalo dpt hentikan ketagihan puting dina dlm masa terdekat ni. Huhu. Sungguh tension aku tau.

Kalo dedulu boleh gak berubat tradisional (anak2 buah aku ramai yg berubat tradisional ilangkan ketagih). Tp org yg 'pakar' dh takde dah skrg. Meninggal semuanya. Mengapakah anak2 dorang tak mewarisi. Huhu. Puas aku tanya ke sana sini sapa2 yg bleh tolong. Namun sampai ke hari ni, takde. Tak kejumpaan katanya. Slalunya kan, bila berubat tradisional ni, kekanak akan takmo puting terus bila disuakan. Dorang tak menangis meraung melalak merayu nakkan puting. Tgk je puting, rasa menyampah gitu. Dan hati ibu pun takkan luluh melihat anak nya menangis dan merayu.

If korang ada cara, tolong aku selesaikan masalah ini. Bantuan korang mmg tak ternilai harganya dan aku berterima kasih sgt2. Sbb mmg aku nak sgt2 dina berenti isap puting!!!


p/s: Kak Hawa (hanisumaiyah), please invite kv ke blog akak. Rindu nak baca criter akak tau. Bandito _danish@yahoo.com

20 ulasan:

kakLuna berkata...

pd asalnya bnda ni sepatutnya dicegah tp kalo dh terbagi tu kena ke peringkat 'mengubat' lah..
ce ko try sapu bnda2 yg pahit kat puting tu.org dulu2 buh getah pokok rajawali tp zaman skrg ada yg bubuh nescafe.

tp kalo ada cara yg lebih 'lembut' dr buh nescafe *kang x pasal2 lak sakit perut anak ko...* tu try lah..

sama lah entry kita arini meminta pendapat ttg 'ubat' kan.. :D

Jasfyra berkata...

kv, aku paham camne perasaan ko..aku ada petua.tp agak kejam le.tp mmg menjadi le kat anak aku.

caranya, ko potong puting tu sampai ujung.then, bila dia nak puting,ko tunjuk le.dia akan pelik n nangis le mula2.ye ar,puting kesayangan dan kontot kan.masa nk tido dia akan mintak n akan nyonyot.tp xdpt..cian tp terpaksa le kan

xsampai 2 hari, anak aku dah free puting kv.percayalah....hehehehehe.kira cam main ngan psikologi lah kan.then ko kena terangkan kt dia.ckp le tikus gigit puting ke apa ke kan

Mrs LVoe berkata...

mama sha buat cara cam jasfyra. potong kasi kontot & ckp kena gigit tikus.. trus adik sha stop :-)

KV berkata...

luna,
mmg dulu aku terpaksa beri sbb dia asyik menangis dan slalu nak menyonyot. Bagi susu dia muntah2. Terapksa bagi puting sbb masa tu pun aku dlm rawatan kemo, takleh nak bangun sgt kendong dia. Nanti aku try

Zura,
mlm td aku dh try tak bagi. Takpe, nanti aku try lg. Habis tu dlm tido ko wat cemana? Meraung dlm tido yg aku takdak idea tu.

KV berkata...

sha,
nanti kv try. Hihi. TQ

Hanisumayyah berkata...

KV...


Anak saya pun hisap puting dulu, mulanya memang jongang sikit tapi lepas berhenti, gigi ok jer tersusun...cara berhenti tu tak ingat pulak dah...

:: HUSNA :: berkata...

husna dulu pon ms nk stopkn puting adam.. seksa sungguh.. bape kali misi tertunda.. husna pon ikut cara potong hujung getah puting tu.. kalau dorang mntk kasi jer yg dh potong tu.. nnt dia pelik.. dh x sedap nk hisap.. dlm seminggu jer terus dh x igt puting...

cokolat berkata...

kak..
before aku dapat afifdani, aku buat survey dekat dr.hamid arshat punya web. dia kata isap puting ni tak rosakkan gigipon. yang rosakkan gigi adalah bila kita bagi anak kita menyusu sambel dia tertidor. bahyer tu.. gg mmg rosak dan bleh jongang.
dekat pa&ma pun aku pernah baca,

kak...
aku dgn adek lelaki akupon berenti isap puting sampai weol masok tadika, kak. alhamdulillah.. bukan nak riak kak, ada ko tengok gg aku bersepah/jongang kak dekat blog bila aku senyum? adek akupon sama.

so.. jangan risau ok.
insyaallah.. lama2 nanti berjaya tu. yang penting akak sabar train dia yer. good luck to you.

Zareda Norman berkata...

KV

anak kak zar pun dulu isap puting tapi seingat kak zar masa umur dia 8 bulan, dia masuk wad seminggu.. keluar wad ntah hape yang dia ingat terus tak moh dah puting tu..senang hidup akak.. ehhehe

apapun KV, nak asuh anak buang puting memang kena kuat semangat. macam nak free diapers ler.. penat dan letih bila setiap masa kena alert tapi itulah pengorbanan seorang ibu kan.. good luck KV

KV berkata...

kak wa,
akak ke ek? hihi. Akak dah pernah citer dulu. Kv ingat lg. TQ.

husna,
akak dh baca en3 husna stop kan puting tu. Akan akak ikhtiarkan jugak.

cok,
anak2 buah akak sampai besar isap puting. Mmg masa isap puting tu gigi jongang. Biler berenti dah ok balik gusi dorang. Cuma akak ni risau lbh. Kalo boleh mmg nak elakkan puting utk dina. Lega bila cok ckp gitew. Hihi

KV berkata...

kak zar,
moga kv kuat semangat. Insyaallah.

~~ciklinn~~ berkata...

ermmmmm linn takde petualah.. tapi leh buat mcm Hirda(mama hardi) bila anak ingat puting dia bg makanan lain so anak dia lupa puting....

cara zuera tu po ok sbb sue(mama maryam) pun buat camtu

AppleB berkata...

alah kv rileks laa. kesian kat dina kalau tgh malam meraung tu. ko kasi je time nk tido dan tgh mlm. dah lena tu cabut la cepat2. time nangis sumbat balik. siang cuba la avoid kan.

anak aku tu pun still isap jari. mcm2 pesen dah aku buat supaya tk isap jari tu. kang dia kata jari ni boleh? sambil tunjuk jari telunjuk hoohohohohoh.

gigi dia dah kedepan pun. tp aku tk risau lah pasal tu sbb nnti dah besar dah tukar gigi susu tu sure elok balik la susunan tu. mintak2 gitu ler kan.

so jgn lah risau yer.

oren... berkata...

aku paham perasaan ko tuh, sbb aku pun alami masalah yg sama ngan naufal..cumanya, aku blum lagi nak hentikan..mebi tunggu sampai dia cerdik mcm si abang nih..

Amna Faqiha berkata...

tengok tajuk kat atas..ingatkan bola kelantan gagal lag ..he he

izman berkata...

aku tak de petua.

anak aku dah umur 4 tahun gi tadika msh isap susu dalam kereta sebelum sampai tadika. aku tak rasa apa2pun.

fakta kata its ok bagi susu pakai puting cuma orang kita pandang tak baik.

ikut masing2 la..

KLMari berkata...

Hi KV !!! You are not alone...My eldest,Dania, dulu hisap puting at the same time ada 2 atau 3 sekaligus..Satu masuk mulut, satu lagi gentel kat pipi dia. Buat macam macam gak...kita kasi pahit, dia masuk bilik air and cuci. Masa umur dia 2 tahun lebih, before kami balik kampung, kami explain kat dia elok elok puting tak bawak ok..malu...dia angguk aje. tapi of courselah bawak kan..kang dia amuk satu jb plak...Lepas dari tu, dia stop sendiri. Lega...Now ni my youngest, Dian, masih memuting lagi. Tapi lately ni siang hari dia taulah puting kena simpan, dia simpan atas meja. Dah nak tidur sangat baru sua. Tu pun penah gak tak bagi langsung. Memang dia tidur asyik merengek...tepuk tepuk, dia tidur semula...tapi mmg tak lena...takperlah...nanti kita cuba lagi ok !!!

- tety - berkata...

armand pun 'setia' ngn puting die.. tp x de la manjang nk nenen.. die isap time nk tido...

kak ina kl berkata...

salam kv...anak akak semua berpunting kecuali yang besar sekali..sebab nenek dia tak tahan tgk baby ashik melalak aje..

alhamdulliah anak akak yg perempuan tak ada masalah..padahal yang no 3 tu dulu kuat melalak..tak dapat punting aje melalak...yang no 4 pun sama..

ficik berkata...

KV..
jangan stress sgt pasal puting tu..gigi jongang...cakap telor bukan seme punca dari puting..ramai my anak2 buah n sepupu yg isap puting sampai 4-5 thn but bile besar tak la jongang...lagi ensem lagi ada... ckp pun ok...
so u slow2 kasik dna putingfree... insyaAllah..tak de mende tu...