Rabu, 4 Mac 2009

TELUR MASAK SEPARUH

Mula2 korang janji jangan gelakkan aku hokeh. Janji tau.

Ceritanya, dalam seminggu ni aku terasa nak makan telur masak separuh. Tak kisah lah taim mana pun. Janji telur masak separuh.

Masalahnya, pasar depan opis aku ni tadek jual telur masak separuh. Adeh..tekanan di situ.

Persoalannya;

Mengapa kah aku tidak merebus sendiri telur masak separuh itew???


Jawapannya;

Aku tak pandai!!!!!


Hu hu.. mmg tension tau. Aku kalo rebus niat nak wat masak separuh harus lajak jadik tiga suku. Tak feel makannya. Kalo terlalu beringat lak jadi suku masak. Tak tertelan aku. Yarkkk!!


Ini lah telur masak separuh yg menjadik idaman ku. Taruk kicap dan 'bedak' (lada sulah) sungguh lah syorga.

Gambar aku cilok dr pakcik gogel. Tenkiu pakcik!!


Cer korang syer ngan aku cemana caranya atau apa tips nya nak wat telur masak separuh. Tolong lah daku yg tak pandai ini. Pehlis!!

Korang jgn gelakkan aku taw!

23 ulasan:

Mummy Dasy berkata...

Kak, me xkan gelakkan coz ku pun tak reti stp kali masak pasti akan jadi macam yg akak cakapkan tu

rina berkata...

biar mendidih dlm 1-2min... pastu tutup api. trylah. sbb kdg2 telur yg saya buat pn ada terlebih... ada terkurang.

suka mkn ngan kicap lemak manis jer...

KV berkata...

dasy,
hihi..ada geng! Yay!!

rina,
oo..nanti kv try set 2 minit.

i.am.belle berkata...

aku pun tak pandai gak KV oii. okeylah ada si rina share info. yeyy! chayok! chayok!

Mummy Rizq berkata...

Biarkan air mendidih... tutup api, masukkan telur & biarkan. kalo telur ayam kampung 4 minit dah cukup, kalo telu ayam biasa kena dalam 8 minit gitew... insyaallah... jangan luper periuk kena tutup tau!

pB berkata...

malae ni , ajok che abe tu gie WHITE HOUSE depae masjid muhammadi tu ..

gerenti puah hati

KV berkata...

belle,
hang masuk geng aku.

marlina,
yay!! Dah dpt info!

KV berkata...

kak pb,
lama doh tok tubik malam. Malas ngan anak2. Nanti kecoh di kedai makan. HIhi. Tgh dok byg hok mana so white house. Mcm rajin kelih.

Zareda Norman berkata...

KV

dulu Tupperware ada jual bekas masak telur setengah masak ni

tak payah set jam.. cuma curah air panas pada level yang ditetapkan dan air akan mula menitik ke bawah ke dalam bekas lain. Dan bila air kering.. taraa telur setengah masak ready.. cepat dan tepat..

tak tahulah tupperware ada jual lagi tak bekas tu

Ummibatrisya berkata...

pernah tengok tak benda untuk masak telur separuh masak itu

yang warna kuning, yang ada dua, satu letak telur macam penapis dan satu lagi buat isi air yang turun dari atas penapis :)

susahnya nak explain, kalau tak tau nanti ummi snap photo

kalau guna yang itu letak air panas sampai tenggelam telur, bila air dah turun semua, pecahkan telur,

mesti telur akan jadi macam yang kv dok idam tu

murah aje benda tu, kurang dari RM15 :)

ummi guna benda ini dah bertahun-tahun, buat masak telur separuh masak kat batrisya :)

KV berkata...

kak zar,
tak pernah tgk dan takleh nak bayang kan.

ummi,
wah murahnya. Kat mana ada jual. Cemana bentuk dia ek? Takleh nak bayangkan ni. Huhu

izman berkata...

ish.3x tu senang je kalau cara aku.

aku cuma buat begini ....

"Yang.2x. tolong buatkan abang telur masak separuh 2 biji. nanti taruk kicap dengan lada sulah sikit".

KV berkata...

izman,
eleh, tu dialog aku ckp ngan suami aku gak tu. Hik hik. Masalahnya suami aku pun lbh kurang aku jer. Tak jadik yg separuhnya.

AyunasiA berkata...

kv, benda kuning tu rege 7.90 je kot gitu lah. tp memang murah la. gi kat the store / pacific tu pon ader.

KV berkata...

ayunasia,
benda kuning nya tu bentuk lagu mana ek? Mmg kv tok leh nak imajin ni!! Huhu

cokolat berkata...

kak... aku ni badan leh naik mcm bailon balek ni sebab gila makan telor separuh masa tu lah!!!!
jauhkan kakkkkk....

Signorina Syima berkata...

hi..

aku pun fail jugak dulu2.. secara tradisionalnya, ko masak air dalam periuk yang ngam2 untuk 2 biji telur sampai ia menggelegak, tutup api dan masuk kan telur, tutup periuk itu. biarkan selama 3-4 minit. settle...

jom jln2 -> http://herewith-syima.blogspot.com

Ummibatrisya berkata...

kv,

nanti-nanti ummi snapkan photo, siap dengan instruction lagi ye :)

tapi kena lama sikit sebab mak cik sibuk sikit :)

Jasfyra berkata...

dah lama xwat telur separuh masak..xingat camne..tp selaunya aku tibai je dlm 5*6 minit kot...kekekeke

Tijah berkata...

ko rendam jer telo tu dlm air panas masak 10 menet. jgn kurang jgn lebih pastu angkat...siap!

CikguZue berkata...

Dah byk info dapat tu...saya tumpang makan ajela bila KV dah mahir nanti. hihi...

sepet a.k.a zack_u berkata...

hehe..saye pon tak pandai..
pandai makan je..
tak dapek nak nolong..hikhik

CuTeMiUt78 berkata...

sekarang dah ada jual bekas utk masak telur separuh masak tu KV.. dia mcam bekas tupperware tu.. atasnya tmpt isi terlur, tang bawah tu ukt air menitis.. just curah air panas.. ikut sukatan yg disediakan.. menjadi..