Ahad, 15 Mac 2009

AKU TENGOK KONSERT AF SAMBIL DORANG TENGOK AKU

Hik hik..punya lah panjang tajuk aku.

Semalam aku balik kampung. Kebetulan jumaat tu aku kan lawan boling. (Dan seperti biasa lah. Ranking kami hanya tgh2) Biasa aku balik jumaat. Ptg khamis tu akak aku call bagitau jgn balik jumaat. Dia suh balik ari sabtu. Ex abang ipar aku (suami arwah akak aku) nak kawin. Wah, hangat!!!

Takde rezeki aku nak jumpa irfa. Lagi pun aku tak sempat baca msg irfa kat shout box. So, pagi sabtu tu aku balik kg. Plannya, geng pompuan tak pegi majlis nikah tu. Hanya geng lelaki yg pegi. Macam yg aku ckp ngan irfa dlm sms. Bukan untuk meraikan tapi sekadar menghormati.

Lps asar dorang pegi satu kete. Aku n kak I ngasuh anak2. Huru hara rumah. Tapi layan je lah. Bukan anak org lain pun, anak aku dan anak buah aku. Haha. Wah akak2 aku masak best betul. Gulai itik serati dan udang galah masak masam manis. Udang galah tu akak aku beli kat sarawak. Di pi ziarah anak dia yg kena mengajar kt limbang nu. Naik perhau sambil tgk buaya. Sungguh mengerikan. Ops..terpesong tajuk.

Oh, ucapan kepada ex abang ipar aku. Kawin tu kawin lah jugak. Jangan anak2 ko terbiar sudah. Jgn cuba2 nak lpskan tanggungjawab. Itu jer. Tapi rasanya kami dh tau cerita masa depan cemana. Just tunggu dan lihat.

Pastu dlm 6.30 dorang balik. Dekat jer. Kampung sebelah jer rumah pengantin pompuan. Terus kecoh nak tgk gambar pengantin. Hahahah. Punya lah kepochi. Ops.. rahsia!!

Pastu sambung cerita anak2 buah aku (lpsn spm) yg nak further study. Kecoh begitu begini. Bincang punya bincang sampai ke malam. Solat maghrib terus berangkut pulang nak tgk konsert AF. Semangat ni. Sampai kakak ipar aku ajak pi beli laptop kt kb mall pun terpaksa kensel. Hahaha

Anak2 awal2 lg dh jenero dlm kete. Wah, aman aku nak tgk AF. Hik hik

Last2 AF tgk aku. Aku terlepas 4 org yg terakhir tu. Sedar2 AC umum yg budak dorang tu tak jadi keluar. Sapa ek yg 2 org tu? Aku blur2 lah. Nak tanya suami, dia lagi awal lentok sbb mmg dia tak minat sungguh jenis2 rancangan begini. Kalo dia tgk pun time audition. Boleh jadik bahan gelak.

Itu je lah. baiii.

5 ulasan:

~dARlee zURiS~ berkata...

tak best ar konsert af smlm tu
memang memboringkan
dah tak minat nk tengok sejak ac ambil alih
tengok final je lah ti

KV berkata...

zuris,
oh ye ker? Akak tgk sambil tido. Tu ler, takleh nak ngomen sgt. Sbb tatau. Hihi

Zareda Norman berkata...

kak zar pun tengok tengok ayam je AF. (wah ada ker pepatah tu.. ehheh)

Nyampah tengok AC sebenornya..

nono berkata...

salam,

dah jodoh kan kak...nk wat cmne..tp tue la..klu lelaki nie senang jer nk kawen kan...tp klu pompuan..susah nk cari pengganti...ermmsss..

KV berkata...

kak zar,
kv tak kisah ngan ac. Tp nyampah ngan adlin. Hak hak hak. Macam lah bebudak tu paham sgt apa yg dia komen.

nono,
ye lah kan. Dah jodoh dia. Sbb tu dia kawen. Cuma nya jgn lah nak abaikan anak2.