Isnin, 9 Februari 2009

SEMALAM YANG BENGANG

Ok, pagi ni aku nak mengadu domba sket. Maaf lah pd yg boring nak membaca.

Kalo ada yg follow entri2 aku dulu2, berapa puluh kali dah aku mention yg kami mempunyai jiran yg bangang. Sedara mara gak. Kes tak puas hati pasal taklukan tanah ler. Dulu dorang takluk byk, bila kami ukur, baru tau sempadan sebenar. Lalu, tak puas hati ler. Alkisahnya.

Dah lama masa berlalu. 2 org pak sepupu hubby ni dh pulih hubungan ngan kami. Kami pun malas nak pjg kan perbuatan jahat dorang. Malas dh nak pikir. Cuma suami Mak sepupu hubby tu yg kami masih belum berbaik. Sbb? Dia terlalu jahat. Mcm2 dia buat ngan kami.

Contohnya, hantar menantu dia kenkonon supaya dtg serang hubby. Siap bawak member 2 org. Mana tau kan kut2 nak bertumbuk bagai. Last2 menantu dia mintak nak bayar 500 utk laluan ke rumah mereka. Kami pun setuju lah. Malas nak kecoh2. Sampai ke hari ni masih blom bayar lg tau. Kompang kt org kampung yg dia keje engineer, rupanya buruh gaji 600 jek. Dia keje company lama aku dulu. Aku pun, zassss...siasat. Hehe

Pastu siap lah rumah kami. Juru ukur nak tanam batu sempadan lak. Hah, suami mak sepupu hubby tu mengamuk mcm org giler. Sampai cuti dan cuti. Dia keje buruh kt t*b perak nun. Cuti tu semata mata nak sumbat my hubby dlm jel lah kononnya. Dia gi kompang kt kedai kopi dia dh report kt polis. Bulan puasa tu. So, kami dlm seminggu tu menunggu lah polis ambik hubby kt rumah. Tadek pun.

Tak puas hati lg. Dia laki bini gi mengamuk kt SO kanan pejabat tanah KB. Kenkononnya hubby aku rasuah pejabat tanah RM 600. Dia ada salinan resit. Wahahaha. Rasuah ada resit ke wei?. Puas org2 pejabat tanah dok terang kan yg kami dh dpt perintah mahkamah. Saluran yg kami guna tu betul dan sah. Pastu dia ugut deme tu nak report bpr. So, org pjbt tanah suruh dia gi report. Dorang bersedia. Mcm org gila dia kan? Kesian dia.

OK, dah takde benda dia nak buat lps tu. DIa dok diam jer. Rasanya bpr pun dia tak gi kut. Kompang jer lbh. Makanya, hubby telah berbincang ngan menantu pak sepupu (yg cerdik skt laaa). Hubby bagitau suh dorang betulkan alingment jalan yg kami bagi tu sbb kami dh nak pagar tanah kami kan. Ikut sempadan la.

Lama kami tunggu takde pun dorang betulkan jalan tu. Kami pun wat pagar kat depan dulu. Pagar konkrit. Kat tepi dan belakang hanya nak pagar chainlink jer. Takmo lah terkurung dlm tanah sendiri tak nampak org. Nanti takde hubungan ngan jiran2 lain lak kan.

Lps jual tanah CNY ari tu makanya pak sepupu (2 org) ada duit lah. Dorang pun berpakat beli tanah nak menambun jalan sambil betulkan alignment. Lori mmg boleh masuk ngan jalan yg kami bagi tu. Untuk pengetahuan, jalan tu kami bagi lalu jer. Takde gezet bagai. Makanya jalan tu masih tanah kami ler. Masa dorang betulkan alingment jln tu, hubby tolong gak la. Kami dh tunjukkan kt mana bucu sempadan yg kami nak pagar nanti. Dorang pun setuju takde masalah.

Tetiba pagi semalam, salah sorang pak sepupu hubby dtg rumah pagi2 buta sumpah seranah hubby. Terkejut sakan lah kawan tu. Katanya tak padan ngn budak, kucar kacir kan tanah yg org tua dah tetapkan. Perut jahat. Peel huduh. Macam2 lg yg dia dok sumpah. Sebijik mcm org giler. Terpekik terlolong. Rupa2nya, suami mak sepupu hubby ada dok tunggu depan rumah dia. Siap melaung laung sama. Mengugut hubby nak report. Tp laki aku tu sabar sungguh. Masih berdiplomasi. Rasanya kalo aku kt tempat dia mmg dah sinsing lengan sama2 naik giler kut. Geram aku.

Tak pasal2 aku lewat ke opis semalam tau. Haish!!

Hubby pun call tok sepupu dia yg keje sbg penggawa (penghulu kalo kt negeri lain). Tok spupu hubby janji nak dtg ptg nya nak setelkan masalah. Kami pun kontek mcm2 org tnya pendapat. Call lawyer, SO kanan dan polis. Lawyer nasihatkan kami cool dulu, tgk report dorang apebenda. Senang kami nak ambik tindakan. So, cool down dulu.

Blk keje, tok sepupu hubby mai. Dia ambik salinan geran dan pegi rumah jiran2 kami yg bangang itu. Dlm sejam dia pegi, dia pun kembali dan ajak hubby gi hujung sempadan. Deme tu nak mintak jalan kt hujung tu supaya di beri 7 kaki setengah. Penggawa kata, sepatut nya bukan hubby sorang yg bagi. Org tanah sebelah pun kena bagi separuh sbb dia pun nak lalu jgk. Tp org tanah sebelah cerdik, dia buat rumah sekaki ngan sempadan. Dan penggawa jgk nasihat kan dorang supaya gi gezet kan jalan tu sbb besok2 kalo kami nak tutup mmg kami berhak. Masak dorang nanti. Haha

Atas nasihat penggawa, dorang boleh terima sempadan baru yg kami buat tu mmg betul. Sbb 2 kali dah dorang ukur semula tanah dorang mmg dah cukup bahagian msg2. Tak tau lah nak kecoh apa lg. Walo pun dh cukup dorang tetap nak tanah kami. Giler sungguh. So, semalam (walopun before ni dorang dh tahu) dorang harus terima hakikat yg kt belakang rumah kami tu (150 depa tau, boleh wat sebijik banglo) adalah tanah kami. Tak boleh ganggu.

Dorang pun pecah kan rahsia. Lps mengamuk mcm org gila kat hubby pagi nya, dorang bertiga gi jumpa DO. DO cakap, apa yg kami buat tu dah betul. Cuma kalo tak puas hati boleh panggil juruukur, buat pengukuran semula. Dan kalo kami tak beri laluan, buat permohonan supaya di gezetkan ke pjbt tanah. Laluan tu akan dinilai dan mereka kena bayar. Tp masih takleh nak terima nasihat tuan DO. Siap panggil juruukur gak semalam. Wat perabis duit jer dorang ni kan. Tak serik serik.

Juru ukur dan menantu (yg katanya konon keje engineer tu kan) siap ckp nak report kt BPR dpn tok sepupu hubby. Masa tu dorang taktau yg tok sepupu hubby tu penggawa. Bila tau penggawa, terus senyap dan takut. Dan2 tu tak jadi nak ukur. Tp penggawa menggalakkan dorang ukur semula. Kut2 la nak puas kan hati. Tp juru ukur takmo sbb katanya batu dh tanam dan penggawa pun mengesahkan benda yg kami buat tu betul. Tau takut. Karang ngan lesen2 juruukur dibatalkan. Tkde keje dia. Sesedap rasa jer nak report org kt bpr.

Makanya, hubby pun semalam telah mengisi dgn kata2 yg sedap kepada pak sepupu yg telah menyumpah menyeranah beliau. Teguran dan nasihat dalam nada sinis. Mmg bera muka dia. Merah padam.

Kesimpulannya, mereka yg tertewas. Kami pun boleh tido lena semalam. Syukur alhamdulillah.

Lps ni aku tatau lah apa benda lg yg suami mak sepupu hubby nak rancang. Mintak supaya Allah menginsaf kan segala perbuatannya.

7 ulasan:

NONO berkata...

SALAM,

manusia....x pernah syukur dgn ape yg mereka ader...

tp respek arr kat hubby akak...mmg coollll la die....ala2 cool fever gitue...hehehehehe

KV berkata...

nono,
ntah lah. Perasaan iri hati ni ada 2 perkara. Satu bila iri, rasa nak menjatuhkan org tu. Dua, bila rasa iri, kita berusaha untuk memajukan diri kita sama tahap atau lbh tahap dr org yg kita iri tu. Iri yg nombor satu tu akan memakan diri. Biar tuhan balas segala perbuatannya.
Wah, cool fever gitu.;P

izawani berkata...

Huhuhu... itu tanah, pastikan selain batu ukur tanah, tanamkan juga dengan ayat pendinding...

Member akak kena teruk dengan orang orang dengki... biarpun ada tanah, tapi kalau kena penyakit susah ubat dengan doktor, baik dok obersi lagi baik... kan?

AppleB berkata...

aiyooo..mek pun sama geram membaca tau.

mcm la dorang mati kang boleh bawak geran tanah tu skalik.

tadak akai punya org leyyy.

-mek yg panas luar dalam-

Zareda Norman berkata...

tu ler manusia ni pasal harta dunia, boleh sesuka hati nak sumpah seranah orang..

Biarlah rahsia berkata...

dah lama tk lalu depan rumah kv...

Alhamdulillah..sib baik dah settle...

klu ada kes mcm ni...baik duk jauh dr sedara mara kan...lg senang hati takde gangguan.

Angah berkata...

Aku banyak setel kes camni kat opis aku..

kengkadang nak tergelak pun ada dengar pihak yang macam tuh.. menjerit2 tak tau hujung pangkal..

Aku pun pelik apa la di rebut sangat harta dunia nih.. sok sok mati bawak kain putih tak berjahit jer..