Khamis, 12 Februari 2009

release tension

Td aku release tension dgn berpegian ke pasar minggu. Kautim satu kete ngan opismate. Hik hik.

Ekceli pasar minggu dpn ofis aku ni dh pindah tempat. Jauh skt la. Nak jalan kaki tak larat. Slalu nya kalo teringat nak beli pape, terus je pegi. Ni kena pikir 2-3 kali gak la.

Peniaga masih lg kecoh2 pasal tempat tak cukup. Petak tak muat dan mcm2, Dah berapa kali masuk paper, masuk tv9 (aku tk tgk pun tp ada wartawan dorang). Td pun ada yg gaduh2 berebut tempat sampai bertumbuk bagai. Kena pi setel kt balai polis. Dgr kata sampai patah gigi. Betul ke tdk tatau la.

Hik, aku buh tajuk release tension sbb aku leh keluar dr opis ni. Slalunya walopun aku dok ngadap blog, update blog tp aku terstuck atas kusi aku ni tak pegi mana2. Projek pun tak byk now. Paham2 je lah kan. So, keje jarang yg ada yg menimbun. Tp bila dtg harus nak segera. Benci aku. ok, Dah la pasal keje. Boring. Janji aku wat keje aku sudah. kan?

Pi pasar minggu hanya niat nak pusing2. Takde target pun nak beli pape. Tp tersangkut beli cadar bandel 2 lai (sarung tilam ekceli). Kan aku ni penggila bandel. Lahai, brand guy laroche rege 18 hengget je. Yg satu tu aku beli utk dina kaler merah jalur2 14 hengget. Carik gak jeans levis yg ada saiz aku. Tp letih nak menggali. Last2 jumpa osh kosh tp bukan saiz aku. Ahahah. Saiz 28. Besar tul saiz budak kan. Tp walopun besar aku still tak muat. Aku kan saiz comel. Hik hik.

Pastu neman member pilih kain copeng. Korang tau dak apa maksud copeng. Alah, kain pasang yg lebihan tak cukup 4 meter la. Dorang timbun cam tu jer. Kalo nak pilih sendiri. Kalo sutera shifon dorang jual 10 hengget je semeter. Kalo yg psg dah beratus lbh kan. Untung la. Kalo nasib baik jumpa 2 kpg leh wat sepasang baju. Byk kain best2.

Tp aku letih la nak menggali. Jumpa kain lawa2 tp takde yg betul 2 meter. Ada yg 3 meter ada yg semeter lbh. Nak buat apa kan. Kalo 2 meter leh wat baju. Kainnya buleh carik yg plain. Mecing gitew. Last aku beli kain yg cukup 4meter. Haha. Viscose. 2 psg. Sedap pakai cuma bab nak meng iron tu yg malas. Tp sbb berkenan corak dia, aku beli gak. Ala2 corak kain cotton gitew. Layan.

Pastu jln2 pusing jumpa kaftan budak kecik saiz S. Belikn utk dina sbb mamat tu nak habiskan. Ekceli dia jual brg mekap tiruan, cam maybelline, MAC dan mcm2. So dia nak abihkan stok kaftan tu. 6 hengget je dia kasi. Harga modal da ckp. Layan je lah. Nanti leh tgk dina terkedek kedek pakai kaftan. Hik hik.

Dah letih pusing2 aku beli jagung rebus 2 btg. Kata diet kan. Makan jagung tu lah lunch nanti. Hikhik. (tiara, akak berjaya takat ni tak makan nasik tau, sila kagum)







P/s: gambar kain pasang aku terlupna nak snap. Dah kirim kt opismate suh hantar rumah tailorina.
P/s/s: kenduri arwah kami akan buat cuti skolah bulan 3 nanti. Insyaallah. Nak combined kan ngan acara lain sama.

1 ulasan:

~dARlee zURiS~ berkata...

ohh..ade ek kes camtu?
peniaga2 berebut tapak smpi gado2..
ish ishh...

nanti letak pic dina pakai kaftan ek
mesti comey ;)