Selasa, 10 Februari 2009

MERAUNG SAKAN

Malam tadi, kami suami isteri careless betul. Tapi takpe, at least dpt gak pengajaran.

Aku tgh masak, hubby lak tgh kemas nasik yg dina sepah - sepah kan. Dina lak sibuk main laci. Dlm laci tu ada cawan dan gelas. Dia selalu main kt situ walopun kena marah. Dan dia selalu nak minum air sendiri. Takmo di tolong. Berdikari lah konon.

Tetiba mug yg dia dok main tu jatuh. Meraung sakan dia. Aku ingat kan dia terkejut dan takut. Abah dia pun ingat macam tu. Siap kena marah tu. Tak serik2. Asyik nak main jer. Tak dengar kata. Haha. First time si abah marahkan anak dara nya. Huhu

Tetiba dina sambil menangis meraung dtg dekat aku tunjuk kaki dia. Aku ingatkan kaki dia sakit mug tu jatuh atas kaki dia. Rupa2 nya kaki dia berdarah.

Hah, kalut la mencari plaster bagai nak stopkan darah tu dulu. Dah la ubat tatau mana dina campak. Selalu main bekas ubat minah tu.

Pastu teringat ada antiseptik yg dpt masa kajiselidik MIROS tuari.

Dalam sejam lebih dina meraung menangis. Kena gelak ngan kami pun dia tetap menangis. Sampai kami tatau nak pujuk dh. Pedih sgt agaknya. Sampai kan aku siap makan, siap kemas dan siap solat dia dok meraung kt situ.

Naik lenguh dan semut2 aku dok riba dia yg dok meraung tu. Dah la kena tiup kt kaki dia yg luka tu always. Haha

Seb baik ada chanel astro yg dok tayang kapal terbang dan mesin2 besar. Dia layan tgk menda tu 3 minit pastu teringat balik kaki sakit meraung lg 5 minit. Pastu sambung blk tgk tv. Mcm2!

Tu kaki dia yg luka. Tak nampak pun kan.




Pastu siap pakai glove kt kaki yg tak sakit. Motif apa tatau.


a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://2.bp.blogspot.com/_KiuHdnAokdA/SZDUWlmleqI/AAAAAAAADF8/EpElOOyAlQw/s1600-h/09022009(001).jpg">

Abg danish kena temankan dina dok meratap sakit kaki sambil tgk tv.



Sesambil melayan dina tu kami dok mengintai bulan gerhana. Takdak pun. Entah masa mana nak gerhana tatau. MIL kecoh nak tgk bulan gerhana sbb dia dgr dlm radio dok umum.

Tetiba dina dgr mek dia dok tangkap ayam. Terus bangun. Dan2 tu tak sakit kaki dh. Siap berlari turun tangga dan pakai kasut lg. Adoyaiii!!

20 ulasan:

nanonano berkata...

hihihi saje je ank dara akak tu nk bermanje,
xskit sgt sbenarnye kot?
;p

KV berkata...

nana,
akak pun rasa takde la sakit sgt. Ngengada je lbh minah tu.

Aku Bukan Bidadari berkata...

pagi tadi..bulan penuh.. cantik sangat..

DASY world berkata...

:-) kelako lak, sorry Dina aunty x simpati tp gelakkan lak budak2 KV mmg camtu tapi me kat umah mmg ada stby handiplast incase mcm Dina tu, kdg2 ngis berejam2 tp bile ada org dtg trus lupa sakit baik trus.

~~ciklinn~~ berkata...

alahai ciannyer anak dara tu.......

KV berkata...

tiara,
mlm td pun bulan penuh. Pg td pun bulan penuh gak tp besar kemain.

mami dasy,
ye lah, dia tu ngengada jer lbh. Kami pun mmg simplan handiplast bagai kt rumah sbb si abg danish tu slalu luka2. Buas sgt.

ciklin,
tadek kesian mana. Ngengada lbh. Hik hik

Mommy Lily berkata...

kecian dina

kena hati2 dah kan sbb anak pompuan kita ni nakal sgt dok hihi

KV berkata...

rina,
ye lah. Abih cawan gelas kena punggah simpan gobok atas. Huhu. Mmg buas!

Zareda Norman berkata...

KV
dina dah nagis meraung tu serik ler kot.. lengkali dia tak moh dah main gelas bagai..

Mak Su berkata...

alah sedihnyer hati dia...tengok lepas ni serik tak main laci... keletah anak-anak.

cendawanintim berkata...

tu ler, budak2 beso dina tu kena double triple monitor kan...malang tak berbau..

Ummibatrisya berkata...

malam semalam on the way balik dari kedah ke ipoh,

ummi nampak bulan penuh, cantik sangat :)

~dARlee zURiS~ berkata...

heheehe..
nk bermanja lah tu

Alex Lacey berkata...

anok perempuan, lagu tu la...tapi sebenarnya budak2 ni bila kita terkejut dan buat respons, musti dia yg lebih-lebih punya....tapi kalau kita buat derk jer, dia nak nangis pun kadang2 tak jadi hehehehe

Jasfyra berkata...

ala ciannya kaki dina berdarah..lps ni xmau nakal2 lg tau

MasNurin berkata...

Aku selalu kalu Nurin nye kaki luka aku akan cium pastu tiap2 dan cakap Phuangggggg...konon2 kasik ilang ler sakitnya. Pastu aku akan tanya dia lega dah? Mesti dia akan jawab lega.

pB berkata...

Dina adik bradik dengae Nurin Azmatun.

Sakit tak dok belah mano , tapi , nyor jerit , meraung supo putuh tangae ....

AppleB berkata...

kakakakakaakak..dina DQ gak ke. harus lepas ni tiara dpt kat dina pulak. mama dia leh dok tepi kekekekekekeekke

Aleeya berkata...

siap pakai glove lagik dina he he, tu dah okey ke kakinya..cian dina..

KV berkata...

kak zar,
tak moh main ke hapa. Semalam dia gi bukak semula laci tu. Dah kosong dah. Hihi

maksu,
tak serik maksu oii!!

cend,
dgn dina ni aku pun tatau nak double triple monitor cemana dah. Buas sgt.

ummi,
ye lah, bulan penuh sampai ke pagi.

zuris,
manja dan ngada2.

kak wear,
mulo2 tu meme wat tok tahu doh, tp bilo tgk kaki dio berdarah, keno tolong lah. Rupanya dio over acting pulok doh. Hihi

zura,
dina ni jenis serik 5 minit je tau.

mas,
ahaha..sama ngan aku laki bini. Mesti tiup kt tempat luka tu sambil bunyi PUHHH...PUHHH..
Pasti tanya dah ok blom. Hik hik

kak pb,
kalu gitu gak sekapal sungguh la.

appleB,
betui2 DQ nok. Menurun sapa tatau la. Hahaha

aleeya,
glove tu takdak motif ekceli. Org kecoh tangkap ayam dia pun kecoh sama. Lupa terus kaki sakit. Hik hik