Selasa, 2 Disember 2008

SEMALAM YANG BANJIR

Semalam cuaca mmg teruk. Tgh hari lps lunch tu, kv kemas apa yg patut. Jalan2 yg biasa lalu tu dah naik air. Dan air makin naik.

Panik giler takut tak boleh balik. Haha

On d way blk tu mmg jalan dah naik air. Byk tempat lak tu. Tapi tetap boleh lalu kenderaan ringan.








Hujan mmg tak berhenti langsung. Lebat dan renyai lebat dan renyai. Gelap gelita. Hubby kata mcm gotun city. Gotun city tu apa ek? Lupa nak tanya dia. Huhu ( Dah diperbetulkan oleh kak ungku dan kak sya ~ GOTHAM CITY~ bandar gelap dlm citer batman)

Alhamdulillah lps gak lalu tempat2 yg kritikal. Singgah beli stok lauk. Mana lah tau kut2 takleh nak kluar nanti kan. Kelaparan kt rumah. Hujan2 ni lapar sokmo.

Bila kt rumah, borink la pulak. Kami gi jln2 kb mall. Haha. Sempat lagik.

Dina pantang jumpa kedai patung.

Jam 6, kami start kluar dr kb mall. Hah, hambek ko, traffic jammed giler babas. Sepanjang jalan mmg sangkut dlm jam. Dah la minyak kete isi skt 2 hari lps kenkononnya nak tunggu mintak turun rege. Buleh pekdah!

Last2 kami ambik u-turn depan balai islam terus ambik jalan SIC ke Tunjong. Risau nak masuk stesen minyak sbb kete penuh jalan.

Masuk jalan Perol tu mmg risau giler. Kut2 jalan takleh lalu kan. Tp tgk takde sigboard amaran kt simpang depan, selamat lah kut. Jalan mmg teruk la. Pecah dan berlubang.

Dah dekat nak sampai rumah MIL call. Risau anak cucu tak blk2. Hahaha

Sampai kt rumah sedang elok azan maghrib. Rupa2 nya rumah pengasuh dina dan rumah tok mek dah banjir.

8 ulasan:

oren berkata...

KB mall tak banjir ka??

Intan berkata...

Hati2 KV... pantau budak2 berdua tu.

Ishh, KB Mall x tinggal!

:P

Ungku Nor berkata...

bukan gotun city laa..
GOTHAM city.

alaaa..kota tempat tinggal Batman tuu.
mang gelap macam malam je manjang city tu..hehehe

KV berkata...

kak ungku,
owh! gitu ker. Patut ar hubby asyik ckp mcm tu. Kv mmg tak minat batman ke spiderman ke dragon ball ke. Haha. Tp, tq ek. At least kv tau gak.

mummysyafie berkata...

musim banjir erkk..hati² k

Sya berkata...

Bukan Gotun.. tapi Gotham.. bandar yg dlm citer Batman tu.. kan gelap aje?

Kak sya penah rasa musim tengkujuh ni kat Ganu.. paling tak tahan baju tak kering.. seluruh hostel bergantungan baju nak kena keringkan.

rina berkata...

sembelih lembu dale banjir ler tahun ni... huhuhu

alia elena berkata...

lam pada banjir2 pun sempat agi tuh menyongket ke KB Mall.. hiks