Selasa, 18 November 2008

TUKAR TALIAN

Adakah korang jgk telah menukar talian seperti yg kv lakukan hari ini?

Benornya semalam lg hubby sibuk mengisi borang utk kv tukar talian, tp lupa fotostat ic daa!! Letih dia nak pegi semula. So, hari ni baru blh submit.

Alkisahnya kv pakai line (pra bayar) kaler merah di zaman tokong tonggek lg. Masa tu pra bayar baru dikeluarkan. Mahal woo!! RM 238. Ingat lg tu!

Hubby lak dah pakai line purple. Kawan2 kv pun mmg rata2 line purple. Kv sorang je line merah. Malas nak tukar sbb sayang ngan nombor.

Bukan nombor cantik pun, tp nombor lama kan, malas la nak kontek semua kenkawan bagi nombor baru.

Tp la ni kan boleh tukar talian tanpa menukar nombor. Wah, tawaran yg hebat tu. Hiks. Jimat sket prepaid aku nanti! Nak daftar 2 minggu lps tp syg baki duit masih byk. Sbb bila tukar talian otomatik duit baki hangus.

Kv ni, bukan penalifon yg tegar lah. Baki mmg ada sokmo. Asyik terkumpul jer. Kalo tak balas sms tu maknanya tempoh prepaid abih, bukan abih baki tau! Tu yg rasa syg gak.

Nak kasi duit baki cepat habis, kt rumah kv asyik dok guna 3g melayari blog. Bukan boleh komen bagai pun. Just tgk jer. Hari minggu kan, takde keje nak buat. Hihi.

Sehari dua lg tempoh kredit pun tamat la. Sedang elok lah tu, baki skt2 lg boleh la en suami habiskan. Kv ni tatau nak talipon kt sapa. Kalo sms ok jer, kalo bercakap mcm tak reti lah pulak. Hoho

Keadahnya, dorang akan hantar sms 2 kali, pastu otomatik diminta menukar sim kad baru yg kv baru dpt td. Masuk jer sim kad baru, talian pun bertukar lah dgn jaya nya. Hihi

18 ulasan:

cendawanintim berkata...

Tak paham sangat pasal prepaid nih bebenornya...

CuTeMiUt78 berkata...

wah... dah senang skit la kan kv

Ungku Nor berkata...

akak pakai line kuning dah sepuloh tahun dah..hehe

mummysyafie berkata...

takat ni prefer prepaid je..sebab takut pakai bil..nanti terover pakai

sya berkata...

Kak sya tak faham bab2 prepaid ni. Yang tau hanya masuk maybank utk top up no anak2..dr kak sya memula pakai hp lagik memang pakai post paid dan sampai la ni dok ubah2

Yatie berkata...

kat sini baru pakai prepaid ... kat msia mmg pakai line sampai skang ngan nombor yg sama since 2000 lagi .. tak penah ada second number ... hehehe ..

atty's berkata...

wah..berjaya ke talian baru..syabas

aNIe berkata...

KV...akak pun sayang nak tukar no...

Anak guna yg merah..,cik abang merah jugak...tapi akak tetap purple...

Intan Rosnitta berkata...

Harus tukar ke warna purple tu cepat2...

:)

Purpleheart berkata...

welkam to line pepel.. su pun kaler pepel gak, heheheheh nama pun pepel kan.

KLMari berkata...

Huhu...memang sayang nak tukar line kan sebab sayang number since contact dah ramai...hehehhe...Ramai nampaknyer nak tukar ke line pepel nih....:)

susu dalam botol berkata...

saya masih tak fhm dgn penggunaan tukar number sama ke line lain.

Nik Ha berkata...

Eh ada byk warna ko? hak..hak..gelak kat diri sendiri sbb ketinggalan zmn. Tau paka jah kak nik ni, tatau plok ado kala2 line tu.

Aku Bukan Bidadari berkata...

dari tahun 1996 (ms tu makpakai tepon artur letak dlm keta) pehtu pakai tepon besar dabak mcm botol air no nih tetap dimaintain best tak??

saya berkata...

huhu..belom ada cita2 nak tukar. nak tggu provider kaler hitam baru nak tukar. hwuahahaha..

kakLuna berkata...

aku pengguna 'merah' yg tegar :P

Alex Lacey berkata...

k.we guno line kuning....tok sir tukar...puas hati takat ni....

KV berkata...

tu la, mcm kv ckp, syg nak tukar nombor. Tapi la ni boleh tukar talian tanpa menukar nombor. Just isi borang talian mana yg kita nak tukar tu. Kalo kt sini line kuning tak meluas. Ramai org pakai line pepel. Kena la ikut kata ramai. Jimat sket, janji tak tukar nombor. Hihi