Isnin, 24 November 2008

LAGI TAG TIG TUG

Hadoii...apa2 pun aku nak bayar hutang dulu. Karang ada yg sentap dgn meks, meroyan kalu. Wakaka!!

Dulu, dh penah buat benda alah ni. Tapi tanda sokongan buat kenkawan, buat lagi lah. Tak gitu??

Memula sekali, syarat dan peraturan.


Rules & Regulations :
  1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
  2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.
  3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
  4. No tags back!

Apa yg pelik ttg aku pun tatau. Belasah jer!

1. Suka makan sambil membaca atau menonton. Nak2 kalo makan sensorang. Rasa cam pelik (sedikit mcm org gila) bila time makan sorang2 tu tadek buat pape. Paper wat lapik makan pun aku layann.

2. Malu tak bertempat. Tp kdg2 frendly tak bertempat gak. Ikut mood. Tah pape jek! Ngan adik beradik ke anak buah ke kdg2 aku malu. Apatah lg ngan kawan, sedara mara, sales girl or sesapa. Hiks. Tah pehal tatau.

3. Sejak dina ada ni, suka nau geget pipi dina. Bam bam. Geram weh!

4. Suka makan makanan eksotik. Wakaka. Perut ikan ke, perut lembu ke, aku baham semua. Mata ikan pun siap berebut rebut ngan tok laki. Wahaha. Selekeh kan?

5. Suka tgk drama melayu walo pun selalu di ejek tok laki. Sbb nya aku suka tgk baju yg dorang pakai, fesyen nya, rumah dorang, taman dorang. Aku punya suka lah!

6. Sangat addict dgn majalah. Janji beli, baca kemudian or bila2 pun takpe. Pastu simpan mcm harta karun. Masalahnya, lemari buku dan majalah sampai ke hari ni tak beli2 lg. Bertimbun timbun dah nu.

7. Sangat addict ngan henbeg dan kasut. Selalu kena sound ngan hubby. Marah2 syg katanya. Kih kih kih. So, nak mengelakkan yg mahal, kv slalu beli kat kedai bundle. Plg mahal pun 5 hengget jek. Tapi, dok bertimbun dalam bakul. Tak pakai2. Cita2 nak beli lemari utk henbeg pun belum kesampaian. Kena masukkan dlm wish list gak ni!

8. Sgt malas nak basuh baju, or jemur baju or gosok baju atau lipat atau simpan. Asal berkaitan ngan baju lah. Kalo kena basuh tgn, byk hari gak la dok berkepam baru nak basuh. Sungguh dasyat perangai ku ini. Jgn ikut yer wahai anak2 dara sekelian. Kdg2 MIL suka basuh tangan baju cucu2. Cucunya tu maknanya anak i lah uols! Hehe. Kalo meks, meks humban dlm mesin basuh sajork. Tak kuasa aku nak menyental bagai. Hohoho..sgt pemalas okeh.
Err...ni bukan tabiat pelik dah, tabiat buruk jadinya. Kikikiki

9. Malas nak pikir pasai duit ke harta benda ke (mcm byk sgt). Sbb dah ada tok laki yg tolong uruskan. So, sbg bini wa goyang kaki je lah,kan? Tak kuasa aku nak mikir kan semua. Barang kemas pun kena tanya dia kat mana dia simpan. Sbb dia selalu ubah kedudukan. Hah, tu tabiat pelik sang suami pulaks. Haha

10. Sgt penakut nak pandu kereta. Hanya boleh bawak kete kancil jer. Cakap degar2 kan, tapi hampeh. Err...motor pun tak reti bawak tau. Sungguh sedey, okeh! Bila pegang stereng jer, harus dup dap dup dap, gemuruh bagai. Malu kt budak!

11. Masak lah korang, org mintak 10, 11 aku kasik. Sgt la broken berbahasa inggeris. Memalukan okeh. Sungguh rendah diri. Dah i asal dr kg, skolah kg, takde pendedahan. Bila keje pun kt kg, gomen lak tu. Hancuss. Nak masuk kelas dewasa pun takdak kat sini. Kesian i kan?

Selesai.

So, malas nak tag sesapa lah. Boleh?


Err..korang rasa 11 yg kv senarai kan tu pelik ker? Lantak pi lah pelik ke tdk. Janji lps hutang. Ye adik manis?



ok, lps ni nak bayar hutang sapa tatau. Nanti i recall balik memori yg berkepam ni. Huhu.

Letih meks, uols!




9 ulasan:

kakLuna berkata...

betui la KV..aku pun cam ko...tau bwk kancil jek

Sya berkata...

KV jangan malas pakai baju udah le

Ungku Nor berkata...

dok kampung best aper..nak-nak kalo dapat sebijik cam kampung KV..sorrgaaaaa..hehehe

alia elena berkata...

me oso suka suasana kampung huhu..

Zareda Norman berkata...

KV

kita ada tabiat pelik yang sama.. suka makan sambil baca.. apa apa pun tak pe.. hehehhe

sempat lagi dia shopping tu.. hehehhe..

Mommy Lily berkata...

sama la kita kv... malas lipat baju. nasib baik ada mesin basuh. kalau tidak malas basuh baju...teruk terukk hahah

Tijah berkata...

ko mmg ske vincci ek? tijah juer begitu. huhuhu

Jasfyra berkata...

jawab tag ye??hehehe
kv saya dah jawab tag kv psl diaper bag tuh...
dan, ada tag menunggu kv kt blog saya..silakan jawab ye..hehehe
psl peknen

oren berkata...

aku yg baca pun, penat..

ekekekeke...