Isnin, 6 Oktober 2008

Raya episod 4 - Jalan2 cari makan

Pagi raya ke 2 takde program nak gi mana2. Tunggu tetamu je kat rumah sambil layan tv.
Alin hantar sms;

"Mek, kalo nak makan ek, sila dtg rumah i tau. Hik hik"

Kv pun takde benda nak buat, ajak hubby gi jalan2 rumah alin. Lps zuhur kami gerak.
Sesampai je kawasan rumah dia kami konfuse. Hik hik. Kami tak penah lg berkunjung ke rumah sewa dia. Dulu dia dok ngan mama. Tp khabarnya dia menyewa sebelah jek rumah mama.
Dah syak, ada satu rumah kaler kuning tu rumah dia. Tp takde org lak berlegar legar kt luar. Tp civicnya ada. Karang aku masuk, tertukar rumah lak. Mana lah tau, kut2 dia tumpang letak kete kt rumah tu. Tak ke haru. Call berkali kali tak angkat.

Lama menunggu, baru nampak kelibat dia n cik abang sayang nya dari rumah mami. Adoiii...tensyen aku. Ni open house ke hapa. Gelak sakan dia.

Katanya, bukan open house, rumah tertutup. Ajak kawan2 tertentu jek. Sbb nya, tensyen rumah sendiri tak siap2. Dah berangan angan tahun ni nak wat open house kat rmah sendiri. Tp belum ada rezeki. Takpe lah Lin, tahun depan, insyaallah kan.

Makanan best gak, nasik minyak dan nasik dagang. Jgak kek dan puding plus air segera. Wahaha..kelas mu Alin oii.

Danish n hubby makan bertambah tambah. Lagi kami jek yg ada. Dina biasa lah, meneroka rumah org sampai ke dapur nu. Minah ni, wat malu mama je tau!


Hubby tgh menjamu selera di samping dina mengendeng nak nasik abangnya (danish terlindung dek abah)


Tuan rumah (suami alin). Sambil borak2 sambil menjawab call.


Dina malu2 kucing nak terima duit raya dari kawan syamsul (tuan rumah). Hihi





Bila dah kenyang makan, kami pun beransur dulu dari rumah Alin. Ingat nak singgah rumah kamceng kv sorang lg. Tak jauh mana pun dari rumah Alin. Tp Sukma takde kt rumah la plk. Baik beraya rumah mertua.


So, terus menuju ke rumah abang angkat kami. Seb baik ada kt rumah. Borak punya borak punya borak. Hik hik..mcm bertahun tahun tak jumpa ni. Sabor je lah.



Dina tgh tgk patung itik. Layann...

Gembira tgk ikan dlm kolam. Huhu.



Danish lak sibuk suh wat satu kat rumah. Ye lah, ada fulus, mama buat lah. Aduhai anak anak ku!

Dah jam 5, kami pun mintak diri. Nak gi tempat lain pulak.

5 ulasan:

kakLuna berkata...

uish banyaknye siri pengembaraan Jejak Raya ko KV :)

KV berkata...

luna,
byk episod lg ni. Masak lah ko! Wahaha

Zareda Norman berkata...

KV
agak agak berapa episod lagi ni.. nak stand by kacang cap tangan ngan ayor kopi ni.. hehheheh

bat berkata...

meriahnya raya KV.. jalan merata2 yach...

nanonano berkata...

uitt...
padanla bertimbun wet raye..
kuat brjalan no??
sayep xley tggl umah lsg..
cane nk collect wet aye kat umah org?
huhu