Ahad, 19 Oktober 2008

PERANGAI BARU

Hari tu, kv ingat demam dina dah ok.

Tp tgh hari khamis tu, pengasuh dina call hubby bagitau yg demam dina tak kebah2. Terus perasaan aman tenteram jadi kalut.

Tak senang duduk kt ofis, kami mintak blk awal.

Sampai je kt rumah, dina masih tido. Pengasuh dia ckp, demam baru kebah. Tubuh pun dah sejuk. Bangun jek tido dia main elok jer. Tp tak boleh lambat ubat. Mesti tubuh dia kembali panas. Hubby try call Dr Razali. Dr ckp mebi sbb jab setahun tu. Kalu demam tak baik jugak, kena bawak dina gi klinik sbb takut demam musim ni. Kena bagi antibiotik.

Mlmnya, dlm jam 1.30 pg mmg kami panik sbb tubuh nya panas semacam. Tak pernah lg sepanas tu kalo dia demam pun. Tp alhamdulillah dia dpt tido. Cuma kami je la yg tak nyenyak sbb dok risau kut2 jadi benda lain. Kejang ke hapa kan.

Pagi tu awal2 lg bawak dia gi klinik. Doc ckp dia demam tu akibat serawan dah penuh dlm mulut dia. Kv tatau nama saintifik serawan tu apa. Doc ada ckp, tp lupa. Hiks. Senang nya, serawan ni sejenis kulat yg melekat di dinding ruang dlm tubuh. Kalo teruk sgt, kulat2 tu penuh dekat usus, dan makanan tak boleh di hadam oleh tubuh seseorang. Mmg bahaya jugak lah.

So, doc bagi antibiotik, ubat demam (tambah dos), vitamin yg di campur ubat dan gel berubat utk di sapu pada puting dan botol susu dia.

Alhamdulillah dgn izin Allah, lps makan ubat tu, demam beransur baik dan dlm masa 2 hari serawan tu hilang terus. Bibirnya pun dah merah2 mcm pakai lipstik. Dah tinggal kulit nipis. Hari ni dah ok. Mcm biasa. Syukur sgt2. Alhamdulillah.

Tapi kan, bila dah baik demam tu, ada lah perangai baru yg timbul. Setiap masa kerja nya menangis jer. Mcm kena dera! Dlm dok elok2 tu boleh dia menangis sampai kejung (hilang suara). Siap hempas badan, hentak kaki, meggelupur dan sebagainya. Aduhai anak, kalo besar2 aku dah babap dah budak ni. Nak tido bukan main susah. Mcm terseksa gitew!

Mula2 dia buat pernagai tu mmg kami panik gak. Tp kalo dpt turun main kt bawah, atau main air. Ok jer. Siap ketawa mengekek. Siap kejar ayam, main ikan, main basikal, main lori dan makan ais. Tapi kalo naik ke rumah, mesti meraung jer keje dia. Pastu asyik tutup buka tv je. Org lain plk yg tension.

Lps kami dah tau perangai baru dia tu, kami pun malas nak layan sgt. Dah tak panik dah. Pujuk2 pun tak makan saman. Biar lah dia. Menangis mcm kena dera, tapi takde air mata. Cemana tu?

Dina, dina.m Hmm..

8 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

hahaha..kelakar laa dina..klu mcm tu kena buat bilik dina kat tanah...baru dia tak nangis...
mcm ank k.bie jugak...nangis punya laa kuat....tp takde air mata setitik pun...saje nangis manja kami panggil..br 2 bulan dh pandai mintak dukung...

rina berkata...

mcm2kan pangai doang ni. mmg kadang2 bisa buat kita hilang sabar. cam minah kt umah tu pun... dh kena babap dah.. kurung dlm bilik pn dah. meraung tak tentu psl...

Zareda Norman berkata...

makin cerdik ek dina..

Alhamdullillah dah elok demamnya..

KV berkata...

kak bie,
asal boleh kejar ayam kucing, ok jek. Tp kita ni byk keje lain la plk. Hihi

rina,
mmg geram nak babap, tp mikirkan dia kecik benor, tahan hati jek. Huhu

kak zar,
a'a, makin cerdik. Byk auta.

Nik Ha berkata...

Risau sgt bilo anok deme panah gak dih.Alhamdulillah dah sihat. meme lps siya deme dorang nih ado 'pe'el come' sket. geram jgk dibuatnya tp bila ingat member br sihat sabaaar je la..he..he..tange tu meme nok cubit/babap lo lo doh :)

oren... berkata...

kata org, bila budak demam, tandanya nak berubah akal, atau dpt akal baru..

aku dok tgk gak benda2 tu kat anak2 aku, dan aku rasa, mmg ada betulnya..

nanonano berkata...

adeshh.
xsaket ke nangis parok gtu sume?
isk sian lak dina,

CuTeMiUt78 berkata...

salam kv, cian dina demam ya. Sib baik dah sembuh..alhamdulilah.. slalunya klu budak nangis cenggitu.. saja minta perhatian... tak pun satu perangai dia yg nak berubah bulan.. cam amirul gak ler.. lebih kurang je tu..