Ahad, 21 September 2008

WEEKEND

Pagi jumaat tu, awal2 lg bersiap nak gi bandar. Nak berebut parking katanya. MIL nak menyoping brg kedai dia ky mydin. Pukul 9.30 (hiks..awal ke tu?) dah full parking nya. Adoi...kena parking blkg pantai timur. Benci sbb tapak parking tu dorang buat tempat jualan borong ikan lps subuh. Baunya sungguh tak tahan. Mcm pasar basah lak.

Dekat mydin sementara menunggu hubby melayan mek dia shopping, kv ngan dina n danish pusing2 tgk barang. Beli songkok utk danish. Tak nak yg kosong, nak yg sulam. High taste lak dia. Tp gambar songkok takmo tempek lg sbb baju melayu dia blom siap. nanti kv tempek bersama. Lama gak kt mydin tu.

Pas tu gi pasar tgk2 lauk. Tp kv tak masuk dlm sbb selipar kv tu konfem licin. Tak nak lah tersembam dlm pasar ikan tu. Memula tu duduk dulu tgk org, tp dina boring lak. Terpaksa la bangun jalan2 pusing. Jumpa makcik jual ikan pari. Tertengok la ada hari ikan pari. Dah lama mengidam nak makan. Terus beli. Baik hati sungguh makcik tu. Dia bagi 1 ringgit je. Moga makcik terus murah rezeki.

Pastu hubby call ajak balik.

Sampai2 je kt rumah, anak buah call bagitau abg long kv dah tolong ambikkan petai kt tanah pusaka (milik kv skrg). So, dorang suh blk ambik. Bila tanya hubby nak ke tdk, hubby ckp kalo jual boleh simpan dlm tabung anak2. Tak pun wat bayar hasil. Atau pun kalo jeruk best jgk. Tp takde sapa pun kt rumah tu pandai menjeruk petai. Huhu...rindunya petai jeruk arwah mak.

Hubby ajak balik. Semangat betul dia. Kami tinggalkan dina ngan atuk dia. Bosan dok merengek nak tido. Baik dia tido kt rumah je. Lepa mata dia, berdesup kami naik kete. Wahaha...jahat betul.

Hubby park kete rumah kak M. Sbb dah nak masuk waktu solat jumaat. Kv jalan kaki je ke kilang masak kak M. Borak2 kt situ ssambil ambik kesempatan mengajak sepupu sepapat dtg rumah kv raya ni. Nanti kv wat en3 khas ajak kawan2 blog lak. Lambat lg nak raya kan. hihi

Pukul 2.30 kami kluar dr rumah akak. Pegi rumah abg tgh, pastu abng sulung, sepupu sepapat lg, terus melencong ke rumah mak saudara (kakak arwah mak). Kiranya ptg tu dah selesai menjemput sedara mara yg rapat sebelah kv. Alahamdulillah sbb dpt jumpa semua org yg kv nak jemput tu.

Singgah bandar pasir puteh jap sbb nak beli peluru pistol. Alah, yg merah2 tu, kalo kita tembak kluar api ngan bunyi sekali. Tak la merbahaya mana. Pistol mmg kalo musim raya, hangat di pasaran.

Balik rumah sampai jam 3.30 ptg. Dina baru bangun. Ahaha. Lama gak minah tu tido.

Rehat jap lbh kurang, masuk dapur. Antara menu yg best hari tu ialah:


Hati ikan pari bakar. Gambar setelah masak malas nak ambik. Bungkus dgn daun kunyit dan daun pisang. Wangi nya aduhaiiii...Before tu taruk garam kunyit. Kunyit tu tumbuk byk2. Best!!!


Pastu, goreng pedas udang ketok. Korang panggil udang ni apa yek. Mcm predator jek. Minggu lps kv dah suruh hubby beli masa kami gi kt pendaratan perahu kecil. Tp hubby takmo (nanti kv wat en3 pasal tu) sbb takut nak makan. Padahal mmg kami pernah makan pun. Tetiba lak dia gi beli masa dlm pasar siti khadijah tu. Rasanya mcm ketam. Sedap. Manis. Walla!!



Hari sabtu, kerja2 mendobi. Hubby lak tolong tukang angkat kayu utk wat trusses bangsal blkg rumah. Tunggu dina bangun tido baru nak kluar.


Nak solat zuhur baru dina bgn. So, pkl 1.50 tgh hari kami kluar. Seb baik cuaca mendung spjg hari. Misinya nak beli minyak tanah dan pelita. Wahaha..semangat nak raya ni. Kv pun ingat nak beli set buffet kaca tu. Ala, yg kecik tu je. Senang nak menghidang time raya.

Lps beli minyak tanah plan terus berubah. Wahaha. Singgah billion dulu. Saja nak tgk org.


Lalu bazaar depan billion. Mcm2 ada jual.



Pastu masuk dlm. Alamak, punya la ramai org sesak sungguh. Danish mintak beli kan dia wafer. Lapar lah tu.


Tu tgh syok makan.



Nampak tak leher baju dia yg gelebeh tu. Tension kv tgk. Semua baju dia jadi mcm tu. Salah mama dia lah, malas nak basuh pakai tgn. Bila basuh mesin herot petot abih semua. Huhu.. Masa mula2 dia pakai tak perasan, bila dh jln2 tu baru nampak gelebeh tu. Kena beli baju lain ni.


Dina masa kt billion.



Abih shopping kt billion, ingat nak terus gi pasaraya ten ten nak beli pelita punjut. Seringgit je satu. Murah sungguh. Tapi hubby ajak jalan2 kt kb mall dulu sbb masih awal. Blk rumah pun boring tatau nak buat apa. Layan je lah.

Memula sampai tu cari tiset untk ganti baju gelebeh danish tu. Segan kt org. Jumpa selai kaler merah. Terus gi toilet,tukar baju dia.


Tuu..baru kluar dari toilet lps tukar baju. Hihi


Ayya..nampaknya besar gak leher baju yg baru beli tu. Dah ambik saiz 4 pun. Tak boleh ambik saiz 5 sbb dia kurus sgt. Tp saiz 4 pun dh gelebeh. Ape kes. Mamat ni kurus sgt la.





Pastu pusing2 jalan2. Ramai gak org shopping keperluan raya. Err..tgk iklan kyros kebeb teringin lak nak berbuka puasa kt situ, tp awal sgt la. So tak jadi. Nanti2 lah. Byk hari g kan.


Dina happy jek. Asyik tepuk tgn.



Pastu pusing2 masuk pacific. Beli lg brg2. Terasa nak akan eskrem lak. Beli gak. Hihi.



Danish ngan dina dlm trolley. Kemain syok dorang.




Beli pelita baisa kt pacific sbb dah letih nak gi ten ten. Takpe, janji pelita.

Balik tu, 5.30 baru sampai. Lps solat asar, bersilat lak kt dpr. Masak ikan kerapu stim, goreng pedas ketam, bergedil daging, paru goreng. Arghh...penat.



p/s: Takziah utk keluarga sitilina atas pemergian tokpa menemui Penciptanya jam 3.33 am hari ini. Moga terus tabah. Doakan yg terbaik untuk arwah. Al fatihah.

14 ulasan:

cendawanintim berkata...

wahhhhhhh, jalan2 lagik yer..

Zareda Norman berkata...

wah shopping sakan ek.. kak zar wiken ni terperok kat rumah..

tengok udang ketok tu aduhai tak sbaar nak balik taiping.. kat sana ada udang tu dan udang lipan, rope memang tak come tapi rasanya aduhai.. manis

Ungku Nor berkata...

pernah makan udang lipan jer.
udang ketok tu memang ni la fes taim nengok.
ha ah laa..memang macam predator..hehehe

abanglong berkata...

salam...mekasih ! baru ari ni tau yg ikan pari ada hati yg besar camtu !!! hehehehe

n berkata...

satak - di labuan.
langoustine di england
crayfish di autralia dan nz.
family kepada lobster.

utk menjernihkan air perigi- letak pasir sungai layer bawah,(kulit kerang dan karangan laut alternative to kapur)dan layer batu sungai dan batu kerikil. diulangi dgn kulit karangan laut serta layers of batuan, pasir etc. air pasti jernih. kulit kerang dan karangan laut itu menjernihkan dan meneutralkan alkali dan acidity dalam air.kerang kulitnya kan kapur..

KV berkata...

cendawan,
bosan kt rumah. Jalan2 la kaedahnya.

kak zar,
takde shopping mana pun. Brg dapur jek.
kat taiping org panggil udang apa ye?

kak ungku,
ha! Kan kv dah kata mcm preator. Wahaha

abang long,
hati ikan pari takde lah besar mana kalo nak bandingkan dgn ikan yu.

n,
ooo...anak beranak lobster yer.
tq for da info pasal air tu.;)

AppleB berkata...

nama haiwan tu slipper prawn / lobster. selalu makan gak kat seafood restaurant tp mek tak minat ahhahahahahahaha

pB berkata...

jalae sakae ...

poso kor dok nie


hi hi hih

bat berkata...

amboi sakan no masak berbgai n jalan2 katanya.. meks nan ado lagih neh masak pun takat masa sahur n hari coti sajork..

green apple berkata...

memang mcm predator

Mak Su berkata...

hati ikan pari dan udang predator, wow! maksu tak pernah makan menda2 tu.

eh, meh amik awards kat blog kita... :)

KLMari berkata...

KLM pun first time gak tengok udang ketok tu...kalau dapat first time makan lagi best kan???? hehehehhe....

n berkata...

letak kulit shellfish dan karang banyak banyak. kutip tepi pantai la. bukan letak sekilo dua letak le seguni camtu satu layer. melembut kan air...

n berkata...

natural water filter cuma bigger scale