Rabu, 2 Julai 2008

ALAHAI TNB

Sapa2 pegawai tnb yg terbaca en3 kv ni sila ambik perhatian ya. Hihi

Tatau nk ckp apa dh, nk kata kawasan kv tu 'darat' sgt, tak le jgk. Tp, slalu takde karan. Nak2 waktu mlm. Asal hujan berangin skt, harus takde karan. Mcm astro plk jd nya. Tp kdg2 cuaca elok, sesenang hati gak dia takde karan. Huh!

Mmg ikut kan hati geram sgt. Minggu ni hanya satu mlm je yg bebas dr blackout. Mesti la kalo jam 8 mlm gitu, harus mula beronar. Mlm td dibantainya takde karan jam 1.30pg. Tgh sesedap tido, jadi lemas mcm terkambus gitu. Mmg kv phobia dgn suasana tu. Cepat2 hubby gagau henfon, nk kasi cahaya skt br senang nk capai torchlight kt mana.

Dan2 tu jgk dina meraung sakan. Adoyaiiiiii. Tensyen beb. Kita ni panas membahang, walo pun hati menggelegak geram, boleh gak bersabar. Tp budak kecik yg umur blom setahun apa la yg dia tahu. Suasana sunyi sepi tu jd kecoh dgn teriakan dina yg berpeluh peluh tu. Mmg tensyen gilerr.

Bila blackout, 4 bijik henfon dlm rumah tu automatik akan sms aduan ke talian 15454. Kdg2 rasa tk puas hati, hubby call plk. Tunggu 1-3 jam atau lbh baru ada karan. Boring tau!

Bila dh report, slalu nya depa akan sms suh berikan markah atas perkidmatan dorang. Gred 1-5. Tp hubby slalu balas 0. Sakit hati tau. Yer2, kv mmg tau perkhidmatan aduan dorang cekap, masalahnya servis karan tu yg tah apa2. Takde ke mekanisma lain dorang nak gunapakai. Sepanjang 6 tahun kv kawen ngan hubby (menghuni rumah tu ler), masalah ni tak pernah selesai. Asyik2 meletup transformer. Nak2 kalo hujan.

Tukar lah kabel yg besar yg boleh menampung kepadatan penduduk. Dah pengguna ramai, servis lah yg sepatutnya. Bukannya pengguna tak bayar bil pun. Sakit hati oii.

Ingat nak masukkan dlm paper, tp sampai ke hari ni pun tak tertuluis2 lg. Takpe lah, kv membebel dlm blog dulu lh.

Tensyen beb!

9 ulasan:

Alinlai berkata...

hmmm... itulah masalahnya kalau monopoli... sesuka hati diorang je nak buat apa. Kat sini kadang2 ada plak kes catuan bekalan... sejam dua plak tu tadak plak makluman ke apa ke... sabar je la

@in berkata...

KV buat la aduan kat TNB terdekat... tak leh la camtu kan.... bukan tak bayar bill....

Intan berkata...

Ishh teruk nya... Buat aduan la kv. Tak pun masuk je dlm paper. Cara macam tu je yg paling senang sekarang, baru diaorg cepat bertindak.

Kalau x bayar bil tu x pe lah jugak...dah la gaji Chairman TNB Mahal gilerrrr. Oppsss...kuar tajuk lerr pulak! :)

pB berkata...

SALAM

kak pB kopi paste doh entry KV ni dan kak pB doh emailkan pada soghe pengurus TNB di Kota Bharu.

Kito tunggu dae lihat jah lah gapo rima dio nok buat lepah nie ...

nanonano berkata...

hihihi..
g bg mark 0 tu lg,
derang skit ti kot..
tu mls nk settle mende ni..
:D

cendawanintim berkata...

seb baik ada blog kan..

Zareda Norman berkata...

rumah mertua kak zar pulak.. masalah air..

kalau ada kenduri kawin ker, musim raya ke.. mulalah air tak de.. kena buat kolah.. simpan air ebrbanyak..

Qaseh Bidadari berkata...

sila amik perhatian ye pegawai TNB!

KV berkata...

To all (terutama kak pb),
hihi.. seb baik ada blog kan, dpt gak meluah perasaan. Buat kak pb, Tq sbb susah payah bantu kv. Terharu beb!