Selasa, 6 Mei 2008

ARE YOU SMARTER THAN A 5TH GRADE

Sapa suka tgk program ni? Kv baru perasan ada program ni kat channel StarWorld. Menarik sungguh kv rasa. Tp, takat ni takde lg yg dh menang 1 juta. Plg best hanya 500k. Byk tu wei. Byk benda boleh beli kan. Tp peserta dia bukan org kita lah sbb bukan program kita. Ekeke

Bunyi nya senang je kan. Soalannya berkisar matapelajan gred 1 - gred 4. Pastu ada bebudak gred 5 (comel2 weh) yg bijak boleh membantu. Mmg seronok dan berdebar. Jugak kelakar.

Nampak senang tp mmg susah. Fuhh!!!!!

Bila tgk rancangan gini kan, teringat pasal danish. Punya lah malas nak buat keje skolah. ABC n 123 pun berterabur. Hari ni ingat, besok lupa terus. Satu hal plk sibuk nak recall. Nak menulis pun malas. La ni kv mmg jarang sgt 'layan' dia. Selalu MIL yg tolong2 tgk kan. Jgk Tok nyang (cik) dia. Baru je tulis seketui dua terus lari main lori lah, main basikal lah. Bengang je semua org dgn sikap dia.

Tu la pasai kv cukup kagum bila anak kwn2 pandai dan rajin membaca. Tp danish, huhu..sedih nak cakap tau! Org lain umur 5 tahun mcm dia byk benda dah boleh buat, siap boleh menulis lg.

Tatau la kan, sbb perkembangan budak2 ni tak sama. Tp kalo dekat skolah (recci ngan cikgu2 dia) dia ikut je arahan cikgu, suh menulis, suh mewarna. Tp kalo dekat rumah, mmg hampeh la.

Kv ingat yg kv dulu gi skolah tadika masa umur dah 6 tahun. Tp belum pun habih tadika kv dah boleh menulis, siap boleh buat ayat lagi tu (wah, sila kagum). Tp rasanya, bukan sbb cikgu pandai mengajar kut, tp mmg bakat semulajadi. Sbb dlm ingatan kv, masa tu takde lah cikgu tadika ni mengajar mcm pesen skrg kan.

Masih ada lagi tulisan kv masa tadika kt dinding dapur arwah mak. Ayat yg kv tulis "emak ada rumah, ini rumah emak". Wakaka. Nak tau tulis dgn apa? Maskara arwah kak N kv pulun. Masa tu, tatau pun menda alah tu maskara. Fuh.. kenangan sungguh! (sedih n sayu plk rasanya). Marah sungguh kak N kt kv masa tu. Habih maskara dia rosak.

Bila borak ngan sorang kamceng kv (ex utm) pasal akedemik anak2 ni (dia pensyarah poly), dia pun bermasalah mcm kv jgk dgn anak2 dia. Wuhu...kita serupa kaedahnya. Ada satu hari tu dia risau tahap gaban sampai mau menangis katanya, sbb sepupu anak dia (anak buah suami dia) sama umur ngan anak dia, siap boleh mengeja, membaca dan menulis. Tension beb!

Masa dok meroyan tu, suami dia ckp, 'alah, yg dok sibuk nok risau tu bakpo. Kalu pun dia pandai sekali pun, dia kena tunggu anak kita jgk. Bukannya dia (sepupu anak dia) boleh terus jadi Perdana Menteri'

Gelak sakan kv dengar ayat suami dia tu. Wahahaha. Lps tu dia pun cool, kv pun cool sama. Alah, bebudak tu kecik lg kan. tatau lg cemana. Just guide je mereka.

Tu lah, hubby pun ada ckp, yg kami ni tak boleh nak mengharapkan akedemik je utk anak2 ni. Mana lah tau kut2 takde rezeki dlm akedemik kan, kena lah cari kaedah lain utk teruskan kelangsungan hidup. So, kena kerja keras lah utk anak2 kan. Maybe bukak perniagaan ke, apa ke. Tp dlm angan2 lah. Bukannya dah jadi pun. Ekeke.

Harapnya yang terbaik lah untuk anak2 kita kan.;)

14 ulasan:

AppleB berkata...

mek suka nengok rancangan tuh..tp selalu gak miss hohhoohhooh.

alah toksah dok risau la pasal tu. ada jenis budak kat skolah dia belajar bebetul kat umah dia main je. rilek aa.

Ijah @ Fariza berkata...

Rasanya danish nie sebaya ngan Fahmi. Sama lah ngan Fahmi, ade jugak beberapa huruf yang dia tak kenal lagi. Tapi klu takat menulis tu alhamdullilah semua huruf dia dah boleh tulis sendiri.....

Saya penah tanye kakak saya anak dia yang sekarang ade kat MRSM dulu mula2 pandai baca bila? dia cakap Darjah 1 baru pandai baca....so maknanya tak semestinya klu 4 tahun dah pandai baca akhirnya akan berjaya..kan..dari sejak tu saya tak dehlah risau sangat....

saya klu nak ajar dia pun ikut mood dia gak, klu mood tak berapa nak baik, jgnlah ajar sebab ape pun dia takkan ingat.....

KV berkata...

appleb,
yo lah, rilek aaa. Tp hati aku risau gak.

ijah,
setiap org tak sama kan? hehe

hanisumayyah berkata...

KV...

Hani, anak saya sebaya Danish kan? 5/6/08 ni dia genap 5 tahun. 3 bulan pertama dia sekolah kat mak tiri dia TADIKA PASTI takde perkembangan dan saya pun tak tau perkembangan dia sebab pergi takde bawak apa2 balik pun sama buku semua kat sekolah.

Tapi start bulan 4 saya bawak pindah dia ke Seremban sekolah tadika swasta. Mengejutkan 2 minggu jer dia dah boleh baca...warna dah kenal bilang malayu/inggeris dan pandai...

rasanya sekolah mainkan peranan penting. Banyak benda kat sekolah dia akan pandai sebab Cikgu cakap dia dengar.

TAPI kat rumah nak suh buat kerja sekolah memanglah menguji kesabaran sungguh. banyak main dari buat kerja. Kalau KV memang tak laratlah saya rasa tapi sebab saya takde suami kat rumah dan takde anak/komitmen lain so saya memang kena tumpukan 150% kat dia masa buat kerja kalau tak memanglah dia asyik dok main jer masa buat kerja sek tu..nak suh mengadap buku 5 minit pun susah.

satu lagi pasal kaedah dan buku yg dia guna tu...tu banyak bantu, mengaji pun hani dah pandai cuma sekarang nak masuk (baca) pakai baris2 tu..rasanya sebulan dua pandailah tuu..memang mengejutkan tau KV.

Buku mengaji dia pakai Qira'ati, rasanya kaedah ni lebih senang dapat banding Iqra', dan buku bacaan pakai 'cahayaku', kalau kat kedai buku 'bacalah sayang' tu rasanya pun bagus jugak.

Apapun, saya masa banyak habis malam2 ajar dia... sambil2 gurau2 supaya dia happy..mood budak2 baya ni memang nak main jer taunya...belajar tu buat macam main2..tapi tulah saya tau KV sibuk dengan Dina semua bagai yg KV nak buat kan...saya ni almaklumlah giliran weekday semalam jer...so 4 malam mengadap hani lah...

panjang sangat dah sorry lah yer..ter excited pulak nak share pengalaman mengajar hani

Kaklong Syikin berkata...

salam kv,

jgn stress ok kalau anak kita tak pandai baca lagi cam anak org lain seawal 4 thun. jgn paksa dia..bagi dia seronok belajar mengikut perkembangannya sendiri.

anak sulung akak mmg pandai baca masa 4 thun lebih. tp anak kedua pandai masa 6 tahun..tapi akak risau pun bila yg no. 2 tu lmbt baca..lain anak, lain perkembangannya. yg penting skrg, kita ajar dia yg asas dulu..kecuali kalau dia minat..mmg cepat dia dpt terutama bab pandai membaca tu.

setuju juga ngan hani, tadika pun mainkan peranan dlm proses perkembangan pelajaran anak2 kita..

Kaklong Syikin berkata...

eh, patutnya akak tulis "akak tak risau pun" bkn "akak risau" hehe sori. buat org salah faham plak

cendawanintim berkata...

lor, lom pernah nengok rancangan nih...harus ditonton nih..

Mommy Lily berkata...

bila ek rancangan tu? tadik kawan2 kt ofis pon sibuk dok bercerite..

takpe nanti danish akan jadi budak bijak kv

Oren... berkata...

sama ngan mira..kalo bukak iqra, aku rasa dia semangat baca 1-2 baris jek..pastu, mcm2 alasan..sakit perut, ngantuk, penat..tp kalo kat skolah dan nurseri, depa mmg ikut cakap cikgu/ummi depa..

bebudak zaman la...

so, tak yah risau..guide depa pelan2..

KV berkata...

mama hani,
tq sbb syer benda yg berguna ni kt kv. Ye lah, sambil main dgn adik dia kv try gak ajar dia. Mcm2 pesen. Menyanyi la, apa la. Nak suh dia mudah tangkap. Kalo mengaji tu mmg moyang dan MIL yg guide dia. Tp kv perasan, dia lbh cepat ingat (tp belum mengenal) kalo mengaji. Budak2 lain tgh mengaji tp dia dah boleh baca ayat2 yg selepas tu. Tp kalo nak suruh dia mengadap moyang mengaji mmg susah la. So, sambil dok main2 tu moyang dia ajar dia.
Tp bab sekolah ni mmg kv rasa terkilan jgk. Kawasan rumah kv tu (kampung kan) tkde pun tadika swasta. Dah la kv keje jauh sgt dr rumah, so MIL terpaksa uruskan dia hantar dan ambik dr skolah. Ingat tahun depan nak try mintak prasekolah pulak. Tatau la dpt ke tak. TQ yer!;)

kak long,
tu lah kan, seklai fikir tension jgk. Tp takmo la stess sgt. Ekeke. TQ kak long!

oren,
ekeke. Ko senasib ngan aku lah. Tatau nak tarik minat dia cemana. Huhu

KV berkata...

cendawan,
harus tonton tau. Mcm nak pengsan kenaling. Ehehe

mommy lily,
hari isnin malam tapi kv tak ingat dah mula jam berapa. Ekeke

Aku Bukan Bidadari berkata...

soklan mcm susah2 ...hihihi

KV berkata...

tiara,
nampak senang tp bapak susah, kan?

wan berkata...

jgn sedih kv. ada hikmah tu.

ada satu cerita. pompuan ni ada 3 anak dan anak last dia dungu sgt. selalu dibentak2 je anak tu. dan yg pandai dipuji2. tapi last2 sekali yg dungu tu hikmahnya ialah dia yg menjaga ibu bila dah tua. sbb dia tak keje bagus kan. yg pandai2 semua kaya dan buat hal masing2.

wan tak pressure anak pun lepas dari tu. cuma doakan yg terbaik aje utk dia.