Khamis, 27 Mac 2008

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Pagi kemarin kv terima call dr Kak K. Dia mintak kv balik tolong setel kn geran2 tanah arwah mak. Dorang tak reti nk kira keluasan tanah yg terdapat dlm geran tu.

Hehe..masalah sebenarnya sbb kami tak pernah ambik pusing perihal tanah arwah ayah. Actually, tanah ayah bersama mak tp dorang daftar kan atas nama ayah. Bila ayah meninggal, kami sepakat tukar kpd nama mak. Malas nak kecoh2.

Tp bila mak dh takde benda tu semua kena setel kn. Lg pun kakak kv Kak N dah uzur sgt kan. Mana lh tau apa2 jadi nanti. Kena lh beringat. Apa2 hal. Lambat atau cepat benda ni kena setel kn jgk.

Hanya abg kv yg sulung tau kt mana lokasi tanah2 tu. Yg lain2 mmg fail lh. Taktau kt mana pn. Kv dan kak M lah yg teruk (kami kan yg plg bongsu). Huhu..haru betul. Dah sampai masa gini kena masing2 ambik tahu kan.

So, tak nak pening depan DO nanti (before gi notiskan tanah2 tu) kami kena putuskan dulu hak masing2. Oh ya, abg2 dan kakak2 semua berbincang semua tu akan di bahagikan sama rata (lebih kurang) antara lelaki dan perempuan. Kv tak kisah sebenarnya kalo abg2 nk ikut hukum (faraid) pun. Dah hak dorang kan. Tp abg2 semua ckp dorang nk bahgikan sama rata. Terpulang lah.

Kak K tanya kv nak area mana. Tp kv tatau nak pilih lah. Terpulang pd dorang sbb kv rasa dorang bahagi2 kan tu dh mmg adil. Terlebih terkurang tu nak buat macamana kan. Sbb walo pun ada yg dpt luas tapi kurang bernilai dan sebaliknya. Tp kv rasa mmg dah elok lah apa yg dorang buat tu.

Last2 kak K cadangkan kv ambik satu lot kebun. Best oo kt situ ada sungai. Kekeke. Dan satu lagi lot tepi highway. Kv tak kisah. Kalo diberi kan tempat lain pun kv bukannya reti nak uruskan. Tak kisah lah mana2 pun kan. Asalkan semua org hepi dan tak berkecil hati.

Kv 8 bradik uols. Dah meninggal sorang (abg). So tinggal 7. Dah yatim piatu gini kan takmo lah gaduh adik beradik. Harapnya, perbincangan awal ni boleh mengelakkan rasa tk puas hati antara satu sama lain.

Alhamdulillah setakat ni masih ada persepakatan antara kami. Org kata muafakat membawa berkat. Insyaallah.

25 ulasan:

Mak Su berkata...

ya betul tu, apa-apa pun bawak berunding

kirana berkata...

wah dpt tanah yer kv..best2..investment tu
hal2 tanah harta pusaka ni..kalo tak berunding leh bermasam muka jadinya

Zareda berkata...

eloklah berunding, pasal harta benda, adik beradik boleh bergaduh kan..

harta pusaka kalau tak diuruskan, berdosa tau..

KV berkata...

maksu,
harapnya masing2 dapat mengawal nafsu tamak haloba lah kan. Mintak selisih lah. Takmo bergaduh adik beradik.

ana,
pusaka dr arwah mak dan ayah. Sebagai kenangan dari dorang. Kalo pergi ke kebun yg kv ckp ada sungai tu mmg rasanya mcm2 kenangan manis ada kt situ. Ergghh.. air mata akak bergenang la pulok.;(

KV berkata...

kak zar,
tu lah kan, kv bersyukur sgt2 sbb di saat mak dan ayah dah takde, kami2 semua mampu ambik kata sepakat.
Ye lah, semua org ckp baik uruskan cepat2. Lg pun abg kv yg sulung dan kakak yg sakit tu dok dlm tanah pusaka. Dorang lh yg mintak percepatkan. Tak baik kan sbb hak semua org.

Oren... berkata...

aha...

tanah kebun pun orait gak..bleh berkelah hari2..ada sungai plak tu...bleh buat eco-resort tuh...

HAPPYIRFA berkata...

salam kv..
kalau bagi reta pusaka ni biar betul2 nanti ter'makan' harta yg bukan hak kita.kat opis irfa dulu ada panggil wakil dr amanah raya.
dia yg cakap byk tanah ni kg baru kl tu x dapat di cari siapa pewaris sbb ramai sgt pewarisnya.
sayang tanah2 tu x dapat di
manfaatkan.abg yg meninggal tu ada anak tak?mereka pun ada hak kan kalau x silap..

KV berkata...

oren,
aku suka benornya kt situ sbb ada pokok buah - buahan dan sungai. Nanti boleh bawak anak2 aku mandi sungai. Ekekek
Tp kalo ada yg lain nak kt situ terpulang lh pada dorang kan.

KV berkata...

irfa,
abg kv yg meninggal tu blum kawin. So takdak anak. Cuma mcm ada hasrat mak nak upah buat haji utk dia. Duit tabung haji mak, kami akan uruskan (abg kv yg sorang lg penama). Before mak skt mmg dia nak pegi buat haji utk arwah abg kv tu. Tetiba nama dia tak tersenarai. Frust sungguh dia. Rupa2 nya dia sakit teruk lps tu. Masa haji 2007, mak kv dlm wad. Allah jadikan setiap perkara tu ada sebab kan.

Aku Bukan Bidadari berkata...

seronok tgk adik bradik tak berebut2 harta..semoga bahagia dunia dan akhirat..

KV berkata...

tiara,
risau jgk sebenarnya. Tp alhamdulillah takat ni semua mcm sepakat.

mhkg berkata...

alhamdulillah KV kena sepakat bab2 neh..

AppleB berkata...

sukurlah sepakat semuanya

Yatie berkata...

KV, karang kalau ko dpt tanah kebun yg dekat ngan sungai tuh .. aku dtg umah ko ye .. bleh aa lepak2 tepi sungai, berkelah2 and makan2 gitu .. argghhh .. rindu nak mandi sungai :p

sya berkata...

aha benda2 mcm ni kena settlekan sebaik mungkin ..

Kalau ke KB boleh le bercanda di sungai KV?

@in berkata...

bertuah adik beradik ramai dan muafakat. susah nak carik. mak n ayah saya pun sibuk suh tukar nama tanah kat felda tu. adik beradik 2 org. pompuan lak tu. kalo ada lelaki senang kan. cam kv ada abang.

cendawanintim berkata...

Wah..dapat aset tuh..Alhamdulillah..

Yer, sepakat membawa berkat, jangan gaduh2 hal2 harta pusaka nih, bincang elok2...

green apple berkata...

bagusla takde gaduh-gaduh.
kengkadang heran gak ngan certain people, yo yo an gaduhkan harta yang bukan sendiri usahakan. tau nak ambik hasil je.

Sastri berkata...

eloklah macam tu... tak berbaloi bergaduh adik-beradik sebab harta kan?

mama ranggie berkata...

al-hamdulilah...

ado gak ghoto nak di kongsi...

cam family mama ni mano ado ghoto,somo cari sendiri...

:)

Mommy Lily berkata...

baguskan berpakat2 cam ni...tk nak gaduh2 kan, tk baik...

WanHidayat berkata...

benarlah...bawa berunding sesama adik beradik...jgn bertelagah ttng harta pusaka...nnti sedih roh di sana....

nanonano berkata...

ewahhh..
bley jd broker tanah la pasni..
hihi :p

ok la tu..ade kesepakatan same2 beradik,
bahye klu fikir2 psl harta/tanah2 pusaka ni..
tmbah2 klu adek bradek ramai..
mak ayah ada lg tp dah nmpak nk brebut itu ini..
hummm...

NBK466 berkata...

Alhamdulillah....apa project utk diusahakan?

Ungku Nor berkata...

bagus betul adik-beradik KV.
harap-harap sampai bebila la kuatnya muafakat yang terjalin.
Amin.