Ahad, 10 Februari 2008

TUHAN MENGUJI

Mak kv tak berjaya dlm pembedahan kamera. Masa doktor pakar panggil waris mak selepas buat benda alah tu, hanya kv dan hubby yg ada kat bilik x ray. So, kv yg masuk jumpa pakar tu.

Doktor cerita detail pasal sakit mak. Dia pun ckp, nasib baik mak tak jadi di bedah (minggu lps) sbb berisiko tinggi. Ceritanya, setiap saluran dlm tubuh mak dah membengkak. Proses nak buat by pass kat saluran hempedu gagal sbb kamera tak sampai pun kat point tu sbb dah tersekat dr atas lg. Doktor ckp, dlm perubatan pun ada limit jgk. Dorang terpaksa stop sbb bila kamera sentuh jer, usus mak dah berdarah. Kalau paksa lg, may be pendarahan teruk dan membahayakan nyawa. Penyelesaiannya, mungkin kena 'tebuk' kut sisi perut atau rusuk utk ke saluran hempedu tu. Tp tatau lg bila nak buat.

Lps jalani proses tu mak sakit dada. Keletihan yg amat. Masa kv sudukan air pun boleh dia tertidur. Mmg dia terlampau letih. Ok, stop pasal cerita mak.

Sambung cerita kakak kv yg kat husm tu.

Sehari sebelum mak melakukan pembedahan kamera tu, kakak kv dah boleh discaj. On d way ke kereta (menaiki wheel chair), kakak kv kekejangan mcm kena sawan. Kekejangan yg teruk sekali (ini yg dah kali ke tiga). Terkancing (ada bahasa lain tak?) lidah sampai berdarah teruk. Berkejaran ke ER.

Dr jam 6ptg sampai 1pg baru keadaan dia pulih. 3 kali injek ubat apa ntah, baru reda. Doktor yg merawat suruh kami bawak balik. Katanya rawatan utk barah kakak kv dah selesai. Mmg shock bila diberitahu mcm tu. Macamana kami nak bawa balik dgn keadaan dia mcm tu. Apa yg boleh kami buat dekat rumah?

Kak M jumpa setiap doktor kat ER, semua tak berapa nak layan. Last2 turun doktor pakar, kak M mintak transfer kan kakak kv ke HKB. Senang dua2 kat HKB. Takde lah kami terkejar kejar ke hulu dan hilir. Doktor tanya kenapa nak transfer kan ke HKB, kak M terangkan yg mak kami pun tenat kat HKB. Doktor termenung pjg. Last2 doktor tk benar kan transfer ke sana. Sbb bila dah transfer ke sana HKB perlu buat semua prosedur rawatan dr awal. So, dia suh masuk wad 7.

Besok nya kv ke HUSM jenguk kakak (lps mak sudah kat bilik x ray). Kesian tgk keadaan dia. Hubby tak sanggup dok kat situ. Mcm2 alasan dia. Last2 kv suh dia tunggu kat luar. Kv urut dan lap kan dia air. Dia mintak nak makan buah prub. Bergegas anak sulung dia turun beli.

Cuti CNY (besoknya) kv jaga mak kat wad. Kak K crita yg kakak kv tu meracau racau mcm org hilang ingatan. (suami kakak kv ada call bagitau). Sedih kami rasa. Memikirkan anak2 dia yg masih kecil. Entah lah, kabur sungguh! Kuman kanser dah menyerang otak. Sentakan kuat masa dia kekejangan tu menyebabkan benda tu terjadi. Tp masa kv sampai ptg khamis tu kakak kv dah kenal semua org. Tp nampak mcm dia tak selesa. Anak sulung dia selalu sapu kan air yg kami buat solat hajat. Nampak tenang skt.

Entah lah, kami pun dah buntu. Doktor nak scan otak dia. Nak tau kat mana ada saluran tersumbat ke apa. Tp proses masih belum berjaya sbb kakak kv tak beri kerjasama (dia masih lupa2).

Maaf lah buat kawan2 blog. En3 kv selalu pasal keluarga. Hanya kat blog tempat kv meluah perasaan.;(

Tuhan menguji, takkan berhenti. Hanya ku pinta, berilah kami kekuatan fizikal dan mental. Amin ya rabbal alamin.

25 ulasan:

Alinlai berkata...

:( hmmm dugaan belaka... sabar ye KV

Kak Lady berkata...

KV...berat sungguk dugaan yang diberi Allah pada KV sekeluarga. Org kata...berat mata memandang...berat lagi yang memikul...kita faham perasaa KV...tapi kita cuma dpt memberikan semangat agar KV akan lebih tabah...

Sabar ye KV...*Hugs*

viruspadu berkata...

berat dugaan utk keluarga kv

sedih sy

sampai x tahu apa yg perlu sy komen tuk meredakan perasaan kv dikala ini

insyaAllah dugaan yg maha hebat ini dpt dilalui oleh kv sekeluarga

yusztiey berkata...

moga kv n smua ahli kluarga tabah menghadapi ujian ini.. kami doakan mak n kakak kv akan sembuh cam sedia kala..amin ya rabbb

bat berkata...

stay cool dear tabahkan hati mintak doa bebanyak tuk kekuatan sumer keluarga..

Zareda berkata...

KV
Sabar.. sabar.. sabar..

itu aje yang mampu kak zar ucapkan..

mama ranggie berkata...

salam ziarah...

semoga edua insan kesayangan kv akan sembuh sedia kala...

Sastri berkata...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... kesian juga membaca keadaan kakak dan emak KV... semoga KV dan keluarga terus tabah dan kuat semangat dalam menjaga keduanya...

nasazfrog... berkata...

kak kv sabar yer hope mak n kakak kv cepat pulih... take care ok.

pB berkata...

Just nak infd ....

mak KV meninggal dunia pada 11/2/2008 jam 1210 tengah hari tadi.


al fatihah

moga roh mok kv dimasukkan kedlm golongan orang orang yang beriman

moga segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar

amin

Oren... berkata...

insyaAllah..kv kuat semangat punya..aku doa dari jauh nih..

Mommy Lily berkata...

byk bersabar KV...

kakak tak cuba makan herba LINGZHI ke? herba ni mahal sikit tp denagrnya ada kesan bagus utk kanser...sekadar memberi pendapat..cuba tany2 org gak

WanHidayat berkata...

akak....bersabar atas apa yang sedang berlaku ini....sy sungguh terharu dan bersimpati....sedih sgt....tapi begitu bentuk ujian yang telah dijanjikan oleh Allah buat akak sekeluarga...agar akak terus tabah dan sabar dengan ujian ini....doa sy agar semuanya akan berada dalam keadaan seperti sedia kala....~amin~

mama ranggie berkata...

takziah buat keluarga kv...

semoga tabah...

dan semoga roh ibu akak di cucuri rahmat...

Zareda berkata...

KV
Sabar berbanyak.. redha dengan ketentuan Allah SWT ya dik.

Alfatihah buat ibu KV dan takziah buat seluruh keluarga KV.

Semoga roh ibu KV dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman. Insyaallah

wan berkata...

Banyakkan bersabar dan beristighfar yek KV. Moga roh ibu KV ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al Fatihah.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Saya baru terbaca di blog PB tadi.

Saya ucapkan takziah buat KV sekeluarga. Semoga Allah memberi kekuatan kepada KV sekaluarga.

Semoga roh emak KV dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman.

NBK466 berkata...

Tak pasti jika ada kata2 yg boleh den tuliskan utk sedikit sebanyak mengurangkan keperitan dugaan ini.. hanya doa yg dpt den sisipkan.

Sastri berkata...

KV, takziah atas pemergian bonda tercinta... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman... harap KV dan keluarga dapat bersabar dengan dugaan ini... Al-Fatihah...

Siti berkata...

KV...setiap ujian ada hikmahnya, sabar dan redha jalan keluar. Salam takziah buat KV sekeluarga...al fatiha..

nanonano berkata...

harap kak kV tabah dgn satu persatu dugaan yg DIA berikan,
insyaAllah,
dengan doa kwn2 semua,
semuanya akan kembali pulih,
sabar eh kak, :)

Mak Su berkata...

mak su singgah di sini, membaca luahan mu

happyirfa berkata...

SALAM KV..
TAHZIAH buat kv sekeluarga.kami yg membaca tak dpt membantu apapun kecuali berdoa semoga kv tabah.jgn malu meluahkan perasaan kv di blog.sabar yer..

suara mu ceria di telefon.tabahnya awak.risau takut salah org sbb nama sbnr tak tahu..sib baik betul orgnya..

pjoe berkata...

kak...
takziah...

:(

kasutVincci berkata...

terima kasih atas semua doa dan kata2 semangat. Terharu sungguh!