Khamis, 14 Februari 2008

KELAM KABUT

Hmm..mcm en3 yg sebelum. Tuhan menguji, takkan berhenti.

Selepas pemergian mak, tumpuan kami kami beralih pd kakak. Menjaga kakak membuat hati tak keruan. Berbanding dgn mak, rasanya menjaga mak lebih senang. Mak kv, semasa hidup nya seorang yg garang dgn anak2. Bercakap dgn nya perlu berhati hati agar tiada salah faham. Takde senda gurau. Semuanya serius. Tp bila dia sakit, perangai nya terus berubah. Mesra dan boleh bergurau. Hanya dok diam, cuma bersungut lenguh2. Takde apa yg pelik bagi kami. Cuma picit2kan badan dia dan uruskan berak kencing nya. Perasaan kami rasanya boleh dikawal. Takde istilah penat bagi kami. Asal boleh berbakti pd mak.

Tp kakak kv, sakitnya lain pulak. Dulu nya seorang yg periang dan cergas. Dlm sakit2 pun mmg dia ceria. Tp kini, sakitnya membuat kan kami rasa sedih dan sayu. Dlm satu hari entah berapa kali dia kekejangan. Kami dah biasa dgn keadaan dia. Tp walo pun biasa, mmg rasa macam tercekik leher. Nak menelan liur pun rasa tersekat. Kena ready kan towel kecik utk elakkan dia terkacip lidah.

Kesian sungguh melihat dia kekejangan. Setiap kali berlaku, air mata kv tak dpt di tahan. Masa tu, kv selalu berdoa supaya Tuhan ambil nyawa dia sbb terlalu seksa dia utk melepasi kekejangan itu. Boleh ke kv mintak mcm tu? Kami ajar dia mengucap, baca ayat kursi dan berselawat.

Tak sanggup melihat, namun terpaksa menghadapi. Kdg2 dia lupa. Dia pandang kami mcm org dia tak pernah kenal. Entah lah, kami pun tatau mcm mana nak berubat kan dia. Doktor just bagi ubat utk saraf. Tp bila makan, keadaan dia mcm overdose ubat. DIa akan khayal dan mcm hilang ingatan.

Bila kekejangan, kami hanya mampu picit2 kan dia dan lapkan air. Urutkan kepala dan kening. Hanya itu yg mampu kami buat. Lps kekejangan, dia akan tertido keletihan. Kena suapkan air sbb tekak dia kering. Lps tu dia terus lembik.

Kelmarin jgk, dlm dok kalut2 buat persiapan utk majlis tahlil dan uruskan kakak, kami terima berita anak buah abg ipar kami meninggal dunia. Dia sakit kanser paru2. Sekejapan itu, terima plk call dr abg kv bagitau bapa mertua nya juga baru meninggal sbb sakit gout. Dah lama dia menderita. Moga roh mereka ditempat kan bersama sama org2 yg beriman. Mmg kelmarin kami kelam kabut fizikal dan mental.

Tuhan menguji, takkan berhenti. Semoga kami kuat sbb kami tahu, Allah menguji kesabaran dan kewarasan hambaNYA. Insyaallah.

12 ulasan:

Mummy Rizq berkata...

baru terbaca pasal arwah mak KV.. alfatihah untuk dia. semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...

untuk KV dan kelurga semoga tabah menghadapi segala dugaan Tuhan...

aNIe berkata...

KV...memang bila menjaga org yang sakit...tahap kesabaran kita kene tinggi...begitu juga dengan semangat & sokongan yang patut kita berikan pada dia...yg paling susah ialah...bila mereka kesakitan kita tak tau camaner nak membantu...betul2 menguji kita...

Semoga segalanya dipermudahkan Allah buat KV & keluarga kakak kv

AppleB berkata...

banyak2lah bersabar dan moga korang tabah menghadapi segalanya.

Qaseh Bidadari berkata...

semoga tabah dan bersabarlah...

al-fatihah...

allah tu maha penyanyang...

oren berkata...

sabaq byk2 ek..

Mak Su berkata...

perkara2 yang menduga ni kadang2 datang bertimpa2, oleh itu, relax dan terimalah dengan tabah.. apa-apa pun; memang benar. uols sebenarnya semuanya kuat, continue be strong

Mommy Lyna berkata...

baru kesempatan baca n3 kak kv ni..

sy terkenang mak saya nanti macamana dia kalo dia sakit2 ke.. kami adik beradik duk jauh2...

smg ruh mereka ditempatkan di kalangan yg dikasihi Allah ameen.

Zareda Norman berkata...

KV
Jaga orang sakit memang kena sabar. Masa kak zar sakit dulu meragam jugak.. menangis, merajuk, buat perangai tapi mak kak zar sabar jer layan kerenah kak zar..

Mommy Lily berkata...

salam takziah KV...baru dpt tahu...nmpaknya kv ni tabah orgnya...byk bersabar ye....alfatihah utk arwah

Kaklong Syikin berkata...

salam,

takziah utk kv dan keluarga. Al fatihah. insyaAllah, dia menghidu haruman taman2 syurga di alam barzakh. kita sama2 doakan ya.

utk kakak kv, moga dia kuat melawan penyakit kansernya tu. kesian fikirkan anak2 dia masih kecil lagi (betul ke?)

p.s. ni baru ada can jalan2 blog kawan

KV berkata...

mar,
terima kasih atas doa.

kak lady,
semoga Allah swt permudahkan segalanya buat kami.

apple,
TQ

oren,
insyaallah kami terus sabar. Sori sbb tak sempat nk entertain oren masa kt kb.;(

mama,
allah itu maha penyayang.

maksu,
moga strong sokmo ye maksu. Terima kasih atas doa.;)

lina,
insyaallah akan dipermudahkan nnti. DIA takkan menguji kalo kita tdk mampu menghadapi. Akak sentiasa berpegang kpd kata2 itu.;)

kak zar,
kakak kv ni dah mcm org yg berhalusinasi. Bercakap ngan dia mcm ckp ngan baby. Kena pujuk2 sokmo. Insyaallah kami takkan jemu.

mommy lily,
TQ.;)

kak long,
anak2 dia walo pun tak kecik sgt tp masih bersekolah. Tu yg kv sedih mikirkan masa depan dorang.

- tety - berkata...

Al-Fatihah utk kv & family. Byk betul dugaan... berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya... smoga kv semakin tabah. take care .kv