Ahad, 27 Januari 2008

ENTRY YG TERTINGGAL

Ayark... ntah mcm mana kv terlupa satu benda penting dlm hidup kv. Cemana boleh lupa???? Aduh...

Pd 21 januari lps, anak teruna kv dah genap usia 5 tahun. Huhu..sori abe, mama terlupa. Lewat 2 hari baru teringat. Tu pun masa kat pkt bila terpandang btk hadiah2 dan cenderahati. Punya la teruk kv rasa. Masa kv ucap selamat hari lahir kat dia, tersengih sengih je. Malu sih. Hik hik

Tak beli kek apa pun. Last2 beli yogurt cheese cake kat resepi rahsia utk dia. Tu pun satu potong jek. Punya la kedekut tahi idung masin mama ngan abah dia. Haha. Hadiah tatau nak beli apa. Tgk la nanti.

Utk danish, mama n abah serta adik dina nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun yg ke lima. Walau pun terlewat namun kami dan danish tahu yg kami sayang danish sepenuh jiwa dan raga. Masih ingat masa pertama kali mama pandang wajah kecil danish di bilik icu husm, rasa tak percaya itu anak mama. Alhamdulillah setakat ni danish membesar dgn sihat, cergas dan cerdas. Semoga begitu selamanya. Insyaallah. Kami doakan.

Moga danish dpt menjaga adik dgn penuh kasih dan syg spt yg danish tunjukkan skrg. Moga menjadi pelindung buat keluarga. Moga terus ceria. Besar sungguh harapan kami buat danish. Moga segala galanya dipermudahkan oleh NYA. INsyaallah.


Gambar ni masa ulangtahun ke 3. Hehehe..ulangtahun ke 5 tak ambik gambar.

PESTA BUBUR ASYURA

Hari ni kawasan tempat kv kerja ni menganjurkan pesta bubur asyura. Semua jabatan perlu (wajib) mengambil bahagian. Markah di ambik utk segenap segi. Hmm... dah tau ofis kami takkan menang. Ahahaha

Kakitangan ofis kv tgh dok kacau bubur asyura.

Kakitangan pompuan dok hias meja.

Khemah sebelah kami. Geng pertahan awam.


10 ulasan:

ADIEJIN berkata...

macamna boleh terlupa ? awak tuh dah tak berapa muda dah..hhe..kena makan kismis bebanyak

kasutVincci berkata...

abe adiejin,
tu la, keno kurang makan palo ikan ni napok gayo nyoh. Terkilan sungguh rasa!

Apple Pie berkata...

selamat hari jadi danish. jahat kan mama tu leh lupa ahahahahhaha. hadiah pun tak beli kan kan kann. kek pun sepotong je kan kan kannn *dasar batu api ahhahahahahaa*

Zareda berkata...

terlupa? alahai kesian danish, nampaknya danish kena claim hadiah besor kali ni.. hehhehe

NBK466 berkata...

Ala cian nyer kat Danish...tuh baru adik sorang tuh..he..he..he..

kasutVincci berkata...

applepie,
noks, meks mmg rasa bersalah sgt2. Dah la tumpuan kat dia dah kurang. Huhu..meks sedih.

kak zar,
ala..hadiah tu kalo tak hari jadi pun selalu beli. Hik hik

abg shahrul,
a'a, tu baru adik sorang.;(

Mak Su berkata...

hepi belated besday utk si bujang tu ya... dan, meriah ek pesta

happyirfa berkata...

salam kv..
HEPI BELATED BESDAY TO DANISH..
moga jadi anak yg baik.dunia akhirat

Darling berkata...

sedapnya dapat makan bubur asyura.. lama dah tak makan :(

eppy belated besday to danish

kasutVincci berkata...

maksu,
meriah la jugak. Plg gamat time nak wat hiasan bubur asyura tu. Mcm2 idea!

irfa,
TQ (bagi pihak danish..hik hik)

darling,
oo...suka ek? Kv tak gemar sgt. Bawak balik pun utk org tua kat rumah. Hehe