Rabu, 12 Disember 2007

SISA HARAPAN

Hari ni kv masuk ofis sekejap utk setel kan kerja yg tertinggal. Tgh hari nnt kv nk ke hospital semula temankan mak.

Kondisi mak kv makin teruk. Dia dah sedar dari koma. Tp mmg dia terlalu letih dan penat. Tubuh dia makin kuning. Doc suspek yg kuman kanser dah menjalar habis ke seluruh tubuhnya. Terlalu cepat.

Nurse cuba beri susu ikut hidung. Tp lps je masuk susu, berlaku leaking dekat luka pembedahan di perut dia. Keluar habis semua susu. Bau nya masam. Bila dua tiga kali berlaku mcm tu, doc check balik dan bagitau kami; tampalan dekat usus yg doc buat masa operate ari tu dah bocor semula. Usus dia dah teruk. Kuman kanser dah makan semua lemak tampalan tu. Jd mak kv tak boleh makan cara biasa.

Bagi mengelakkan mak kelaparan, doc cuba masukkan tiub kut lengan. Nak kasi makanan kut saluran darah. Tp dua kali mencuba, mmg tak dapat. Tubuh mak dah tak boleh nak terima. Last2 kelmarin, doc pakar sendiri cuba buat kut leher. Berjaya. Tp menunggunya siap mmg lama.

Doc ckp ngan kv yg dorang akan cuba sedaya upaya. Mintak kami semua bersabar dan tabah. Doc akan panggil semua adik beradik kv utk berbincang. Tp sampai ke hari ni masih belum ada perbincangan. Maklum lah, doc pakar bedah, mmg appointment OT penuh setiap hari. Kami faham dan kami tetap menunggu apa saja yg bakal disampaikan oleh doktor.

Bila sedar dr koma, mak boleh bercakap tp terlalu lemah. Mak siap tanya khabar baby dina (yg sampai ke hari ni masih meragam, nak kena cubit budak ni tau!). Mak boleh ckp yg dia lenguh dan sakit. Dia terlalu penat sehinggakan nk angkat tgn pun tak berapa larat. Mmg sedih melihat riak wajahnya. Namun kv harus kuat semangat dan tabah. Kalau kv tunjuk kan kv lemah pd mak, emosi mak makin terganggu. Oleh itu, kv harus kuat sbb kv tgk mak juga kuat semangat.

Kami hanya menunggu dan berharap. Apa pun takdir yg diberikan kami sudah bersedia. Namun harapan kami masih bersisa.

14 ulasan:

oren berkata...

insyaAllah..kami selalu doa yang baik2 untuk mak kv..kuatkan semangat yer..

NBK466 berkata...

Do not give up..den pun akan terus mendoakan..

alia elena berkata...

iyerlah KV we alls sumer tolong doakan yach.. insyaAllah..

HAPPYIRFA berkata...

salam kv..
berdoa pd Allah.Dia lebih tahu mana yg terbaik utk hambanya..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Semoa segalanya dipermudahkan Allah. Dia lebih mengetahui.

Cikja berkata...

KV, saya sentiasa mendoakan ape jua yang terbaik untuk mak KV, hanya Allah yang mengetahui. Ape pun KV jangan putus asa k...

rina berkata...

slalu berdebar masuk blog kv ni... semoga mak kv cepat2 sembuh.

aNIe berkata...

KV...semoga KV dan adik beradik yang lain terus berdoa...

Kuatkan semangat KV...doa kak lady buat mak KV

J u l i a 。.゜✿ berkata...

yaAllah.. tabahkan la hati KV ni. apa apa yg terjadi nanti.. ju harap kv kuat. jgn biar ibu sensorang di wad. time ni la kita kena selalu dekat dgn dia.
jangan wat muka sedih depan ibu, cuba wat muka ceria. kalau boley jgn bagi dia terasa yg semua bersedih sbb dia. bagi hati dia happy. bercerita ttg kenangan manis ke.. lawak2 family ke..

ju pernah ada family sbb cancer. sgt sedih. =(

take care.

KV berkata...

buat semua rakan2 blogger,
terima kasih kerana mendoakan yg terbaik buat mak kv. Insyaallah, kv percaya setiap yg berlaku mmg ada hikmah disebaliknya.

Mrs.A berkata...

salam KV,

doa saya selalu mengiringi ibu KV.. insyaallah.. Moga sahabatku ini lebih tabah dan tenang... amin....

Sastri berkata...

semoga KV akan terus kuat semangat... sas doakan yang terbaik untuk ibu KV...

Zareda Norman berkata...

KV
sabar dan doa ok.. harap KV sekeluarga tabah menghadapi apa jua kemungkinan.

NONIE AZIZ berkata...

Harap ko sekeluarga tabah menghadapi ujian dari-Nya..apapun sebagai anak mmg ko kena patut kuatkan semangat demi utk mak..Harap mak ko kembali pulih.Amin.Sabar ye sis!!