Ahad, 16 Disember 2007

4 in 1



Anak

Dina masih lg dgn peel comel (menangis) dia tu. Kalo nak tido, melalak puas2 baru nak tido. Tak boleh terus masuk buai. Kena dokong, pusing2 makan angin dulu. Dah lalok baru boleh masuk buai. Tak pe la, anak perempuan sorang. Hik hik



Hari ni gi injek imunisasi umur 3 bulan. Langsung tak menangis. Heran jgk. Selalunya melalak tak hengat. Berat semasa dah 5.3kg. Dia tembam tp tubuh dia kecik jer. Err..boleh lenguh jgk lengan dibuatnya.

Poyo jer muka dia pagi td (sementara tunggu nak gi klinik)



Danish pulak, selalu seronok main ngan adik dia. Selalu berkhayal bila adik besar, mcm2 aktiviti nak dibuat. Nombor satu sekali nak tolak adik dgn stroller nak gi kb mall. Tak sabar nak tunggu adik abih peel menagis tuh. Hik hik



Kv pulak, sbb dok sibuk pasal mak dan dina kdg2 terlupa pasal dia. Kami uruskan dia benda yg wajib2 jer. Benda lain dia buat sendiri. Takde manja sgt mcm dulu dah. Dah boleh berdikari la skt2. Kesian dia, kv terlupa beli kain utk baju sekolah dia. Hari ni baru beli. Tp tak perasan plk yg kv beli tu kain chiffon. Haha..nipis la skt. Yg terbeli tu sbb kain tu lembut dan sejuk. Takde la dia rimas sgt. Mesti MIL tak berkenan (sbb dia yg gi tailorina tu).

Danish & Dina



Mak

Mak kv mcm tu ler. Kami masih tak putus harap. Masih bersemangat. Doktor ckp yg mak dah tak mampu dioperate lg. Rawatan kemo pun dah tak terdaya dia nak tanggung. Cuma tunggu ct scan 18hb ni, masa tu doktor akan cari jalan bagaimana nak buat mak rasa selesa, tak sakit dan cara mak nak makan. Sekarang ni mak bergantung pd susu berzat yg disalur melalui saluran darah.



Dia dah boleh bersembang. Cuma yg perit bagi kami bila mak soal apa lagi yg doktor nak buat dgn dia. Dia ckp dia dah tak larat sgt2. Terlalu letih. Kami cuba pujuk dia. Sbb kalau balik ke rumah pun, bila dia sakit kami tak mampu nak buat apa2. Nak makan pun tak boleh. Lagi menyiksakan dia. Harap mak kuat semangat!



Pengajaran

Kv pun taktau apakah patut kv tulis benda ni kat blog. Tp benda ni betul2 menghantui kv sejak kelmarin. Maaf pd yg rasa cerita begini tak bersesuaian..



Bila dok jaga mak kat spital, mcm2 jenis pesakit yg kv jumpa. Ada satu pesakit ni (katil sebelah mak kv) sakit batu karang dlm hempedu. Tp melihat keadaan dia sakit tu mmg teruk. Hari pertama dlm wad dia diam jer. Nampak letih sgt.



Tp subuh kelmarin dia meracau - racau. Dia cakap dia panas sgt2. Dia ckp dia terasa azab dan seksa. Dia memanggil2 nama m***t. Byk kali. BIla kak K tanya anak dia sapa m***t tu, anak dia kata ayah dia (suami pesakit tu).



Kak K tanya la kenapa dia nak sgt jumpa suami dia. Terus pesakit ni ckp yg dia telah berzina di belakang suami dia. Terkejut besar kami. Setiap cerita dgn detail lg. Kami mintak dia mengucap, tak nak bagi dia teruskan kata2. ANak dia dah menangis dah. Mmg terkejut betul. DIa mintak suami dia maaf dan halal kan segala perbuatan dia. Dia ckp seksa dan azab nya dia dah tak tertanggung dah.



Kami mintak dia mengucap. Tp dia takmau sbb dia nak mintak maaf dgn suami dia dulu. Katanya tuhan takkan ampun kan dia selagi suami dia tak ampun kan segala dosa dia. Kak K mintak anak dia call si ayah. Bila si ayah sampai, mcm dlm drama. Si ayah mmg terkejut, tp memandangkan si isteri menanggung siksa, dia mintak isteri dia mengucap. Kak K mintak si ayah bisikkan ke telinga isteri yg dia halalkan semuanya. Si ayah td buat seperti yg kak K suruh, lantas pesakit td terdiam.



Kesian sungguh melihat anak2 pesakit tu. Pucat semuanya. Menjelang tgh hari dia meracau lg. Benda sama yg diulang. Kesian sungguh. Entah lah, kv taktau nak komen mcm mana. Tp rasa takut dan insaf menghantui diri. Betul kv setia pd suami (insyaallah) tp ada masa selisih faham jgk. Takutnya...



Banjir

Banjir dah surut tp ada tempat yg naik air semula. Ada satu ptg tu (2-3 hari lps), kv masuk bandar nak cari kipas kecik utk mak. Sampai kat depan mahkamah tu, tertengok air dlm longkang tgh naik. Hah terkejut salan la. Dah agak stesen pergau lepas kan air. Air sungai kelantan naik mendadak. Dekat bulatan jam lg org dah mula panik. Masing2 sibuk dan kalut nak kluar. Tak pasal2 jem pulak. Takut jgk tersekat dlm banjir.




Kesian tgk kawasan jambatn wakaf che yeh dan pasir tumboh. Air 'besar' sekali. Tp teruk lg tahun 2004. Balik kelmarin kv tgk dah surut tp bila pandang ke sungai nampak air jernih. Maknanya air naik lagi. Kesian sungguh dekat mangsa. Kotor sungguh tinggalan banjir tu.


Banjir sekitar jambatan pasir tumboh

7 ulasan:

ijah berkata...

saya selalu berdoa semoga hati saya tidak dipesong..utk menduakan suami... nauzubillah...

nanonano berkata...

kat dunia pon Tuhan dah tunjuk :)

p/s :owhh sane pom banjir teruk gak eyh,

kasutVincci berkata...

ijah,
kita sama2 doa ek!

nanonano,
ye lah, kat dunia pun Tuhan dah tunjuk.
Tempat awak banjir besar ek?

NBK466 berkata...

Geram den tgk pipi eh yg tombam tuh...ngam skali..he.he.he..

Alex Lacey berkata...

comei Dina...abe dio napok kuruh doh sikit...banyok mmaing ko? hehehe...

Pasal mok KV tu, molek jugok kito bia spita tulong jago...kito gi tengok-tengok, tunggu kat wad...sebab ssitu ado banyok alat hok perlu...spita KB lloni pung k.we tengok banyok doh beruboh...tok supo mulo...ok doh la...mok k.we mulo pung mmasuk susu soya kot daroh jugok...

kes hok KV cerito tuh, ingak ko dalae TV jah...ni real punya cerita...seram jugak, kan? mitok jauh nyoooo la...

kasutVincci berkata...

nbk 466,
semua org mesti komen pasal pipi dina yg tombam tu. Sampai penyek hidung sbb pipi tembam sgt.;)

kak wear,
pasal mok kv tu, mmg kami pikir elok dok spital. Byk bantuan. Cuma dia lah hok bosan nyo. Lamo do'oh dok spital. Kena la pujuk2 dia sokmo.
Cerita seram tu, mmg kv rasa tok cayo jah. Mace tgk dale drama. Tp mmg kisah benar. Aduuu

happyirfa berkata...

salam kv..
sy jugak berdoa dijauhkan dr menduakan suami.nau'zubillah.x sangka dengar citer camni ingat dlm mastika tu hanya rekaan semata2