Ahad, 9 Disember 2007

EPISOD SEDIH

Tgh hari khamis lps, kv terima call dr abg ipar. Abg P bagitau yg mak kv tetiba kekejangan. Kakak suh semua adik beradik tiba di hospital dgn segera. Mmg shock betul. Sbb tatau kenapa.

Masa sampai hospital mk masih kekejangan. Anak matanya memandang ke atas. Kak T tgh bca yasin. Lps tu kv sambung. Sebentar kemudian, ada gerakan pd kaki dan tangan sebelah kiri (menurut kak K, mak kejang dlm 2 jam dah).

Menurut cerita kak M lg, pagi tu mak mmg dah ok. Semua tiub dah dibuang termasuk bantuan oksigen. Cuma tiub yg menghubungkan ubat anti kuman ke jantung yg belum dibuang. Tp mak dah berselera makan (walau pun sesudu dua, tp dah mintak nak makan itu ini). Mak dah boleh duduk dan boleh ke bilik air dgn bantuan wheel chair. Tp bila budak2 training nak buang tiub kat leher tu, mak tetiba terbeliak mata, kekejangan dan berbuih mulut. Kak K terus marah bebudak tu sbb buat mak mcm tu. Berkejaran staff nurse. Semuanya terkejut. Doktor dtg 4-5 org berkerumun. Semua menafikan mak jd gitu disebabkan perkara itu. Tp doktor tdk dpt beri jawapan kenapa mak jd mcm tu. Mmg terkilan sungguh rasanya.

Nurse dtg pesan supaya kami jgn putus baca surah yasin dekat mak. Dorang mmg panik gila. Kami apatah lg. Lps dtg sorang doktor. Dia mintak anak2 mak ke satu sudut sbb nak berbincang. Doc inform yg sakit perut mak (sampai dah pecah usus tu) bukan sbb ulser. Tp mak kena kanser usus. Kv tak terkejut sebenarnya sbb kak K dah bagitau. Doc dah inform pd mak pagi kejadian tu. Kak K kata mak tenang je bila doc bagitau.

Doc tak boleh ckp yg kanser mak tu dah stage berapa. Tp bila dah sampai tahap pecah, maknanya mmg dah kronik lah. BIla kami soal pasal peluang, terus dia mengeleng. Katanya, penyakit mak tu dah takkan sembuh. Cuma bertahan mcm tu je lah. Kami soal lg pasal 'tempoh'. Masa ni mmg kami dah bersedia mendengar. Berat hati doc nak jawab pd kami. Tp katanya mungkin setahun atau pun mungkin kurang. Dia tak dapat beri jawapan. Tp Allah Maha Berkuasa. Kita tak tahu apa perancanganNYA.

Bila kami soal pasal kekejangan mak tu, doc kata dia tak dpt beri jawpan masa tu. Mungkin sbb kuman dah merebak ke otak atau kuman dan menyerang saluran limfa. Doc buat ct scan. Bila dpt result, doc bagi tau yg mak kena serang strok. Mmg kami dah agak pun. Tp bukan sbb darah tinggi. Sbb kekurangan oksigem dlm darah. Tp kenapa dan sbb apa kurang oksigen dlm darah, doc tak dpt beri jawapan.

Doc nasihat kan kami sentiasa lakukan gerakan pada anggota badan mak sebelah kanan (yg tak bergerak tu). Lps tu mak kena selalu di 'senggeng' (kata org kelate) sbb mak dah lama berbaring, takut berkudis belakang mak.

Tubuh mak selalu panas. BIla panas teruk sgt, mak akan kekejangan walaupun dlm koma. Kami kena selalu lapkan dgn towel basah. Doc masukkan tiub air n makanan pd mak. Tp kami sentiasa kena awasi mak sbb ada gerakan pd luar kawalan dia. Takut tercabut mana2 tiub kat badan dia tu. Tekanan darah kurang stabil.

Kelmarin, mak dah ada respon bila kami panggil. Ada terdengar suara dlm tekak. Mata pun dah buka buka dan berkelip. Kaki dan tangan yg sebelah kanan tu ada juga gerakan walau pun jarang2. Alhamdulillah ada juga perubahan positif. Kv harap mak pulih dr serangan stroknya.

Apa pun yg bakal terjadi, kv dah mmg bersedia menghadapi. Tolong doakan kekuatan buat kv sekeluarga.

17 ulasan:

Kak Lady berkata...

KV...airmata kak lady bergenang membaca berita yang KV tuliskan...kak lady dpt bayangkan situasi yang sedang KV dan adik beradik lalui...

Semoga KV terus tabah dan kuat semangat untuk menghadapi segala ketentuan ILAHI....

Jgn putus berdoa dan bacakan surah Yassin buat bonda tersayang...

sitilina berkata...

kak kv..
sy xleh nk imagine la gana perasaan kak skg ni. smg kak diberi ketabahan & mak kak selamat menempuh detik2 ni.

mcm kato k lady tu, jgn putus berdoa & bacakan surah Yassin utk bodna tersayang...

Biarlah rahsia berkata...

KV, kuatkan semangat...bykkan berdoa pd Ilahi....hanya Dia seteguh-teguh tempat bergantung dan berharap...

K.bie

Hanisumayyah berkata...

KV.. setiap ujian datang dari Allah ada hikmahnya. Sabarlah moga mak KV sembuh dan kalau boleh bacakanlah doa untuk angin ahmar tu moga2 kurang derita mak KV...amin...

hanisumayyah

bat berkata...

stay strong occay... maks doakan u ols sumer..

Alinlai berkata...

:( sabar ye ...

NBK466 berkata...

Insyallah den akan terus mendoakan...

ijah berkata...

sedihnyer...
saya mendoakan semoga KV tabah menghadapi dugaan nie.

Kaklong Syikin berkata...

salam,

tq kv sbb sempat jawab call akak tadi.bimbang gak mengganggu kv sbnrnya.

akak tak pasti apa yg akak nak cdgkan ni betul atau tidak, bagus atau tidak, tp kalau kv boleh mainkan kaset quran (suara perlahan la) tepi bantal atau pakaikan walkman bacaan surah2 alquran kat mak kv tu, harapnya boleh jadi syifa utk mak kv, paling penting bagi dia rasa tenteram dan tenang.

moga mak kv boleh bertahan lama dan kv serta keluarga kuat dan tabah. amin.

~~KunangKunang~~ berkata...

akak..mak sedara mas dulu pon cani..tapi mak akak bleh detect awal sakit apa..sedangkan mak sedara mas smpi akhir hayat tatau sakit apa..smpaila kanser dia pecah dan kuar darah dari mulut..smpi satu besen..pastu dia trus meninggall..sedih sgt

happyirfa berkata...

SALAM KV..
saya doakan mak cepat baik.
sabarlah yer

rina berkata...

kuatkan semangat... byk2kan berdoa...

pjoe berkata...

setitik manik air mata jantan tetumpah..

harap kak tabah...
cerita kak mengingatkan joe dgn arwah nenek saudara (yg joe anggap sbg nenek sendiri)

ketentuan Allah, kita hambanya terima dgn redha..
ajal maut semua ditentukanNya...

gembirakanlah hati mak selalu.

Alex Lacey berkata...

lebih kurae jugok denga arwoh mok k.we ari tu la....k.we pehe sangak gappo hok KV dok lalui lloni....meme tok leh nok kato ggapo la...sebok, sedih, sesal ado belako....mudoh2ae mok KV tok sakit jah la....kalu meme nyakit dio tu tok leh nok ubak doh tok leh nok wak guano dok eh? doa bia dio tok raso sakit jah....

KV pung take care jugok tuh.....

Mummy Rizq berkata...

semoga KV dan adik beradik yg lain tabah menghadapi segala dugaan Allah..

Oren... berkata...

kv jgn putus doa dan semnagat ek..kitaorg kat sini harapkan yang baik2 jek untuk mak kv sekarang..

Yatie berkata...

KV, byk2kan berdoa ye .. tabahkan dirimu utk menempuh ujian ini .. insyallah kami pun akan mendoakan yg terbaik buat mak KV and sekeluarga ..