Selasa, 4 Disember 2007

RUMAH

Perancangan kv dan hubby nak mula dirikan rumah awal januari mungkin mengikut jadual. Alhamdulillah setelah penat naik turun pejabat tanah (mmg menyesakkan nafas betul), akhirnya urusan pecah bahagian tanah selesai jugak. Syukur sgt sbb kami dah dapat memiliki geran bersendirian dah. Kelmarin lps ke spital, kami ke pejabat tanah semula utk menuntut geran yg ditukar nama dari MIL kepada hubby. Mujur dah siap.;)

Permohonan mendirikan rumah telah diluluskan oleh pbt sejak minggu lepas lg. Hari ni kami nak proses borang loan perumahan pulak. Rasanya dlm 2 minggu (prosedur sekarang dah cepat) akan selesai. Utk modal sementara kami gunakan duit sendiri dulu. Kelmarin dah singgah kedai hardware utk bayar harga reinforcement. Fuh...belasan ribu jgk ler. Tak pe lah, utk keselesaan kami jgk nanti.

Kalau nak ikutkan, kos bahan mentah utk pembinaan mmg teruk naik harga (barang lain pun). Kami sempat bayar harga besi semasa. Lusa, tauke kedai dah tak dpt beri harga tu. Berpinau bijik mata mendengarnya. Tp bila di fikirkan, terpaksa jgk kalau nak duduk lbh selesa. Bukan kami sorang jer yg menghadapi nya. Org lain pun sama jgk kan?

Mungkin lps raya haji ni, rumah papan yg kami duduk tu akan dirobohkan 1/3. Terpaksa buat mcm tu sbb tapak rumah kat belakang tu tak muat utk rumah baru. Lg pun rumah papan yg kami duduk sekarang ni akan dirobohkan bila rumah baru siap nanti.

Padahal kalo mengikut keluasan tanah 520 depa (1/2 ekar) tu mmg lbh dr muat. Tp kena pikir masa depan jgk la. Mungkin tanah kat belakang tu boleh buat kebun ker, atau mungkin salah sorang anak kami nanti boleh dirikan rumah dekat situ. Lagi pun buat masa sekarang, tok sedara hubby menumpang duduk di tanah kami tu (dekat belakang rumah sekarang). Jadi nak undur banyak dah tak berapa muat. Bila dia dah takde nanti kami cadang nak robohkan rumah nya tu. Kami pun dah plan nak buat mcm2 lps tu. Tgk keadaan fulus jgk ler. Hehe

Dah terbayang mcm mana kami nak duduk dgn rumah yg tinggal separuh tu. Mungkin kurang selesa sedikit. Tp terpaksa la berkorban dulu. Insyaallah kalo mengikut perancangan dan takde aral melintang, raya tahun depan (mungkin sebelum puasa) kami dah boleh duduk rumah baru. Tp itu hanya perancangan. Tuhan yg menentukan. (Fuh...brg2 tak abih packing lg nih!)

P/s: tahniah pd kawan kv, matmie(karmiza) yg baru menimang cahaya mata (baby girl) pada jam 4.26 pm 3 dis 2007. Selamat berpantang dan selamat tinggal tidur malam yg lena. Hik hik. Pengorbanan ibu terlalu besar. Bersyukur sgt sbb diberi rezeki menjadi ibu.;)

21 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

sonoknya Kv dah nk buat rumah baru...insyaAllah k.bie doakan urusan buat rumah selesai tanpa ape masalah.

Bila agaknya boleh gi melawat baby KV nie.

oren berkata...

best..best..

pssstt k.bie..invite la saya p blog akak..

KV berkata...

kak bie,
insyaallah..ada rezeki kita akan berjumpa jgk suatu hari nanti.;)

oren,
apa la yg best tu?
Haha

Zetty berkata...

wah, bestnya nak wat umah baru .. kalau tanah sendiri takpe, nak wat pesen apa pun takde masalah .. kalau kat lembah klang, kenalah beli umah dah siap yg sekangkang unta tuh .. huhuuuhu ..

Cikja berkata...

seronoknyer bleh buat umah kat tanah sendiri...semoga ape yang dihajati akan tercapai...

~LoVeLyZz CoRnErZz~ berkata...

mga semuanya terancangg

WRA berkata...

waah...musti lepas ni bila dah ada rumah tu, sibuk nak hias rumah la pulok...seronok kan? hehehe...buleh bayangkan betapa excitingnya...

lagi satu, mudah2an mak KV cepat sembuh tuh...

KV berkata...

yatie,
tu la untung nya keje kat kampung. Tanah tak payah beli. Buat loan rumah jer. Hehe

ijah,
TQ atas doa. Moga semuanya menjadi seperti perancangan.

LC,
makacih.;)

kak wear,
hah..bab tu kena tgk budget masa tu la pulak. Haha
TQ krn mendoakan mak kv.;)

aNIe berkata...

Alhamdulillah semua urusan untuk mendpatkan geran tanah tu dah selesai...mesti gembira rasa hati sebab tak lama lagi dpt lah duduk rumah sendiri atas tanah sendiri...

Mommy Lyna berkata...

behnyo bleh watt rumoh sinih. org mace nok keno wat rumoh di luar negeri (luar kelate) huhu....

KV berkata...

kak lady,
rumah akak mcm mana?

sitilina,
huhu..bab tu kena la bincang elok2 dgn abiy. Tp tuntutan kerjaya mungkin salah satu faktor lina tak boleh dok kat kampung.

Zareda Norman berkata...

beskan dapat buat rumah ikut taste sendirik.. zar ni sok sok dah pencen ler kot baru dapat buat rumah kat kampung..s ementara ni duduklah rumah dah siap tu..

Kak zar doakan semuanya berjalan lancar..

NBK466 berkata...

So..mana lagi susah..mendirikan rumah ke atau mendirikan rumah tangg? he..he..he..

Sastri berkata...

waa... seronoknya bila dah ada rumah sendiri nanti... memang sekarang ni harga bahan mentah banyak naik... banyakk rungutan dari kontraktor diterima...

IamYonna berkata...

salam kak..
salam kenal :)
eheh..
da nak tawen eh :)
slamat pngantin baru tau kak

KV berkata...

kak zar,
tak pe, sampai masa nanti balik dok kampung jgk kan?

abg shahrul,
errr..yg mana satu ek? Haha
Semuanya penuh cabaran le..

sas,
kv kat kampung, boleh la buat gitu. Kalo kat bandar mcm deme semua, mmg konfem kena beli rumah yg dah siap tu.;)

yonna,
akak dah anak 2 la sayang..Hehe

alia elena berkata...

nyah wah sexcited okes kalo bab ada "dreaming house" neh.. huhu
paperpung take care yach

Alinlai berkata...

best tu buat rumah sendiri...bleh ikut citarasa sendiri :) tak pe lepas ni fikir nak hias dalaman plak... itu lagiiiiiiiii best ke ke ke

Kaklong Syikin berkata...

salam,

seronoknya nak bina rumah sendiri dah. doa sentiasa rumah tu cepat siap, tak de masalah apa2.

tahun depan bolehlah raya kat rmh baru ya. InsyaALlah.

ni namanya rezeki babykan?

kakLuna berkata...

dok kampung tenang....syok..nak kenduri pun senang, kan :)

Cik Tat berkata...

aku dari dulu sampai skang teringin nak buat rumah papan..