Ahad, 2 Disember 2007

SIBUK

Fuhh...bizi nya kv dgn hal family. Nak bernafas pun mcm tak sempat rasanya. Dugaan yg diberi menjadikan kita tabah dan insaf. Takkan nak senang sepanjang masa kan?

Kondisi mak kv masih on dan off. Kdg2 ok. Kdg2 sakit sampai tak boleh tido mlm. Siang hari apatah lagi. Berkejar kejar kv ke hospital jenguk mak. Ofis di Pasir Puteh dan hospital di kota bharu memakan masa sejam jgk perjalanan kalo tak jem. Kalo jem tak tau la berapa lama.

Kdg2 kv mintak dgn bos keluar sblm tgh hari nak gi spital. Balik semula ke pejabat dlm pkl 3. Pastu berkejaran balik ke rumah. Mengendong dina yg asyik nak menangis saja. Entah lah, agaknya mmg dia pesen suka menangis kut. Setiap sabtu ragam tangisnya menjadi jadi. Kv pun dah mati kutu dibuatnya. Asal org ckp kat mana ada org boleh tolong tgk2 kan. Laju jer kami sampai. Berikhtiar. Tp tak nampak perubahan. Penat nya usah lah dikira. Penat memikir, dan penat tubuh badan.

Dugaan ini kv perlu hadapi dgn tabah. Maaf ye, jgn salah faham. Bukan merungut dgn takdir. Sekadar meluah perasaan. Suatu masa nanti mungkin mak kv akan sembuh dan dina jgk akan hilang ragam tangisnya.

Kelmarin (sabtu), berkejaran kami ke rumah abg kv yg sulung. Acara meminang plk. Tinggalkan dina dekat rumah pengasuh kejap. Balik tu MIL ckp dina meraung tak hengat. Haduu...tak boleh nak komen dah rasanya. Biar lah, satu masa nanti hilang lah tu. Hehe

Gambar dina bersama abangnya danish. Gambar ni kv ambik masa usia dina 2 minggu. La ni mmg rasanya nak snap gambar anak pun tak sempat. Hehe..

Kalo semua org perasan, muka danish tu berparut. Dia jatuh masa 2 minggu kv dlm pantang. Luka teruk jgk sampai kena bawak gi jahit. Tp sekarang dia dah tak jahit dah. Ada sejenis bahan mcm gam UHU tu. Walopun sakit2, terpaksa gak kv bawak dia gi klinik. Kalo abah dia sorang mmg susah ler. Tu pun meraung satu klinik terkejut dengar. Kv ada snap gambar masa muka dia membengkak (sehari slps kejadian), tp tak sempat nak publish kat sini. Nanti lah bila keadaan dah tak kelam kabut.

Kv tgh bercadang nak gi survey buaian letrik dekat dina. Buaian dina tu terpaksa kena ayun sokmo. Kalo dak tido kejap jer. Bila dah bangun tu, tak sampai 5 minit terus meraung. Susah nak diam pulak tu. Puas pujuk tak jalan. Grrrrr.....

14 ulasan:

happyirfa berkata...

salam kv..
pasal anak suka melalak ni org kata lama2 ilanglah.tp nak tunggu bila nak ilang tu yg x tahan.teruk jugak parut muka nadish tu yer..
budak lelaki gitulah.larang dengar..kalau dah kena melalak x hinggat.semoga mak cepat baik

kasutVincci berkata...

irfa,
tu ler, nak tunggu time hilang melalak tu yg tak tahan. Hehe.
MUka danish tu mmg teruk jgk masa kena. Semua org terkejut tgk. Sampai skrg parut dekat kening masih ada. Kening dia terputus dua.

sitilina berkata...

salam kak kv!

g survey buai letrik 2 share2la yek. nk beli sebijik tuk afy.

mmg xtau nk kata kalo ank asik meragam kn. afy skg ni dh ok sikit, malam2 dh xmelalak. tp bila nk duk dlm buaila, xleh stop2, nk ayun sokmo!

Oren... berkata...

sama ngan baby naufal..asik nak enjut memanjang..walaupun ramai yg menggasak suh aku beli yg letrik, aku takmo..tak tau napa? masa najmi dulu pun, mak aku suh beli jugak, tapi dek kekangan duit, aku tak beli..

tang dina nangis tu, sabarkan ajek la..doa jgn putus..

ijah berkata...

Salam perkenalan
suka baca blog KV nie..
Pasal anak menangis tu, lama2 akan hilang sendiri mengikut usia dia...aku sendiri ader pengalaman anak suka menangis nie...kene banyak2 bersabar.....

nanonano berkata...

salam kak kv,
hahah cerewet toi anak dara tu sorg,
tp skrg mmg ramai dah org gune buaian yg ade eletrik tu,
senang nk lepas tgn :D
hiks sabar je la eyh..
utk mak kakkv,
semoga cepat sembuh seperti sediakala,
insyaAllah..

Kaklong Syikin berkata...

sabarlah kv, banyak pahala awak dpt tu..

tp boleh juga ikhtiar utk hilangkan tangisan anak tu.

mmg lama2 hilanglah tu, cuma menanti hari tu yg duk tunggu tu bilalah dia betul2 berhenti kuat menangiskan

eloklah p cari buaian letrik tu. kesian gak kat dia, sbb melalak tu buat dia penat sbnrnya.
cuba cari air musoffa (yg warna kuning, dan air tu adalah air tulisan ayat quran)yg ada banyak dijual di kedai atau farmasi. baca arahan penggunaan camner, dan paling penting niat supaya dia tak melalak lagi dah. sapulah sikit air tu kat muka dia ke, bagi dia rasa sikit ke.ni pun ikhtiarkan. lagi satu, masa dia nangis tu, cubalah baca 3 qul, ayat qursi tu..kot2 dia boleh senyap. kalau tak mo senyap gak, mmg stail dialah mudah menangis tu.

kv rajin sapukan minyak angin tak kt perut dia? sbb kata org, budak kuat menangis pun mungkin dia kena colic..cubalah.guna minyak telon or yu yi. terutama bila dia tiba2 nangis tu, cubalah sapukan, kot2 betul dia tgh kembung masa tu.sbb ada budak mmg mudah kembung perut.

pB berkata...

kadae kadae budok jerik ni , bukar sebab perut kembung kor gapo.
Memae jenih dio ...

anok kak pB nok tigo tu lagu tu lar ....
kalu dea dio jerik, supo tok kaba gapo satu...
kalu koto baru tu , kak pB tok tahu lar mano nok carik , tapi maso siarifah dok buak , kak pB ao bowok dio g jupo orghe tuo ni kat kajae.
alhamdulillah , lego lar sikit ...

endo lektrik tu pon satu ikhtia jugok tu.
kak pB , yak anok no 3 , memae kak pB guno ...

bia lah ado orghe kato bahayo lar , tu lar , tapi hok nok naggung tu kito , bukae dio ...

hik hik

panjae la pulok ...
sorry

Zareda berkata...

KV
Anak dara kak zar dulu pun kaki nangis jugak, nak habiskan 44 hari tu macam fobi rasanya. Rupanya bila jumpa ustat hubby ada janji nak buat kenduri sembelih kambing kat anak dara dia tu. Lepas kenduri tu Zulaika tidur tak hengat sampai kena kejut untuk minum susu. Dan terus hilang penyakit tangis.. Alhamdullillah.. tapi sebelum tu memang puas berikhtiar.. pergi sana sini.. Sabalah.. mungkin tak jumpa orang serasi lagi tu..

Kak zar doakan semoga mak KV pun cepat sembuh..

kasutVincci berkata...

sitilina,
kak kv baru nak sms tanya khabar afy. Terima lah dgn redho. Time melalak tu dokong jer lah. Dlm setengah jam dia pun tido. Kdg2 bangun melalak semula. Pas tu ok. Insyaallah akan sampai 'masa' nya tu. Hik hik..

oren,
huh..aku nak gi survey buaian letrik pun tak sempat tau! Mmg takde masa. La ni mai keje pun ambik kesempatan utk bernafas je. Seb baik la ni beban keje tak byk sgt.;)

ijah,
kv pengalaman dgn anak sulung, dr 6 ptg sampai ke pagi. Tiap2 hari (masa tu umur dia dah lps 40 hari, sama kes mcm dina ni). Kalo nak kira dina ni tak le seteruk abg dia, tp kalut jgk la dibuatnya. Sabar je lah kan..

nanonano,
mmg kena enjut sokmo. Kalo tak mmg tak leh buat benda lain. Hehe

kak long,
takat ni mmg air mussoffa tu je yg kv tak try. Apa yg kak long cadangkan tu mmg dah sentiasa buat. Agaknya mmg perangai dia dah kut. Kv pun mcm dah imun. Haha

kak pb,
mmg la kalo nak ikut kan ckp org, tak terlayan kita. Kita yg menanggung nya kan? Haha
Org yg senasib tau la cemana rasanya. Cuma kena lbh berdoa, berikhtiar dan tawakal.;)

zareda,
kv pun tatau apa yg kita 'niat' kan utk anak dara kv ni. Kena ingat2 kan semula. Mana lah tau kan? TQ.

sitilina berkata...

setujulah dgn huk kak PB oyat tu. orang bleh kato belako mugo xkeno ke dio tu gat. acu try keno sekali. huhuh.

tp rasa seronok sbnrnya anak kuat teriok. napok sgt dio sihat :D kalo diam2 mcm demam je (memujuk hati). sepupu sy xkuat tiok, kaba2 jaundice. huhu.

Mummy Rizq berkata...

semua tu dugaan.. bersabar ok!

arsaili berkata...

salam..busynya jadi ibu ni yer...

kasutVincci berkata...

sitilina,
hanya org yg mengalaminya yg mengetahui. Hik hik...bersyukur sbb kita antara org yg terpilih.;P

mar,
mmg la kena kuat semangat. TQ.

arsaili,
walaupun bizi dan penat, tp bila memandang wajah anak yg tersenyum, terus lupa kepenatan. Indahnya tdk terbayang dgn perkataan.;)