Selasa, 27 November 2007

DETIK CEMAS

Selepas buat en3 ahad lalu, kv terima call dari kak M yg mengatakan doc nak oretae mak serta merta sbb doc pakar kesan usus mak dah pecah. Kalut kv lesaikan tugas dan tunggu hubby blk dr site nak gi spital cepat2 sbb takut tak sempat jumpa mak sblm masuk OT.

Singgah kejap kat rumah nak salin baju. MIL nak ikut sama. Terpaksa heret danish sekali. Masa sampai tu mak masih dlm wad 28. Menunggu utk di bawa ke OT bila2 masa. Punya lah seksa perasaan time tu bila mak asyik mengerang kesakitan. Mmg nampak dia penat sgt2.

Dr pukul 11 pg, pukul 5 baru ditolak ke OT. Masa tukar baju, kami semua (adik beradik) salam dan peluk cium mak. Kv ambik kesempatan utk mintak maaf dan halal kan semuanya. Mak jawab dia pun sama. Masa air mata mmg langsung tak boleh tahan.

Menunggu di depan dewan bedah sri intan mmg menyeksakan. Adik beradik mak, anak2 saudara dan ramai saudara mara mula tiba. Msg2 dgn wajah sugul. Kak K wakilkan kami utk jumpa doc bedah.

Doc bedah ckp yg mak kv tu tak tau kena usus dia pecah. Operate dibuat sbb usus dah pecah. So, sambil operate sambil mencari sbb dan punca. Lg pulak doc tidak menaruh harapan besar sbb jantung dan tekanan darah mak tak stabil. Doc tanya adakah semua anak2 mak ada kat situ. Pesan nya jgn kemana mana sehingga dia memanggil. Hanya Allah yg tahu perasaan kami. BERSERAH PADA YANG KUASA. DIa maha mengetahui.

Hampir 8 mlm, pemgumunan dibuat. "Waris Che Jah bt Awang, sila masuk ke bilik bedah sekarang". Rasa luruh jantung kv. Terlompat dan berkejaran kami semua. KV, Kak K, Abg I dan Abg K yg masuk. Nak menunggu dtgnya doc tu punya la seksa perasaan. Namun kami redha walau apa pun yg terjadi.

Doc dtg dan bagitau yg mak dah dihantar ke ICU. Keadaan dia stabil. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Terima kasih Ya Allah kerana mendengar rintihan kami. Berkejaran kami ke ICU. Nurse mintak kami tunggu 10 sbb mak baru dihantar ke situ. Lps tu kami bergilir gilir masuk. Mak sedar cuma keletihan.

Malam tu kami berkampung depan ICU. Lps subuh hubby mai ambik kv dan kami ambik kesempatan jenguk mak. Mak tgh tido. Mungkin krn ubat bius dan jgk penenang. Tgh hari skt kv dtg lg hospital. Mak dah sedar tgh hari tu. Siap boleh borak walo pun slow2. Alhamdulillah. Dah boleh bernafas dgn sendiri.

Ptg tu hubby dtg ambik kv bersama dgn che dan danish. Kv masuk jumpa mak sekejap. Kv ckp ngan mak, kalau semgat mak kuat, mak akan lebih cepat sembuh. Kami semua doakan.

Pagi td lps subuh kv dan hubby ke hospital lg. Mak mengadu yg dia masih sakit dan tak boleh tido. Wajah dia masih kuning. Hempedu (batu karang) masih belum di operate. Agaknya sbb tu lah. Tp kesakitan mlm td tak sama tahap sakit yg sebelumnya. Kalau takde aral, mungkin hari ni pindah wad biasa. Tp tak tau la. Kena tgk dulu. Yg ralatnya, sampai sekarang kami masih belum dapat jumpa doktor bedah mak. Nak juga dengar penerangan dia pasal mak. Nak tau sakit apa, sbb apa dan apa yg dibuat. Dan apa juga yg seterusnya.

Terima kasih pd semua yg turut mendoakan kesihatan mak kv. Moga mak makin sembuh. Terima kasih buat saudara mara yg dtg meberi sokongan. Penuh depan dewan bedah dan ICU tu. Ujian ini menambahkan kekuatan hubungan kekeluargaan kami. Alhamdulillah.

18 ulasan:

happyirfa berkata...

salam kv,,
irfa tahu psl mak kv dr sms kak pb.dan irfa juga doakan mak cepat baik.syukurlah operation dah selamat.

Biarlah rahsia berkata...

Salam Kv,
moga mak kv cepat2 sembuh...insyaAllah.

k.bie.

kakLuna berkata...

skrg ni ramai betul org skait...risau sungguh..


aku doakan mak KV terus sihat seperti sediakala..

dlt berkata...

kv, moga mak kuat semangat dan sembuh cepat. sian tengok sakit lama2 macam tu. doa saya untuk mak kv.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Semoga mak KV terus tabah dan semoga dia segera sembuh.

pjoe berkata...

anggap semua tu dugn Allah kak
semoga mak kak cepat sembuh!

joe tadah kedua tgn ..
AMIN!

*fizzy* berkata...

sorry,kak kv..
x tau pun mak kak kv operate.
tp Alhamdulillah nampaknya operation ok.
:)

Kaklong Syikin berkata...

salam,

dapat rasakan saat cemas sepanjang mk kv dlm operation tu, tp alhamdulillah semuanya baik sahaja.

moga mak kv cepat smbuh.

sitilina berkata...

salam kak kv,

arwah moyang sy dlu kene operate sbb usus pecah juga, alhamdulillah dia recover.

tp dia meninggal sebab kanser 3-4 thn lepas tu.

Mummy Rizq berkata...

semoga KV dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.. dan semoga mak KV cepat sembuh..

NBK466 berkata...

Alhamdulillah...satu hal dah selamat. Emmm my officemate pun kelmarin admitted sbb batu karang dlm hempedu & this Friday akan operate. Moga selamat semuanya...

nanonano berkata...

alhamdulillah :)

Sastri berkata...

semoga ibu KV segera sembuh...

Yatie berkata...

alhamdulillah .. semoga mak KV tabah menempuh ujian ini ..amin.

kasutVincci berkata...

kelmarin kv gi spital jenguk mak. Dengar nya, bila doc pakar check, ada nanah pulak kat usus yg kena operate tu. Kena 'buka' sekali lg utk settle kan masalah tu. Tp taktau bila. Alhamdulillah setakat ni mak kv boleh bertahan. Wajahnya nampak sedikit tenang. Terima kasih buat semua yg mendoakan. Alhamdulillah.

bat berkata...

semoga dipermudahkan segalanya ..

Aku Bukan Bidadari berkata...

sabar ya KV..insyallah semuanya selamat..

Alinlai berkata...

semoga mak KV cepat sembuh :) insyaAllah selamat semuanya.